Thursday, 1 December 2011

2011 SIEM REAP, CAMBODIA

November 2011 

CAMBODIA 
Siem Reap

Percutian ke Siem Reap, Cambodia diaturkan dalam masa yang sangat singkat. Waktu itu ada cuti panjang Awal Muharram dan Husband mempunyai tugasan luar. Disebabkan memikirkan boring kena tinggal di rumah bersendirian, Myself mengajak Nik untuk percutian singkat 3 Hari 2 Malam ke Siem Reap di Cambodia. Nik bersetuju, maka jadilah percutian ini.

HARI PERTAMA

Part 1: Terbang Ke Siem Reap

Kami bertolak ke Siem Reap dari LCCT dengan menaiki pesawat Air Asia. Disebabkan penerbangan ini bertolak awal pagi, Myself dan Nik sepakat untuk menyewa bilik di Concorde Inn berhampiran KLIA untuk memudahkan kami pergi awal ke LCCT pada keesokan paginya. Dari Concorde Inn, kami menaiki perkhidmatan shuttle yang disediakan ke LCCT dengan bayaran RM30 seorang.

Concorde Inn, KLIA
Pemandangan awal pagi di LCCT dari pesawat.
Penerbangan Air Asia dari LCCT ke Siem Reap
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Siem Reap hanya memakan masa kira-kira 1 jam 30 minit. Oleh kerana kami bertolak awal pagi dari KL, awal pagi jugalah kami tiba di Siem Reap.

Kedudukan bandar Siem Reap di Cambodia
Pemandangan Tasik Tonle Sap dari udara
Sawah padi di Cambodia
Pemandangan sewaktu pesawat sedang turun untuk mendarat di Lapangan Terbang Siem Reap.
Siem Reap Airport
Perbezaan waktu KL dengan Siem Reap adalah 1 jam (lewat 1 jam di Siem Reap berbanding KL).

Pesawat Air Asia yang kami naiki tiba di Siem Reap.
Bangunan Terminal Siem Reap Airport
Berjalan menuju ke terminal airport selepas turun dari pesawat.
Airport Siem Reap kecil sahaja, tetapi senibinanya yang bercirikan tradisional Cambodia amat cantik.

Pemandangan di dalam Airport Siem Reap
Pemandangan menuju ke tempat pemeriksaan imigresen
Menunggu bagasi di Siem Reap Airport
Guide kami yang bernama Som telah sedia menanti. Kami terus dibawa melawat ke  West Barray.

Perjalanan dengan kereta dari Airport ke bandar Siem Reap
Pemandangan di bandar Siem Reap
Antara hotel mewah yang terdapat di Siem Reap
Sebuah lagi hotel mewah di Siem Reap
Penjual berbasikal di Siem Reap

Part 2: West Barray

Siem Reap adalah lokasi kota tua Angkor. Di sekitar kawasan Siem Reap terdapat banyak tinggalan sejarah kerajaan-kerajaan purba yang pernah berkuasa di sini pada masa dahulu. 

Som membawa kami melawat ke West Barray. West Barray adalah sebuah reservoir purba yang membekalkan air untuk kegunaan penduduk kota Angkor.

Som sedang memberi penerangan mengenai West Barray
West Barray yang sangat besar ini dibina sepenuhnya dengan menggunakan tangan.
Papan kenyataan mengenai sejarah West Barray
Sejarah West Barray
West Barray juga adalah tempat rekreasi yang popular bagi pengunjung tempatan.

Tempat berehat yang dibina bagi kegunaan penduduk tempatan yang lengkap dengan hammock di tepi West Barray yang berangin.
Makanan tempatan yang menyerupai pulut panggang dijual di West Barray.
Kedai menjual pakaian di West Barray
Katak panggang juga dijual di tepi West Barray
Kedai menjual makanan tempatan di West Barray.

Part 3: Perusahaan Cambodia Silk

Sepertimana Malaysia terkenal dengan perusahaan batik, Cambodia terkenal dengan perusahaan kain sutera yang dinamakan Cambodia Silk.

Kami melawat sebuah kilang sutera di Siem Reap yang sebahagian besar proses penghasilannya masih menggunakan kaedah tradisional.

Silk Factory
Daun Mulberry yang ditanam di sekitar Silk Factory untuk makanan ulat sutera.
Rumah ulat sutera.
Perangkap semut di tangga naik ke Rumah Ulat Sutera
Ulat sutera sedang diberi makan daun mulberry.
Kepompong ulat sutera
Menuju ke bengkel memintal benang
Spinning and Dyeing Workshop
Alat tenunan di Silk Factory
Bahan-bahan asli yang digunakan sebagai pewarna kain sutera
Proses mencelup warna kain sutera
Pekerja-pekerja sedang menenun corak pada kain sutera
Galeri pameran kain sutera
Landskap yang menarik di kilang sutera
Pemandangan yang mendamaikan di kilang sutera
Kafetaria di Kilang Sutera

Part 4: Wat Thmei

Cambodia pernah melalui sejarah hitam apabila negara ini diperintah oleh Pol Pot pada tahun 1970-an. Bagi memastikan tiada siapa mencabar kuasanya, Pol Pot membunuh golongan profesional dan keluarga mereka di Cambodia. Pembunuhan dilakukan secara kejam di seluruh Cambodia, termasuklah di Siem Reap, di mana pembunuhan dilakukan di sebuah kuil Buddha bernama Wat Thmei.

Menurut Som, selepas pemerintahan Pol Pot tamat, sami-sami Buddha di Wat Thmei telah mengutip serpihan-serpihan tulang mangsa untuk disimpan dengan cara terhormat untuk mendamaikan roh mangsa-mangsa pembunuhan.

Perkuburan tentera Cambodia yang dilalui dalam perjalanan ke Wat Thmei
Tembok yang mengelilingi perkuburan tentera dihiasi dengan patung-patung dewa yang memegang binatang seperti ular. Patung seperti ini banyak dilihat di seluruh Siem Reap.
Wat Thmei
Tengkorak mangsa-mangsa pembunuhan yang dikumpulkan di Wat Thmei
Membaca sejarah Killing Field di Wat Thmei
Dewan Sembahyang Utama di Wat Thmei
Pemandangan di dalam Wat Thmei
Stupa untuk pembakaran mayat.

Part 5: Artisans Angkor

Kami kemudiannya dibawa mengunjungi Artisans Angkor, sebuah pusat kraftangan yang diasaskan oleh seorang lelaki Perancis bagi membantu penduduk tempatan mendapatkan pekerjaan.

Berjalan masuk ke Artisans Angkor. Kedatangan kami disambut oleh seorang Local Tour Guide di sini (yang memberikan sembah hormat mengikut cara orang Cambodia)
Kraftangan yang dihasilkan di Artisans Angkor amat cantik dan berkualiti tinggi. Di sini juga, ada seorang guide tempatan yang memberi penerangan tentang kraftangan yang dihasilkan.

Lukisan Tradisional
Lukisan Angkor Wat yang sangat cantik.
Pekerja-pekerja di Artisans Angkor
Membuat ukiran batu.
Seni Lacquer
Lukisan Apsara
Silverworks
Bongkah-bongkah batu untuk ukiran.
Ukiran batu
Ukiran Kayu
Landskap di Artisans Angkor
Ukiran batu dan kayu yang menghiasi landskap di Artisans Angkor

Part 6: Angkor Star

Makan tengahari disediakan di Angkor Star Cafe.

Angkor Star Cafe.
Angkor Star Cafe

Part 7: Somadevi Angkor Hotel

Somadevi Angkor Hotel
Kaunter pendaftaran di Somadevi Angkor Hotel
Lobi Somadevi Angkor Hotel.
Pintu lif yang cantik di Somadevi Angkor Hotel
Kolam renang di Somadevi Angkor Hotel.
Taman yang cantik di Somadevi Angkor Hotel. Kami sempat mencuba Cambodian Massage di Spa Hotel di sini.
Hotel penginapan kami, Somadevi Angkor Hotel terletak di tengah bandar Siem Reap. Sewaktu tiba di Somadevi Angkor Hotel, bilik kami belum sedia lagi kerana waktu check-in hotel adalah pukul 2 petang. Jadi untuk mengisi masa yang terluang, Som mencadangkan supaya kami berkunjung ke Tonle Sap.

Pemandangan dari bilik hotel kami.
Restoran sarapan pagi di Somadevi Angkor Hotel
Hiasan yang menarik di dalam restoran.

Part 8: Tonle Sap

Dengan bayaran tambahan USD20, Som membawa kami ke Tonle Sap. Jalan ke sana amat buruk kerana kawasan tersebut baru saja dilanda banjir besar.

Dalam perjalanan ke Tonle Sap kami juga dapat mendengar azan Zohor berkumandang di udara. Mungkin ada masjid berdekatan walaupun tak nampak dalam pandangan.

Jeti Tonle Sap
Tonle Sap adalah tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. Ia juga mempunyai perkampungan terapung yang dihuni sebahagian besarnya terdiri dari rakyat Cambodia berketurunan Vietnam.

Dalam bot persiaran di Tonle Sap
Bersiar-siar dengan bot di Tonle Sap
Beginilah besarnya tasik Tonle Sap - macam laut. Tasik ini bersambung dengan beberapa batang sungai di Cambodia.
Tonle Sap adalah tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara
Loji rawatan air minum yang didirikan dengan bantuan dari sebuah agensi Amerika Syarikat, USAID.
Kata Guide kami Som, dalam musim hujan, air Tonle Sap akan naik lebih tinggi lagi sehingga pokok-pokok yang kelihatan dalam gambar ini akan tenggelam.

Perkampungan Terapung Penduduk Berketurunan Vietnam
Sekolah rendah yang didirikan dengan bantuan dari Kerajaan Korea Selatan.
Kanak-kanak sekolah rendah sedang belajar di dalam kelas.
Gereja di Tonle Sap
Sebuah restoran di Tonle Sap
Feri ekspres dari Phnom Penh ke Siem Reap melalui Tonle Sap.
Majlis perkahwinan di Tonle Sap
Bot membuat persinggahan di sebuah pusat penternakan ikan sangkar di Tonle Sap. Buaya juga turut diternak di sini
Bergambar di tempat penternakan ikan di Tonle Sap.
Kanak-kanak ini membawa seekor ular sawa sambil bersampan dalam sebuah kuali besar untuk meminta sedekah dari pelancong-pelancong di sini.
Buaya yang diternak di Tonle Sap
Ngeri melihat buaya-buaya di sini.
Pemandangan Kampung Terapung di Tonle Sap.
Perjalanan pulang ke jeti. Ketika ini musim panas, jadi banyak kelihatan tumbuh-tumbuhan di dalam tasik ketika ini.
Jeti tambatan bot cruise (berlatarbelakangkan Tonle Sap)
Jeti tambatan bot cruise (berlatarbelakangkan bangunan Jeti)
Tempat parking kenderaan di Tonle Sap. Di sekitar Tonle Sap yang dikira sebagai kawasan luar bandar, tak banyak terdapat jalan-jalan yang berturap.

Part 9: Bandar Siem Reap

Petang itu, disebabkan ada masa terluang, kami berjalan-jalan di Bandar Siem Reap.

Pemandangan pusat bandar Siem Reap
Persimpangan jalan yang sibuk di bandar Siem Reap
KFC Halal di Siem Reap
Central Market di Siem Reap. Peniaga berketurunan Cham di sini bertutur dalam Bahasa Melayu yang berbunyi seakan-akan loghat Kelantan.
Pemandangan malam di bandar Siem Reap. Ada banyak kedai menjual barangan dari kulit buaya seperti beg tangan di sini. Namun mungkin disebabkan kulit buaya ini tidak disamak dengan elok, bau kulit buaya ini sangat tidak menyenangkan.
Pemandangan Hotel Somadevi Angkor di waktu malam.

Part 10: Angkor Mondial Restaurant

Makan malam pada hari pertama disediakan di Angkor Mondial Restaurant sambil menyaksikan Pertunjukan Kebudayaan.

Angkor Mondial Restaurant
Makanan di Angkor Mondial disediakan secara buffet.
Pada mulanya kami mendapat tempat duduk agak jauh dari pentas. Som merasa hairan kerana setahu beliau tempahan tempat duduk bagi kami adalah berdekatan dengan pentas. 

Sebaik habis makan, sebelum persembahan bermula, wakil Travel Agent di Cambodia datang menemui kami. Dia memberitahu ada sedikit silap faham dengan restoran dan dia telah membetulkan kesilapan itu. Kami kemudiannya diberi tempat duduk dekat dengan pentas.

Kebudayaan Cambodia banyak pengaruh dari epik Hindu, Ramayana walaupun penduduk negara ini majoritinya beragama Buddha
Tarian tradisional ini dinamakan Apsara, dan ia dianggap tarian negara Cambodia. Pergerakannya macam tarian Bollywood yang sering dilihat di TV - banyak pergerakan kepala, mata dan tangan, cuma gerakannya lemah gemalai dan tidak agresif.
Tarian rakyat Cambodia

HARI KEDUA

Part 11: Kompleks Sejarah Angkor 

Walau sesiapa berkunjung ke Siem Reap, sudah pasti Angkor Wat menjadi tumpuan. Sebenarnya Angkor Wat hanyalah salah sebuah candi Hindu-Buddha yang membentuk Kompleks Sejarah Angkor.

Pada kurun ke-11, wujud sebuah kerajaan tua di kawasan Siem Reap yang mana ibu negaranya bernama Angkor Thom. Rajanya yang terkenal bernama Jayavarman VII. Di dalam Angkor Thom terdapat berbagai istana dan candi-candi yang sebahagiannya masih dapat dilihat pada hari ini.

Awal-awal pagi Som dengan pemandu telah datang menjemput kami. Som memakai baju uniform ala-ala tentera. Katanya, peraturan Kerajaan Cambodia menetapkan semua Tourist Guide perlu memakai uniform di Kawasan Sejarah Angkor.

Cambodia adalah sebuah negara miskin. Banyak fasiliti di negara ini yang didirikan melalui projek-projek kemanusiaan pelbagai negara di seluruh dunia seperti Hospital Kanak-kanak Percuma ini yang didirikan oleh Kerajaan Perancis.
Pintu masuk ke Free Children's Hospital di Siem Reap.
Kompleks Sejarah Angkor terletak tidak jauh dari bandar Siem Reap. Anda boleh berkunjung ke sini dengan menaiki tuk-tuk saja dari Siem Reap jika ingin berbuat demikian.

Ramai pelancong backpackers yang berkunjung ke Kompleks Sejarah Angkor dengan menaiki tuk-tuk.
Beginilah ramainya pengunjung ke Kompleks Sejarah Angkor
Semua pengunjung diwajibkan untuk membuat pendaftaran cap jari untuk masuk ke Kompleks Sejarah Angkor.

Part 12: Angkor Thom

Ibukota negara purba Angkor bernama Angkor Thom. Lawatan pertama kami di Kompleks Sejarah Angkor ini adalah ke sini.

Pintu Masuk Utama ke Angkor Thom. Di atas pintu ada ukiran 4 wajah yang setiap satunya menghala ke utara, selatan, timur dan barat.
Untuk masuk ke dalam Pintu Utama, kita perlu melalui sebuah jambatan yang di kiri dan kanannya ada ukiran binatang seperti ular.
Di sebelah kiri jambatan, ular ini dipegang oleh patung-patung dewa manakala di sebelah kanan pula ularnya dipegang oleh patung-patung demons.
Jambatan ini melintasi parit (moat) yang dibina di sekeliling Angkor Thom
Pintu Utama ke Angkor Thom sempit dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan-kenderaan kecil. Nasib baik kami naik kereta, jadi perjalanan ke dalam boleh diteruskan dengan berkereta. Pelancong yang datang dengan bas besar terpaksa berjalan atau naik kenderaan-kenderaan lain seperti tuk-tuk dan gajah.

BAYON 

Kuil Raja Jayavarman VII di dalam Angkor Thom dinamakan Bayon.

Pemandangan Candi Bayon dari tempat letak kereta
Gajah-gajah yang menunggu di depan Bayon ini boleh disewa jika nak merasa bersiar-siar macam Raja Khmer zaman dulu-dulu.
Tangga naik ke Bayon telah rosak dimamah usia. Maka, tangga baru didirikan oleh Kerajaan Cambodia untuk kemudahan pelancong.
Inilah laluan utama yang digunakan Raja dan Pembesar-pembesar zaman dahulu untuk masuk ke dalam Bayon.
Ukiran Buddha yang telah rosak dekat pintu masuk ke Bayon
Courtyard luar di Bayon
Ukiran-ukiran dalam Bayon masih terpelihara dengan baik sehingga kini. Ukiran ini menunjukkan tentera Khmer sedang berperang dengan tentera Siam. Tentera Khmer boleh dikenali dari ukiran ini kerana mereka bertelinga panjang.
Dengan sedikit bayaran, boleh bergambar dengan artis-artis yang berpakaian tradisional.
Kerja-kerja konservasi di dalam Bayon.
Runtuhan di dalam kompleks kuil Bayon
Sami Buddha di Bayon
Kemegahan dan keagungan bangunan Bayon pada masa lampau masih dapat dirasakan bila melawat ke sini. Memang hebat bagaimana orang zaman dulu boleh membina kota candi ini.
Antara tangga untuk naik ke tingkat atas Bayon.
Beginilah ketinggian Bayon - dilihat dari tingkat atas.
Tangga untuk turun ke bawah.
Bayon sangat besar. Pengunjung selalunya masuk dari satu pintu dan keluar dari pintu lain.
Perkarangan luar Bayon juga ada tarikan-tarikan lain yang tersendiri seperti Terrace of the Elephants.

Terrace of the Elephants
Pintu masuk ke Terrace of the Elephants
Pada masa dulu, Raja akan menyaksikan temasya yang diadakan di dalam kota dari sini.
Selain ukiran gajah, Terrace of the Elephants juga dihiasi dengan ukiran burung-burung Garuda
Pelancong-pelancong menyaksikan Terrace of the Elephants dengan lebih dekat
Ada beberapa pintu kota yang terletak bertentangan dengan Terrace of the Elephants. Antara temasya yang digemari Raja ialah menyaksikan pahlawan-pahlawan bergayut dari tali yang dipasang dari pintu kota ke pintu kota.

Part 13: Ta Phrom

Candi Ta Phrom istimewa kerana tidak seperti candi-candi lain yang sedikit sebanyak telah dibaikpulih, ia dibiarkan dalam keadaan asal sepertimana sewaktu ia ditemui oleh pakar sejarah dari Perancis. Ia juga terkenal kerana penggambaran filem Lara Croft yang dibintangi Angelina Jolie dibuat di sini.

Pintu masuk ke Ta Phrom juga dijaga oleh ukiran 4 wajah ini.
Projek konservasi di Ta Phrom dilaksanakan dengan bantuan dari Kerajaan India.
Penerangan tentang usaha konservasi yang sedang dilaksanakan.
Laluan masuk ke Ta Phrom di belakang ukiran 4 wajah tadi.
Sami-sami Buddha di Ta Phrom
Seperti juga kebanyakan candi lain, Ta Phrom juga dikelilingi parit.
Betapa lama Ta Phrom ditinggalkan selepas kejatuhan Kerajaan Angkor sehingga ia ditemui semula oleh ahli sejarah Perancis yang menjajah Cambodia dulu, dapat diagak dengan melihat saiz pokok yang menenggelamkannya.
Bilangan pelancong yang sangat ramai ke Angkor boleh dikatakan sebanding dengan bilangan pelancong yang melawat Piramid di Egypt
Menurut Som, filem Lara Croft:The Tomb Raider sangat membantu mempromosikan Angkor
Semua pengunjung berebut-rebut nak bergambar di sini.
Pemandangan di dalam kuil yang rosak dimamah usia.
Lagi runtuhan kuil di Ta Phrom.
Bergambar kenangan dengan akar pokok.
Meninggalkan Ta Phrom.

Part 14: Angkor Wat

Candi ketiga yang kami lawati adalah Angkor Wat yang terkenal di seluruh dunia. Ia adalah bangunan keagamaan yang terbesar pernah dibina di dunia.

Kami memasuki bangunan Angkor Wat dari bahagian belakang.

Parit di belakang Angkor Wat
Macam tak percaya melihat Angkor Wat berada di depan mata
Banyak monyet liar berkeliaran di sekitar Angkor Wat.
Pemandangan lebih dekat monyet-monyet liar yang berkeliaran di luar Angkor Wat.
Laluan masuk sebenar ke Angkor Wat (dari arah belakang).
Courtyard luar Angkor Wat
Kesan runtuhan di Courtyard Luar
Pintu masuk belakang ke Angkor Wat yang sedang dibaikpulih.
Ukiran Churning of the Sea of Milk adalah antara ukiran yang masih terpelihara di Angkor Wat.
Notis baikpulih ukiran Churning of the Sea of Milk.
Ukiran Churning of the Sea of Milk di dalam bangunan Angkor Wat menggambarkan mitos Hindu mengenai pembentukan bumi.
Pemandangan di dalam Angkor Wat. Lelaki-lelaki yang berpakaian kuning cerah dan berseluar hitam adalah Tourist Guide. Mereka diwajibkan oleh Kerajaan Cambodia untuk memakai uniform ketika bertugas di Kompleks Sejarah Angkor.
Sebahagian Angkor Wat kini digunakan oleh sami-sami Buddha untuk upacara keagamaan.
Courtyard di dalam Angkor Wat
Pada masa dahulu, hanya sami-sami besar dibenarkan naik ke puncak bangunan Angkor Wat kerana ruangan tersebut dianggap suci.
Raja-raja Khmer yang menguasai Angkor Wat pada masa dahulu bersilih ganti bertukar agama antara Hindu dan Buddha. Maka elemen kedua-dua agama banyak terdapat di dalam Angkor Wat.
Satu lagi pemandangan courtyard di dalam Angkor Wat.
Pengunjung-pengunjung ke Angkor Wat.
Sayup tingginya kelihatan dari sini.
Berposing di tengah Angkor Wat.
Seperti juga di Bayon, Angkor Wat dibina bertingkat-tingkat.
Pemandangan ke luar tingkap Angkor Wat.
Gambar-gambar promosi Angkor Wat sering diambil dari lokasi ini.
Pintu Masuk Utama (dari bahagian dalam)
Jambatan yang merentangi parit di luar Pintu Masuk Utama
Pemandangan Pintu Masuk Utama dari bahagian luar Angkor Wat
Pemandangan indah kompleks Angkor Wat dari tepi jalan utama.

Part 15: Explorers House Restaurant

Dah penat melawat, tibalah masa untuk makan tengahari. Kami dibawa ke Explorers House Restaurant.

Dalam perjalanan, kami melalui bandar Siem Reap lagi. Macam-macam bank kami tengok ada di pekan Siem Reap ni - ada CIMB, Maybank, Public Bank pun ada.. Macam kat Malaysia pulak rasanya.

Public Bank
Maybank
Kereta kami berhenti untuk isi minyak di sebuah petrol pump. Kami perhatikan driver kami membayar dengan US Dollar masa isi minyak. Bila masa dia orang ni guna duit mereka sendiri (Riel)? Asyik pakai US Dollar je sepanjang masa.

Restoran Explorers House
Restoran Explorers House ini milik seorang rakyat Malaysia.

Pemandangan di Explorers House Restaurant
Selepas makan, Som mencadangkan kami balik dulu ke hotel untuk berehat. Kami terus saja bersetuju. Tapi sebenarnya kami balik solat saja, lepas tu buat massage kat hotel. Lepas tu pulak pergi shopping kat Central Market yang berhampiran.

Part 16: Bak Heng Hill

Petang itu, kami kembali ke Kompleks Sejarah Angkor.  Tapi kali ni bukanlah nak melawat candi lagi, tapi nak menikmati pemandangan indah sunset di Bak Heng Hill.

Jalan masuk ke Bak Heng Hill. Ramai sungguh orang nak tengok sunset di sini. Kami juga bertemu dengan ramai pelancong Malaysia di bukit ini.
Pendakian ke Bak Heng Hill.
Penanda arah dan bakul sampah di Bak Heng Hill.
Pemandangan West Barray dari Bak Heng Hill sewaktu matahari terbenam. Cantik kan?
Beberapa platform seperti ini disediakan di Bak Heng Hill untuk melihat matahari terbenam
Semakin matahari tenggelam, pemandangan makin cantik
Macam suasana musim luruh kat negeri sejuk pulak!
Di puncak bukit ini ada sebuah kuil purba yang dinamakan Pre Rup Temple
Ramai pengunjung yang naik ke atas kuil untuk lihat sunset. Tapi kami tak panjat sebab tangganya tersangat amat curam.
Tangga untuk turun naik ke Pre-Rup Temple di Bak Heng Hill.
Bila hari mula gelap, semua orang berpusu-pusu turun sebab kat sini tak ada lampu jalan.
Pemandangan indah matahari terbenam yang masih sempat diabadikan dalam perjalanan turun ke bawah.

Part 17: Muslim Family Restaurant

Muslim Family Restaurant.
Ramai juga pelancong yang rasanya tidak beragama Islam makan di sini
Makan malam kami disediakan di Muslim Family Restaurant yang terletak di belakang Masjid Siem Reap. Oleh kerana Som dan pemandu kami tak pernah datang ke sini, agak terpusing-pusing juga kami mencari tempat ni.

Muslim Family Restaurant dimiliki oleh Imam di Masjid Siem Reap. Sewaktu kami makan, dia datang menyapa kami dalam Bahasa Melayu. Sempat jugalah bertanya kepada beliau tentang orang Islam di Cambodia.

Muslim Family Restaurant.
Kata Pak Imam, 3% penduduk Cambodia beragama Islam. Sebahagian besar mereka bertumpu di sebuah bandar yang dinamakan Kompong Som. Kerajaan Cambodia tidak menggalakkan aktiviti agama Islam, tetapi dalam masa yang sama tidak melarang aktiviti agama.

HARI KETIGA

Part 18: Pulang

Lapangan Terbang Siem Reap.
Ruang Menunggu di Siem Reap Airport
Banyak cenderamata menarik dijual di Siem Reap Airport
Pesawat Air Asia tiba di Lapangan Terbang Siem Reap. Selepas menurunkan penumpang di sini, ia membawa kami balik ke Kuala Lumpur.
Selepas 3 Hari 2 Malam, kami pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum pulang, Som mencadangkan supaya kami datang lagi ke Cambodia untuk melawat Phnom Penh dan Sihanoukville. Kalau ada masa dan kesempatan mungkin kami kembali ke sini.