Wednesday, 15 February 2012

2012 BANGKOK

Februari 2012 

THAILAND
Bangkok & Damnoen Saduak 

Setelah sekian lama tak bercuti dengan Husband, kami dapat berjalan bersama ke Bangkok, Thailand. Percutian ini turut disertai seorang rakan pejabat, Nik.

HARI PERTAMA

Part 1: Bangkok 

Penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Bangkok mengambil masa 2 jam. Keluar saja dari Boarding Gate di Airport Suvarnabhumi di Bangkok, kami terperanjat sebab ada notis bertulis "800m To Immigration". Jauhnya!!

Pemandangan dalam Airport Suvarnabhumi
Lukisan-lukisan tradisional Thai menghiasi dinding di Airport Suvarnabhumi.
Airport Suvarnabhumi tidak mempunyai perkhidmatan Aerotrain seperti di KLIA. Jadi memang penumpang terpaksa berjalan jauh menuju ke imigresen.
Selepas keluar dari pemeriksaan imigresen dan mengambil beg, kami terus keluar dari pintu berhampiran. Ramai wakil-waki dari travel agent menunggu di situ, tapi tak ada pun yang menunggu kami. Terpaksalah kami hubungi nombor emergency yang diberikan oleh Travel Agent di Malaysia. 

Rupa-rupanya guide kami, Panthip menunggu di  Gate lain. Dalam panduan yang diberi kepada kami, tak pulak dinyatakan di Gate mana sebenarnya kami patut menunggu.

Part 2: Restoran Sophia

Dari Airport kami terus dibawa ke sebuah restoran Muslim untuk makan tengahari. Bangkok terkenal dengan traffic jamnya dan kami merasai pengalaman traffic jam yang pertama sebaik masuk ke kawasan bandaraya.

Traffic jam di kota Bangkok. Gambar diambil dari kereta sewaktu terperangkap dalam jam.
Akhirnya selepas puas mengharungi traffic jam, sampailah kami ke Restoran Sophia.

Sophia Restaurant
Ruang Makan di luar Restoran Sophia
Mungkin kerana masih awal lagi, hanya kami saja tetamu di restoran ini ketika itu.

Part 3: Wat Arun

Lawatan pertama ke Bangkok adalah  ke Wat Arun. Panthip agak hairan kerana itenary kami ada menyebut lawatan ke sini. Selalunya Muslim Tour tak ada itinenary ke sini, kata Panthip. Tak mengapa, tujuan kami cuma nak melihat tempat-tempat menarik di Bangkok saja.

Perjalanan menuju ke Wat Arun
Tuk-tuk
Antara tugu yang banyak terdapat di bandaraya Bangkok
Kawasan berhampiran istana Raja Thai.
Untuk ke temple ini, kami menaiki sebuah bot tambang merentasi Sungai Chao Phraya bersama-sama penduduk tempatan dan juga pelancong. Orang Thai amat menghormati sami, jadi kami lihat sami-sami Buddha tak perlu membayar langsung untuk naik bot ini.

Pasar di luar jeti di tepi Sungai Chao Phraya
Pasar di dalam jeti
Bot untuk menyeberang Sungai Chao Phraya
Pemandangan dalam bot sewaktu menyeberang ke Wat Arun
Pemandangan bot yang berulang-alik di Sungai Chao Phraya
Wat Arun juga dikenali sebagai Temple of the Dawn kerana kedudukannya yang terletak di sebelah barat Sungai Chao Phraya menjadikan ia tempat melihat matahari naik.

Pemandangan Wat Arun dari Sungai Chao Phraya
Jeti di Wat Arun
Signboard di Wat Arun
Perkarangan Wat Arun
Pintu masuk ke Wat Arun mempunyai 2 patung penjaganya yang dinamakan Yaksha
Menara tinggi ini dinamakan Prang. Prang besar ini dikelilingi oleh 4 prang yang lebih kecil.
Prang di Wat Arun dihiasi dengan kepingan-kepingan porcelain yang berwana-warni
Dalam bot sewaktu meninggalkan Wat Arun
Sewaktu kami tiba di Bangkok, bandaraya tersebut baru saja pulih dari banjir besar yang melanda pada tahun 2011. Namun begitu, kesan-kesan banjir ini masih dapat dilihat di sana-sini. 

Dari semasa ke semasa, Bangkok juga masih dilanda hujan lebat. Hujan lebat juga turun sewaktu kami melawat Wat Wat Arun.

Pemandangan selepas hujan lebat setelah kami meninggalkan Wat Arun

Part 4: Four Faced Buddha

Lawatan seterusnya adalah ke Four-Faced Buddha yang terletak di tengah-tengah pusat komersil Erawan di Bangkok. Tidak jauh dari sini terdapat Hotel Grand Hyatt Erawan. Menurut ceritanya, shrine ini dibina oleh pihak hotel untuk memastikan tiada karma buruk berlaku kerana hotel ini dibina pada tarikh yang kurang sesuai.

Gerai-gerai menjual barangan sembahan berdekatan Four-Faced Buddha.
Four Faced Buddha di Erawan, Bangkok
Pemandangan keseluruhan Four-Faced Buddha. Patung Buddhanya kecil sahaja, tetapi sangat dihormati oleh penganut-penganut Buddha di Thailand.
Penganut-penganut Buddha turut meninggalkan peralatan-peralatan sembahan di sini untuk mendapatkan berkat.
Landasan LRT di Bangkok sangat tinggi. Tren LRTnya juga lebih besar dari LRT di KL.
Burung-burung merpati untuk jualan berhampiran Four-Faced Buddha. Melepaskan burung merpati dari sangkar juga adalah antara amalan penganut Buddha untuk mendapatkan keberkatan.
Nama rasmi Four-Faced Buddha. Ia sebenarnya adalah kuil Hindu tetapi turut dihormati oleh penganut Buddha.

Part 5: MBK Centre

Bangkok sebenarnya memang Shopping Paradise. Banyak pusat-pusat membeli-belah yang menarik di sini. Harga dan pilihan barang-barang yang ditawarkan amat jauh berbeza dengan Kuala Lumpur. Pada hari pertama di Bangkok, kami dibawa ke pusat membeli-belah terbesar di Bangkok, MBK Centre.

Pemandangan di MBK Centre
Gembira bershopping di MBK Centre
Perhiasan tradisional di hadapan MBK Centre

Part 6: Silom Village

Mengikut perancangan asal, kami patut check-in ke hotel selepas bershopping di MBK Centre. Walau bagaimanapun, disebabkan MPV kami terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas, Panthip menukar rancangan untuk terus pergi makan malam di Silom Village. 

Silom Village adalah sebuah kompleks pusat membeli-belah dan restoran yang dibina mengikut ciri budaya Thai. Di sini ada banyak aspek-aspek kebudayaan Thai yang dipamerkan untuk diperkenalkan kepada pengunjung.

Silom Village
Ada banyak aspek-aspek kebudayaan Thailand yang diperlihatkan di Silom Village ini.
Makanan tradisi Thai
Kuih-kuih tradisi Thai yang banyak persamaan dengan kuih-kuih Malaysia
Demonstrasi masakan cara tradisional
Kesenian sabun
Landskap yang menarik di Silom Village
Restoran makan malam kami terletak di tingkat atas salah sebuah bangunan di Silom Village.

Restoran Makan Malam di Silom Village. Semua pengunjung kena duduk bersila makan cara Thai.
Hidangan makan malam di Silom Village.
Memandangkan kami adalah pengunjung pertama ke sini pada malam itu, pengurus restoran bersama tukang masak datang menyapa kami. Pengurus tersebut meyakinkan kami yang semua makanan yang disediakan di sini Halal belaka. Rupa-rupanya tukang masak tu pun beragama Islam dan memberikan salam kepada kami.

Ada persembahan kebudayaan yang dipertontonkan sambil pengunjung makan malam di sini. Persembahan ini sangat menarik.

Persembahan kebudayaan di Silom Village
Antara tarian tradisional Thai yang dipersembahkan.
Raja Monyet ~ Hanuman
Hanuman dan penari-penari Silom Village

HARI KEDUA

Part 7: Hotel Centre Point

Hotel penginapan kami adalah Hotel Centre Point yang terletak di daerah Pratunam di Bangkok. Walaupun kedudukannya agak tersorok, ia tidak jauh dari beberapa buah shopping mall yang hebat.

Kolam renang di Hotel Centre Point
Lobi di Hotel Centre Point
Ruang menunggu di lobi Centre Point Hotel
Satu lagi pemandangan di lobi Centre Point Hotel
Kaunter pendaftaran di Centre Point Hotel
Ukiran tradisional Thai di lobi Centre Point Hotel
Indoor Courtyard di Hotel Centre Point
Bangunan Hotel Centre Point, Pratunam
Pintu masuk ke Hotel Centre Point

Part 8: Damnoen Saduak Floating Market

Tak lengkap percutian ke Thailand kalau tak melawat Floating Market. Walaupun di Bangkok ada Floating Market, Panthip membawa kami ke Damnoen Saduak yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Bangkok.

Peta kedudukan Damnoen Saduak dari Bangkok
Floating Market adalah sebahagian cara hidup rakyat Thai. Dalam perjalanan ke Damnoen Saduak, kami melintasi beberapa buah Floating Market yang kecil-kecil. Ada yang dibuka pagi, siang dan malam.

Pemandangan dalam perjalanan ke Damnoen Saduak
Pemandangan awal pagi sebuah kawasan desa di Thailand. Kami bertolak awal pagi ke Damnoen Saduak untuk mengelakkan kesesakan jalan raya di kota Bangkok.
Jika dibandingkan suasana perkampungan di Thailand dan Indonesia, Myself merasakan suasana perkampungan di Thailand lebih mirip dengan Malaysia.
Floating Market di Damnoen Saduak adalah Floating Market yang terbesar di Thailand. Pemandangan keseluruhan pasar yang unik ini dapat dilihat dari sebuah jambatan yang merentasi pasar.

Pemandangan Floating Market di Damnoen Saduak dari atas jambatan
Mengabadi kenangan di Damnoen Saduak
Pelancong datang dari seluruh dunia untuk merasai keunikan pasar ini.
Suasana kesibukan pagi di Damnoen Saduak
Terdapat dua jenis peniaga di Floating Market. Jenis pertama adalah mereka yang mempunyai lot kedai di tebing sungai manakala jenis yang kedua adalah mereka yang berniaga dari dalam sampan.

Lot kedai di tebing sungai
Lagi pemandangan kedai di tebing sungai
Antara pemandangan di Damnoen Saduak
Untuk menikmati pengalaman unik di Damnoen Saduak, kami diberi pilihan sama ada nak naik bot laju yang melihat pasar dari pinggiran atau naik sampan berkayuh yang akan melalui celah-celah pasar. Dah pasti pilihan kami adalah sampan berkayuh yang melalui celah-celah pasar.

Pangkalan sampan sewa di Damnoen Saduak
Pemandangan dari dalam sampan kesibukan Floating Market dengan penjual dan pelancong
Damnoen Saduak Floating Market, Thailand
Makanan panas yang dimasak di atas sampan di Damnoen Saduak.
Makanan Thai sangat mirip dengan masakan Malaysia, cuma kebanyakannya tidak Halal untuk orang Islam.
Pintu gerbang di Damnoen Saduak
Sewaktu sampan kami mudik dalam kawasan pasar, kami dirapati penjual-penjual bersampan yang ingin menjual barangan mereka. Penjual-penjual di tebing sungai pula akan mengait sampan kita rapat ke kedai-kedai mereka untuk menjual barangan mereka.

Peniaga-peniaga bersampan akan merapati sampan pelancong untuk menjual barangan
Peniaga di tebing akan menarik sampan kita merapat ke kedai mereka dengan kayu untuk untuk menjual barangan mereka
Barangan religious yang dijual di Damnoen Saduak
Dah puas bersampan, kami berjalan-jalan pula di tebing sungai. Kami perhatikan walaupun pasar ini sibuk, air sungai amat bersih sekali. Peniaga-peniaga di sini sangat berdisiplin tidak membuang sampah ke dalam sungai.

Berjalan-jalan di tepi sungai
Ada juga pengalaman unik yang dialami ketika membeli barang dari penjaja yang sampannya terletak jauh ke tengah sungai. Duit dan barangan akan dihulur menggunakan bakul yang diikat di hujung kayu.

Bersarapan pagi di Damnoen Saduak
Penjual kerepek di Damnoen Saduak
Penjual pisang dan buah-buahan
Membeli pulut mangga dari penjual berperahu. Makanan dan duit dihulur menggunakan bakul yang diikat di hujung kayu.

Part 9: Samphran Elephant Ground

Di sebelah petang, aturcara lawatan adalah ke Rose Garden. Tapi sebelum itu, kami singgah di Samphran Elephant Ground untuk makan tengahari.

Samphran Elephant Ground
Samphran Elephant Ground adalah sebenarnya zoo pemeliharaan gajah. Di sini ada Elephant Show yang boleh ditonton, tetapi kami tidak masuk ke dalam zoo ini. Cuma tumpang makan di restoran di sini saja.

Pintu masuk ke kawasan Elephant Show. Kami tak masuk ke dalam.
Restoran di Samphran Elephant Ground ini agak besar. Yang menariknya, makanan disediakan secara buffet dan ada satu seksyen pilihan makanan Halal.

Restoran Erawan di Samphran Elephant Ground
Seksyen buffet makanan halal di Erawan Restaurant
Antara hidangan Halal di Erawan Restaurant
Pintu masuk ke Erawan Restaurant
Meninggalkan Samphran Elephant Ground

Part 10: Rose Garden

Samphran Elephant Ground tidak begitu jauh dari destinasi kami, Rose Garden. Jika hanya berdasarkan kepada nama, kita pasti menyangka Rose Garden adalah sebuah taman yang penuh dengan bunga ros.

Pintu masuk ke Rose Garden
Tasik di Rose Garden
Seperti Silom Village, sebenarnya Rose Garden adalah sebuah taman kebudayaan Thai. Bezanya dengan Silom Village ialah taman ini memaparkan secara "live" cara hidup sebenar masyarakat Thai.

Gajah untuk tunggangan di Rose Garden
Setibanya di Rose Garden, perkara pertama yang kami lakukan ialah mencari tempat untuk bersolat. Dengan bantuan Panthip, kami bertemu dengan seorang gardener wanita yang beragama Islam. Dia menunjukkan kepada kami tempat untuk bersolat.

Kami tumpang solat di pondok ini.
Satu-satunya tanaman bunga ros yang kami temui di Rose Garden
Pemandangan dekat pondok tempat kami tumpang bersolat.
Lepas bersolat, kami naik ke jambatan kayu ini. Keluarga yang kelihatan di dalam gambar ini adalah pelancong tempatan yang datang dari Selatan Thailand.
Di sepanjang jambatan ini, ada pemandangan seperti sebuah kampung di tepi sungai.
Main jongkang-jongkit
"Jeti kampung" di Rose Garden
"Landskap kampung" yang menarik di Rose Garden.
Melawat ke sebuah rumah tradisional Thai. Macam rumah kampung di Malaysia juga.
"Restoran di tepi sungai" di Rose Garden
Pintu masuk ke Cultural Show Area
Demonstrasi gubahan buah-buahan
Suasana perkampungan Thai di Rose Garden
Rumah pesawah di Rose Garden
Mengisar padi secara tradisional
Kandang kerbau ala-ala kampung di Rose Garden
Thailand amat kaya dengan budaya. Kami juga menonton satu persembahan budaya di Rose Garden.

Pentas pertujukan kebudayaan di Rose Garden
Persembahan muzik tradisional
Fingernail Dance dari Utara Thailand
Seni mempertahankan diri menggunakan kayu
Setiap pemuda Thai akan menghabiskan sebahagian masa remaja mereka dengan menjadi sami di kuil Buddha. Upacara seperti ini akan diadakan sebelum pemuda mula menjalani hidup sebagai sami.
Muay Thai (Kick Boxing)
Demonstrasi adat perkahwinan Thai. Pasangan pengantin sedang menerima restu dari tetamu yang hadir.
Tarian Galah
Tarian tradisional yang menarik
Tarian Lilin
Persembahan penutup. Bangga melihat bendera Malaysia dikibarkan.
Selepas pertunjukan kebudayaan tamat, ada pula Elephant Show.

Pertunjukan gajah di Rose Garden
Gajah sedang dimandikan oleh Mahout (gembala gajah)
Gajah dah selesai mandi
Gajah menarik balak
Gajah masih digunakan untuk menarik balak dalam industri pembalakan di Thailand.

Part 11: Restoran Mak Yah

Pemandangan petang di kota Bangkok
Kembali ke Bangkok, sekali lagi terpaksa mengharung traffic jam untuk makan malam di Restoran Mak Yah yang menghidangkan masakan Patani.

Berjalan ke Restoran Mak Yah
Pemandangan di dalam restoran
Pemandangan malam kota Bangkok dari bilik hotel.

HARI KETIGA

Part 12: Grand Palace 

Pada keesokan harinya, kami dibawa melawat ke Grand Palace. Keluarga Diraja Thai tidak lagi tinggal di sini tetapi ia masih digunakan bagi upacara-upacara rasmi yang melibatkan Raja.

Grand Palace dikelilingi tembok berwarna putih. Hanya sebahagian kecil istana sahaja yang dibuka kepada orang awam.
Pengunjung ke Grand Palace diwajibkan berpakaian sopan. Ada polis yang menunggu di pintu masuk Grand Palace ini untuk memastikan pelancong (terutamanya Mat Salleh) yang memakai pakaian rugged dan tak sopan seperti berseluar pendek tidak masuk ke istana. Mereka akan diarahkan untuk menyewa pakaian seperti kain sarung dan seluar panjang di sebuah bilik di pintu masuk.

Pemandangan dalam Outer Court di perkarangan istana
Satu lagi pemandangan di dalam Outer Court di perkarangan istana
Chedi emas di Grand Palace (Pemandangan dari Outer Court)
Pemandangan Upper Terrace
Pemandangan Temple of Emerald Buddha dari Upper Terrace. Bangunan-bangunan di dalam Grand Palace ini amat cantik dan mengkagumkan. Hampir kesemuanya disalut dengan emas.
Semua bangunan-bangunan di dalam Grand Palace juga ada namanya tersendiri. Tapi susah nak ingat sebab namanya panjang-panjang dan dalam Bahasa Siam. Kalau tak salah, ini adalah bangunan Perpustakaan.
Yaksha seperti ini juga ada di Wat Arun
Pemandangan dekat patung Yaksha di Grand Palace
Lukisan yang cantik di Grand Palace
Chedi Emas di Grand Palace
Banyak bangunan di Grand Palace disalut dengan emas.
Bangunan-bangunan bersalut emas di Grand Palace nampak berkilauan di bawah sinaran matahari.
Model Angkor Wat yang sangat detail di Grand Palace
Tak ingat nama patung emas ni, tapi yang kat belakang berwarna kebiruan tu adalah patung-patung Garuda.
Pemandangan dekat patung-patung Garuda di Grand Palace
Antara sudut yang menarik di Grand Palace
Landskap menarik di Grand Palace
Di Grand Palace ni ada sebuah Temple yang menyimpan patung Emerald Buddha.

Pengunjung Buddhist terutamanya akan bersembahyang di luar temple ini.
Pengunjung perlu membuka kasut untuk masuk ke temple Emerald Buddha.
Patung Emerald Buddha disimpan di Temple ini. Walaupun namanya Emerald Buddha, ia sebenarnya dibuat dari batu jade. Pengunjung perlu membuka kasut dan tak boleh memakai topi sewaktu masuk ke dalam Temple.
Patung Emerald Buddha ini juga dipakaikan dengan pakaian tertentu mengikut musim. Fotografi tak dibenarkan di dalam Temple. Cuma boleh ambil gambar dari luar saja.
Bangunan di dalam istana ini yang paling moden adalah Chakri Maha Prasat Hall yang dibina oleh King Chulalongkorn.

Sesetengah kawasan di Grand Palace tidak dibuka untuk kunjungan.
Bangunan Maha Chakri Prasat dengan Wat Diraja di sebelahnya.
Walaupun Chakri Maha Prasat Hall ini dibina mengikut senibina Barat, ia tetap dipakaikan dengan topi tradisional Siam pada bumbungnya.
Changing of the Guards
Pengunjung tak dibenarkan melawat Wat di sebelah Chakri Maha Prasat ni kerana ketika itu, baru saja berlaku kematian seorang anggota Keluarga Diraja Thai dan abu mayatnya masih lagi disimpan di sana.
Pintu masuk utama ke Chakri Maha Prasat
Pengawal di depan Chakri Maha Prasat

Part 13: Perkampungan Muslim Pratunam

Selepas melawat Grand Palace, kami dibawa ke Perkampungan Muslim di Pratunam yang sebenarnya tak jauh dari hotel penginapan kami untuk makan tengahari.

Suasana perkampungan Muslim di Pratunam, Bangkok
Masjid Darul Aman di Perkampungan Muslim Pratunam
Restoran Hayati Nangphya
Hidangan makan tengahari di Restoran Hayati Nangphya

Part 14: Calypso Cabaret Show 

Disebabkan kami tak punya apa-apa program lagi sehingga pulang ke KL pada malam esoknya, Panthip mencadangkan kami menonton persembahan Ah Kua. Pada mulanya kami tertanya-tanya apa bendanya Ah Kua tu? Rupa-rupanya Ah Kua yang juga dipanggil khatoey dalam Bahasa Thai adalah pondan. 

Pondan memang ramai di Thailand dan sewaktu kami pergi bershopping, ramai juga golongan ini yang bekerja sebagai jurujual. Ada di antara mereka yang kelihatan lembut dan jelita, kalah kita yang dilahirkan sebagai perempuan sejati. Ada juga yang ciri-ciri fizikal lelakinya masih ketara, mungkin belum habis buat treatment. Namun apapun ~ mungkin juga kuasa Tuhan ~ mereka tak dapat mengubah suara lelaki mereka dengan sepenuhnya. 

Pada mulanya, risau juga nak menengok persembahan ni. Panthip memberitahu ada 2 jenis persembahan Ah Kua di Bangkok. Satu jenis adalah persembahan profesional yang sering dihadiri oleh golongan Mat Salleh dan satu lagi persembahan kurang bermoral yang selalunya dihadiri oleh orang-orang yang mungkin juga kurang moralnya. 

Panthip mencadangkan kami menyaksikan persembahan yang sering dihadiri oleh golongan Mat Salleh. Didorong rasa ingin tahu, kami pun bersetuju.

Persembahan yang kami hadiri adalah persembahan ala-ala Cabaret di Paris yang dinamakan Calypso Cabaret Show. Ia dipentaskan di sebuah teater mewah dalam sebuah hotel 5 bintang yang bernama Hotel Asia. Ternyata persembahan mereka amat profesional dan menghiburkan.

Kaunter tiket masuk ke Calypso Cabaret Show
Tempat duduk dalam teater disusun macam style Cabaret
Pilihan minuman terhad dihidangkan kepada pengunjung sebelum show bermula. Kami pilih minum Coke dan teh.
Menyamar sebagai kumpulan K-pop Wonder Girls
Marilyn Monroe
Mungkin disebabkan ramai pengunjung juga datang dari Korea, ada seksyen spesifik persembahan kebudayaan Korea. Jangan lupa dia orang ni semua lelaki.

HARI KEEMPAT

Part 15: Shop Till You Drop 

Hari keempat juga tiada program spesifik disediakan untuk kami. Flight balik juga dijadualkan sebelah malam dan kami harus bertolak ke airport pada sebelah petang. Jadi kami membuat keputusan untuk menghabiskan masa pagi melawat pelbagai shopping centre yang ada di Pratunam, dekat kawasan hotel. 

Hari terakhir kami di Bangkok adalah hari Ahad. Tapi jalan raya di Pratunam ni tetap sesak macam hari-hari biasa.

Shopping Area di Pratunam
Traffic Jam di Pratunam, Bangkok.
Bergambar dengan Ronald MacDonald di Shibuya Mall, Pratunam.
Pemandangan di dalam Shibuya Mall yang terletak dekat dengan hotel penginapan kami.
Lagi pemandangan di dalam Shibuya Mall
Beberapa mall lain berdekatan hotel kami di Pratunam.
Sesuatu yang menarik tentang shopping centre di Bangkok ialah kat food court mereka, mesti ada gerai yang menjual makanan Halal. Surau juga terdapat di beberapa shopping mall yang kami lawati. Patutlah ramai orang Arab berkunjung ke Bangkok ni.

Gerai makanan Halal di Food Court, Shibuya Mall
Husband juga sempat membeli peralatan kamera DSLR sewaktu di Bangkok. Dia cukup happy sebab harganya cuma 70% dari harga di Malaysia. Cuma satu je problemnya: Warranty bagi peralatan kamera yang dibeli hanya sah di Thailand saja. Maknanya kalau kamera tu nanti ada problem, kenalah beli tiket kapalterbang ke Bangkok lagi untuk hantar baiki kamera tu. Tak apa kata Husband, dia rela terbang balik ke Bangkok sebab ia telah menjadi antara kota favourite beliau.