Saturday 24 November 2012

2012 NORTHERN INDIA BHG. 5 (Agra - Delhi - KL)

November 2012

NORTHERN INDIA 
New Delhi, Kashmir & Agra 

Bahagian 5: AGRA --> NEW DELHI --> KUALA LUMPUR

HARI KELIMA (2)

Part 17: Marble Centre

Kami juga sempat berkunjung ke Marble Centre di Agra di mana kesenian dari batuan marmar dihasilkan. Marmar yang digunakan di sini adalah dari sumber yang sama dengan marmar yang digunakan dalam pembinaan Taj Mahal.

Pekerja-pekerja di Marble Centre ini adalah keturunan pekerja-pekerja yang membina Taj Mahal.
Marmar yang digunakan untuk membina Taj Mahal sangat istimewa kerana ia bertukar warna mengikut sinaran matahari. Di sini kami diberikan demonstrasi bagaimana warna marmar Taj Mahal bertukar warna.

Warna Taj Mahal menjelang tengahari
Warna Taj Mahal pada waktu senja
Pelbagai barangan marmar dijual di sini. Ada yang mahal dan ada yang murah

Part 18: Agra --> New Delhi --> Kuala Lumpur

Lawatan ke Taj Mahal dan Red Fort hanya mengambil masa setengah hari. Kami kembali ke Hotel Clarks Shiraz untuk makan tengahari dan berkemas pulang.

Hidangan makan tengahari vegetarian di Hotel Clarks Shiraz, Agra
Bandar Agra
Pemandangan di bandar Agra
Berhampiran dengan Agra ada sebuah monumen yang dinamakan Akbar's Tomb. Binaannya juga macam senibina Taj Mahal.

Akbar's Tomb
Pintu masuk ke Akbar's Tomb ini menyerupai Royal Gate di Taj Mahal
Pemandangan Akbar's Tomb dari jauh
Pelajar sekolah di India.
Pulang ke New Delhi
Kami kembali ke New Delhi menggunakan National Highway No. 2. Perjalanan pulang ke New Delhi dari Agra memakan masa lebih panjang dari sewaktu kedatangan dulu, iaitu 6 jam.

Kebun sayur yang sangat luas dalam perjalanan dari Agra ke New Delhi
Membantu kanak-kanak sekolah melintas jalan
Pekan kecil yang ditempuhi dalam perjalanan pulang ke New Delhi dari Agra
Reban ayam
Banyak kenderaan yang sarat dengan muatan seperti ini ditemui sepanjang perjalanan. Ini adalah pemandangan biasa di jalanraya-jalanraya di India.
Penjual di tepi jalan
Highway ini tiada R&R. Seperti juga di China, pengguna jalanraya di India tak kisah membuang air di tepi jalan. Walau bagaimanapun, Mr. Jit membawa kami singgah di sebuah hotel yang cantik bernama Rajasthan Hotel untuk ke tandas.

Hotel Rajasthan
Taman di Hotel Rajasthan
Minum Coke di Hotel Rajasthan
Penjaga tandas awam di Hotel Rajasthan. Myself merasakan wanita ini datang dari kategori kasta yang rendah dari gayanya yang sangat merendah diri. Dia tak membenarkan Myself memegang apa-apa pun di tandas ini (mungkin kerana "orang kasta tinggi" (seperti Myself??) tak boleh memegang apa-apa benda yang kotor seperti kepala paip sekali pun di tandas ini). Pemandu kami, Mr. Jit juga tak puas hati bila kami memberi tip yang nilainya kira-kira RM6 kepada wanita ini, "Too Much" kata Mr. Jit.
Sebaik tiba di New Delhi, Mr. Jit membawa kami makan malam di Opulence Restaurant sebelum dibawa terus ke Terminal 3, Indira Gandhi International Airport untuk penerbangan pulang.

Opulence Restaurant di New Delhi. Di sini ada pilihan makanan Indian ataupun Chinese.
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan Penerbangan Malaysia memakan masa 4 jam 30 minit. Disebabkan hari terakhir di India penuh aktiviti, kami cukup keletihan dan tertidur sebaik duduk dalam kapalterbang. Tak sedar apa-apa langsung sehinggalah peramugari mengejutkan untuk makan. Kemudian, sambung tidur lagi sehinggalah dikejutkan sekali lagi oleh peramugari apabila pesawat tiba di Kuala Lumpur.


CATATAN PERJALANAN NORTHERN INDIA (2012):

CATATAN PERJALANAN LAIN (INDIA)

 

Thursday 22 November 2012

2012 NORTHERN INDIA BHG. 4 (Taj Mahal)

November 2012

NORTHERN INDIA 
New Delhi, Kashmir & Agra 


Bahagian 4 : Agra
TAJ MAHAL & RED FORT

HARI KEEMPAT (2)

Part 13: National Highway No. 2 

Selepas 3 Hari 2 Malam berada di Kashmir, kami terbang kembali ke New Delhi. Sesuatu yang tidak dilupakan ketika itu adalah melalui berlapis-lapis tapisan keselamatan di Airport Srinagar.

Tiba di New Delhi, pemandu kami Mr. Jit telah sedia menunggu. Dengan menaiki kereta, kami terus dibawa menuju ke Agra menggunakan National Highway No.2.

Kesesakan jalan raya di kawasan New Delhi
Disebabkan kereta dipandu terlalu rapat antara satu sama lain, side mirror sentiasa dilipat ke dalam untuk mengelak dari dilanggar kenderaan lain
Peminta sedekah dan penjual jalanan mencari rezeki di dalam kesesakan jalan raya di New Delhi
Dari Airport, kami melalui kawasan yang dinamakan South Delhi sebelum masuk ke National Highway No.2. Kata Mr. Jit penduduk South Delhi ini ramai yang berasal dari India Selatan. Ketika itu, perayaan Deepavali baru saja berakhir, tetapi masyarakat India Selatan di South Delhi masih meraikannya.

Perayaan Deepavali masih diraikan di kuil ini yang terletak di South Delhi di mana sebahagian besar penduduknya berasal dari India Selatan.
Pemandangan di pinggir bandar New Delhi
National Highway No.1 menyambungkan New Delhi ke Srinagar manakala National Highway No. 2 sepanjang 1,600 km menyambungkan New Delhi ke Calcutta (Kolkata). Bandar Agra terletak di lebuhraya ini, 250 km ke selatan New Delhi. Kata Mr. Jit, perjalanan dari New Delhi ke Calcutta menggunakan lebuhraya ini memakan masa 5 hari perjalanan. Perjalanan ke Agra pula memakan masa 5 jam. Kualiti jalan 2 lorong di lebuhraya ini adalah lebih kurang sama dengan jalan luar bandar di Malaysia.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/50/National_Highway_2_%28India%29.png
Peta laluan National Highway No.2 yang menyambungkan New Delhi ke Calcutta.
Memandu di India sangat mencabar kerana pemandunya sangat tidak mengikut peraturan. Keadaan jalan rayanya juga tidak memuaskan di kebanyakan tempat. Di India, anda boleh memandu sesuka hati di lorong laju ataupun perlahan. Jika nak memotong, bunyikan saja hon sekuat hati untuk memberi amaran kepada pemandu di hadapan.

Berikut adalah antara pengguna lebuhraya yang diperhatikan di sepanjang National Highway No.2 dari New Delhi ke Agra:

Belakang lori sentiasa tertera peringatan supaya pemandu membunyikan hon.
Oleh kerana lembu dianggap sebagai haiwan suci di India, mereka bebas duduk di mana-mana saja di sini.
Sebuah bandar kecil di tepi National Highway No. 2.
Lori terlebih muatan begini juga banyak terdapat di jalan raya.
Kereta kuda menggunakan lorong laju di Lebuhraya
Kenderaan yang dipasang sendiri oleh pemilik ini dinamakan Jubar. Ia menggunakan pelbagai komponen yang boleh dibeli di kedai hardware.
Lori juga digunakan sebagai pengangkutan awam di India
Sebuah pasar yang terletak di tepi National Highway No. 2
Traktor juga banyak ditemui di Lebuhraya
Kenderaan seperti tuk-tuk ini dipanggil Auto di India.
Kereta unta di Lebuhraya
Pengangkutan bas awam.
Agra terletak di wilayah Uttar Pradesh di India. Untuk sampai ke Agra dari New Delhi, kita akan melintasi sebuah lagi wilayah yang dinamakan Haryana. Setiap kali melintasi mana-mana wilayah, Mr. Jit akan berhenti di plaza tol untuk membayar cukai.

Pemeriksaan polis di Haryana. Tanda berhenti pemeriksaan polis ini ditaja oleh sebuah hospital.
Plaza tol di antara setiap wilayah
Di sini tak ada Touch n' Go, tapi ada orang yang mengambil upah tolong pemandu membuat pembayaran di plaza tol sewaktu kenderaan tengah beratur. Jadi bila sampai giliran kenderaan kami melalui pintu tol, boleh terus jalan.. ala-ala pakai Smartag begitu.
Kami tiba di Agra agak lewat pada malam itu. Agen pelancongan telah membuat aturan supaya kami makan malam di hotel penginapan kami, Clarks Shiraz Hotel.

Makan malam disediakan di Hotel Clarks Shiraz di Agra secara Buffet.
Ada satu kumpulan pelancong dari China tiba bersama kami pada malam itu. Buffet ini sebenarnya disediakan untuk mereka dan kami tumpang sekaki makan bersama.

HARI KELIMA (1)

Part 14: Agra

HOTEL CLARKS SHIRAZ 

Di Agra, kami menginap di Hotel Clarks Shiraz.

Hotel Clarks Shiraz, Agra
Mughal Room - restoran sarapan pagi di Hotel Clarks Shiraz.
Jika cuaca cerah, bangunan Taj Mahal dapat dilihat dari Hotel Clarks Shiraz. Malangnya hari itu sangat berjerebu. Bayang Taj Mahal pun tak kelihatan.
Lukisan timbul yang sangat menarik di Hotel Clarks Shiraz
Mengambil gambar lukisan timbul di Restoran Mughal Room, Hotel Clarks Shiraz
Restoran Mughal Room, Hotel Clarks Shiraz

Part 15: Taj Mahal

Tujuan utama berkunjung ke Agra adalah untuk melawat salah sebuah bangunan tercantik di dunia, Taj Mahal. Ia dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen untuk isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia sewaktu melahirkan anak mereka yang ke-14.

Pagi-pagi lagi, Mr. Jit telah menunggu bersama Local Guide kami, Mr. Anoo untuk membawa kami ke Taj Mahal.

Kenderaan tak dibenarkan masuk ke kawasan Taj Mahal. Jadi kami turun di depan pintu masuk yang ditandakan dengan tugu pengasasnya, Shah Jahan.
Jalan masuk ke Taj Mahal sangat kotor dengan najis unta kering. Jika tak mahu berjalan kaki masuk ke dalam, kita boleh menaiki kereta unta ataupun buggy.
Kera-kera liar juga banyak terdapat di sekitar kawasan Taj Mahal.
Kedai cenderamata di perkarangan Taj Mahal
Pemandangan sewaktu menuju ke pintu masuk Taj Mahal.
West Gate, salah sebuah pintu masuk ke Taj Mahal.
Ada beberapa pintu masuk ke Taj Mahal dan kami masuk menerusi West Gate. Di belakang Gate ini, semua pengunjung perlu melalui pemeriksaan sekuriti.

Arah-arah pintu masuk ke Taj Mahal
West Gate, Taj Mahal
Untuk menjaga kebersihan Taj Mahal, pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa apa juga bentuk makanan masuk ke dalam. Beg akan diperiksa dan sekiranya ada apa jua makanan (termasuk gula-gula), ia akan dirampas dan dibuang oleh pihak berkuasa.

Pemeriksaan sekuriti di belakang West Gate
Sewaktu beg kami sedang diperiksa, kami terperanjat bila datang seekor kera jantan yang sangat besar berjalan dengan begitu selamba di hadapan kami. Kera tersebut terus menggeledah tempat pengumpulan makanan yang dirampas dan memilih makanan yang disukainya untuk dibawa pergi. Nampaknya, kera ni dah tahu tempat di mana dia boleh mendapat makanan free yang sedap.

Pemandangan di belakang West Gate selepas melalui pemeriksaan sekuriti.
Kat Mesin X-Ray sana tulah tadi ada seekor beruk besar datang mengutip makanan yang dirampas dari pengunjung ke Taj Mahal.
Satu sudut yang menarik berdekatan West Gate.
Pemandangan sewaktu menuju ke Royal Gate
Pemandangan Royal Gate dari West Gate
Mengabadi kenangan bersama Royal Gate
Suasana di depan Royal Gate
Pintu masuk utama ke Taj Mahal dinamakan Royal Gate. Di sinilah para pemuzik akan berkumpul untuk meraikan kedatangan Shah Jahan pada masa dulu.
Bergambar di depan Royal Gate
Taj Mahal dibina dengan berbagai ilusi optikal. Antaranya, jika kita berjalan terus dari luar Royal Gate masuk ke dalam, bangunan Taj Mahal akan kelihatan seolah-olah semakin menjauh dari kita.
Bukan sahaja bangunan, landskap di Taj Mahal juga sangat menarik
Dibina dari marmar, warna bangunan Taj Mahal berubah-ubah mengikut sinaran matahari yang mengenainya.
Bangunan ini memakan masa 22 tahun untuk dibina. Ia dihiasi dengan pelbagai ciri senibina Islam. Memang mengkagumkan melihat bagaimana segala-gala susunan ruang dan hiasannya dibina dengan sangat simetri.
Masjid di sebelah Taj Mahal ini masih digunakan sehingga ke hari ini.
Taj Mahal ditutup setiap hari Jumaat, untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di sini.
Pemandangan masjid dari satu sudut lain.
Satu lagi pemandangan Masjid Taj Mahal
Simetri pada bangunan Taj Mahal sangat menakjubkan. Pandang dari mana-mana arah sekalipun, ia kelihatan serupa. Tak ada istilah "pintu belakang" pada bangunan Taj Mahal. Gambar ini diambil dari sisi kiri, bertentangan dengan Masjid.
Di sinilah Mumtaz Mahal disemadikan selama 22 tahun semasa Taj Mahal dalam pembinaan.
Jika tak mahu membuka kasut ketika masuk ke dalam bangunan Taj Mahal, perlu memakai penutup kasut seperti ini.
Pemandangan ke arah Royal Gate dari bangunan Taj Mahal.
Gerbang di pintu masuk ke Taj Mahal.
Pemandangan di dalam bangunan pusara Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Sebenarnya ada larangan mengambil gambar di sini. Tapi nampaknya semua pengunjung tak memperdulikan larangan tersebut.
Inilah pemandangan pusara Shah Jahan dan Mumtaz Mahal di dalam bangunan Taj Mahal. Gambar ini diambil dari Tingkat Atas. Shah Jahan dan Mumtaz Mahal sebenarnya dikebumikan dalam tanah di Basement bangunan.
Pintu keluar dari kawasan makam Shah Jahan dan Mumtaz Mahal
Tourists di Taj Mahal
Bergambar di depan pintu masuk ke Taj Mahal.
Pemandangan dekat pintu masuk ke Taj Mahal
Ramai pengunjung tempatan masuk ke bangunan makam Shah Jahan menerusi Low Value Ticket Entrance. Tiada penutup kasut diberi jika masuk melalui pintu ini - semua pengunjung masuk dengan berkaki ayam.
Pengunjung yang masuk menerusi pintu yang mahal pula boleh memakai kasut di dalam Taj Mahal, dengan syarat mesti juga memakai penutup kasut pakai-buang.
Selepas kematian isterinya, Shah Jahan berhasrat untuk membina sebuah lagi Taj Mahal dari marmar hitam untuk dirinya sendiri. Namun hasrat beliau tidak tercapai apabila anaknya yang keempat, Aurangzeb merampas kuasa dan memenjarakan bapanya sendiri di Red Fort. Demi memastikan beliau akan menjadi raja, Aurangzeb dikatakan telah membunuh kesemua abang-abangnya.

Setelah Shah Jahan meninggal dunia, beliau telah dikebumikan bersebelahan isterinya di dalam bangunan Taj Mahal oleh anak-anak perempuannya. Oleh kerana pengebumian Shah Jahan tidak dirancang di Taj Mahal pada asalnya, pusara Shah Jahan adalah satu-satunya objek yang tidak mengikut simetri di dalam Taj Mahal.

Sungai Yamuna di belakang Taj Mahal.
Tapak Taj Mahal dari marmar hitam di seberang Sungai Yamuna yang dicadang oleh Shah Jahan untuk dibina bagi dirinya.
Hanya tapak bangunan sahaja yang sempat dibina sebelum beliau dipenjarakan oleh anaknya, Aurangzeb.
Kalau benar-benar nak menghayati keindahan Taj Mahal, kenalah datang ke sini berkali-kali dalam sehari kerana marmar yang digunakan untuk membinanya berubah-ubah warna sepanjang masa mengikut sinar mentari yang mengenainya. Tapi kami tidaklah berbuat begitu. Cukuplah sekadar menghabiskan masa selama beberapa jam saja di sini.

Pemandangan ketika meninggalkan Taj Mahal
Kembali ke Royal Gate
Rombongan Makcik-Makcik yang berkain batik dan bertopi hijau datang melawat Taj Mahal. Tak tahu mereka berasal dari mana.
Tentera berkawal di perkarangan Taj Mahal.
Pengunjung-pengunjung yang baru tiba sedang berbaris untuk melalui pemeriksaan keselamatan.
Buggy yang boleh disewa untuk membawa pengunjung masuk ke pintu Taj Mahal.
Kera yang sentiasa mencari peluang untuk mencuri makanan dari pengunjung yang berjalan masuk ke Taj Mahal.
Kereta Unta

Part 16: Red Fort Of Agra

Berbeza dengan Taj Mahal yang merupakan sebuah makam raja, Red Fort Of Agra adalah sebuah istana kediaman raja. Ia dibina oleh Jehangir Khan yang merupakan datuk kepada Shah Jahan.

Tugu Jehangir Khan di depan Red Fort
Hanya sebahagian sahaja daripada Red Fort yang dibuka kepada orang awam. Sebahagian lagi kompleks Red Fort ini digunakan oleh Tentera India dan tidak dibuka kepada pengunjung awam.

Pemandangan Red Fort dari luar.
Sebahagian dari Red Fort ini digunakan oleh Tentera India dan tidak dibuka untuk kunjungan awam.
Pintu masuk ke Red Fort
Pemandangan dekat pintu masuk ke Red Fort
Di sini pun ada banyak kera juga.
Berjalan menuju ke pintu masuk.
Sejak dari luar lagi, binaan Red Fort ini sangat mengkagumkan.
Tiang di pintu masuk ke Red Fort
Pemandangan dekat tiang di pintu masuk ke Red Fort. Sangat impressive!
Satu lagi pemandangan di kawasan pintu masuk.
Lorong masuk ke kawasan istana di belakang pintu besar
Pemandangan ke dalam Red Fort
Binaan tembok kota yang sangat mengkagumkan.
Mengikut Mr. Anoo masuk ke dalam Red Fort
Pemandangan istana di dalam Red Fort
Bath Tub milik Jehangir Khan
Moat di sekeliling Red Fort
Pemandangan ke luar dari dalam Red Fort
Pengasas Red Fort, Jehangir Khan dikatakan sebagai seorang raja yang kuat tidur dan amat marah jika tidurnya diganggu. Oleh itu, jika pembesar-pembesar ingin mengejutkan baginda dari tidur bagi sesuatu urusan, mereka akan menghantar wanita-wanita cantik yang memakai perfume untuk berlari-lari dan ketawa mengilai di luar tempat tidur baginda. Cuma itulah cara untuk mengelak kemarahan Jehangir Khan jika dikejutkan tiba-tiba dari tidur.

Ruang di belakang sana adalah tempat tidur Jehangir Khan. Pada masa dahulu ia dipasang dengan permaidani yang tebal dan nipis bersilih ganti mengikut musim.
Ukiran yang menarik di Red Fort
Bekas pancutan air di Red Fort
Balkoni di Red Fort
Walaupun sebahagian Red Fort telah rosak dimamah usia, keindahan senibinanya masih terserlah.
Pemandangan dari Red Fort
Raja-raja Mughal berasal dari Mongolia. Perkataan "Mughal" sendiri sebenarnya bermaksud "Mongol".

Walaupun pembina Red Fort, Jehangir Khan dikatakan sebagai seorang raja yang kuat tidur, dia tetap berjaya membina kubu yang sangat menakjubkan ini.
Shah Jahan yang terkenal sebagai raja yang membina Taj Mahal dibesarkan di Red Fort. Beliau sebenarnya adalah cucu kepada Jehangir Khan. Selepas digulingkan oleh anaknya Aurangzeb, dia juga dipenjarakan di sini.

Di bangunan inilah Shah Jahan dipenjarakan oleh anaknya sendiri yang bernama Aurangzeb.
Bangunan Penjara Shah Jahan.
Dari bilik penjaranya, Shah Jahan dapat melihat Taj Mahal. Begitulah yang dilakukan beliau setiap hari sehinggalah beliau meninggal dunia.
Penjara Shah Jahan lengkap dengan segala keperluan sebagai seorang Raja.
Taman indah di dalam Red Fort, berhampiran istana di dalam Red Fort
Pada masa dahulu, bangunan istana di Red Fort dihiasi dengan pelbagai logam dan batu permata. Namun kesemua logam dan batu permata tersebut telah dicungkil oleh tentera British sewaktu mereka menjajah India dan sebahagiannya kini disimpan di British Museum di London.

Pada masa dahulu, dinding Red Fort dihiasi dengan batu permata dan kepingan logam yang cantik
Permata dan logam pada dinding-dinding ini walau bagaimanapun, telah dicungkil keluar oleh tentera British sewaktu mereka menjajah India selama 200 tahun.
Yang tinggal kini hanyalah dinding-dinding marmar yang masih utuh berdiri.
Seorang gabenor British yang tidak bersetuju dengan tindakan gabenor terdahulu telah memasang kembali logam ke bahagian dinding Red Fort ini untuk mengembalikan keindahan sebenarnya. Namun disebabkan kekurangan dana, hanya bahagian dinding ini sahaja yang dapat dipulihkan.
Siling marmar di Red Fort.
Pengunjung juga boleh menyewa audio penerangan sewaktu melawat Red Fort.
Wanita yang tinggal di istana pada masa dahulu, tidak berpeluang langsung untuk menikmati kehidupan di sebalik dinding istana. Oleh yang demikian, sebuah pasar diraja diadakan di dalam Red Fort pada setiap hari Jumaat untuk membolehkan wanita dalam istana membeli-belah.

Di padang inilah pasar jualan diadakan setiap minggu. Di sini jugalah Shah Jahan bertemu dengan isterinya, Mumtaz Mahal buat pertama kali. Mumtaz sebenarnya adalah anak Perdana Menteri baginda.
Sebelum menjadi padang untuk pasar jualan, padang ini dulu dikenali sebagai "Fish Quarters" kerana satu ketika dulu, terdapat sebuah kolam ikan di sini.
Dari balkoni inilah agaknya Shah Jahan mengintai bakal isterinya, Mumtaz Mahal ketika itu.
Tangga marmar untuk turun ke bawah
Dewan persidangan raja dinamakan Diwan-i-Am. Ia adalah sebuah ruang terbuka di mana raja mengadakan mesyuarat dengan pembesar-pembesar negara pada satu masa dahulu.

Di dewan inilah Raja mengadakan pertemuan dengan pembesar-pembesar pada masa dahulu. Setiap pembesar diberikan sebatang tiang untuk bersandar dan tak sebatang tiang pun terlindung dari pandangan raja dari tempat duduk baginda.
Pemandangan indah Courtyard istana dari tempat duduk raja.
Tempat duduk raja di Diwan-i-Am
Tak tahu apa bendanya ini.
Pemandangan Diwan-i-Am dari luar.
Pemandangan istana dari Diwan-i-Am
Berjalan menuju ke pintu keluar.
Pemandangan pintu keluar dari Red Fort
Lorong keluar dari Red Fort
Pemandangan pintu masuk/keluar Red Fort yang sentiasa sesak dengan pengunjung.
Tempat menyewa peralatan audio
Rantai penarik pintu di Red Fort.
Meninggalkan Red Fort


Bersambung ke Bhg. 5 ...