Monday, 30 May 2011

2011 NORTH VIETNAM

Mei 2011

NORTH VIETNAM 
Hanoi, Halong Bay & Tam Coc

Rancangan asal percutian ke Vietnam Utara adalah menyertai rombongan Apple Holidays ke Taiwan. Namun disebabkan rombongan tersebut tidak dapat diadakan, kami ditawarkan Private Tour ke Hanoi. Ini adalah kali pertama Myself dan Husband membuat percutian secara Private Tour.

HARI PERTAMA

Part 1: Tiba Di Hanoi 

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hanoi memakan masa kira-kira 2.5 jam. Sebaik pesawat Malaysia Airlines yang kami naiki memasuki ruang udara Vietnam, terbentanglah pemandangan sawah padi yang amat luas.

Sawah padi terbentang luas di Vietnam. Vietnam adalah negara pengeluar beras kedua terbesar di dunia selepas Thailand.
Amat mudah bagi pelancong berkunjung ke Vietnam. Kita hanya perlukan passport sahaja. Tiada keperluan mengisi Landing Card seperti di negara-negara lain.

Lapangan Terbang Noibai di Hanoi, Vietnam
Tiba di Noibai Airport, pemandu pelancong kami Quanh telah sedia menanti. Sebelum tiba, kami dinasihatkan oleh mereka yang pernah berkunjung ke Vietnam supaya membawa US Dollar ke Vietnam dan tak perlu menukar matawang Dong kerana penggunaan US Dollar sangat meluas.

Namun disebabkan tak pasti sama ada nasihat yang diterima benar atau sebaliknya, kami menukar sedikit matawang Dong. Walau jumlah yang ditukar tak banyak, tu dia!! Sekepuk duit Dong diberi kepada kami sewaktu membuat pertukaran wang di Noibai Airport.

Kami dibawa menaiki kereta ke hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Hanoi. Dalam perjalanan kami melintasi sebatang sungai yang dinamakan Red River.

Red River - dalam perjalanan dari Noibai ke Hanoi
Kata Quanh, punca Red River terletak di negara China. Sungai ini dinamakan Red River kerana pada musim-musim tertentu, ia membawa kelodak berwarna merah dari negara China.

Walau Hanoi adalah ibunegara Vietnam, ia bukanlah bandar terbesar di negara ini. Kota terbesar di Vietnam ialah Ho Chi Minh City yang terletak di Vietnam Selatan. Jika anda biasa dengan sejarah Vietnam, anda pasti tahu bahawa pada masa Perang Dingin, Vietnam terbahagi kepada dua bahagian. Vietnam Utara diperintah oleh komunis yang berkiblatkan Rusia manakala Vietnam Selatan diperintah oleh Amerika Syarikat. Sebelum itu, seluruh Vietnam dijajah oleh tentera Perancis.

Stesen Petronas dalam perjalanan dari Airport ke Hanoi.
Perumahan moden berhampiran kota Hanoi.
Bandar lama Hanoi
Pengaruh Perancis masih jelas kelihatan di Hanoi. Senibina bangunan masih banyak kelihatan menggunakan ciri-ciri Perancis. Cara hidup masyarakat Hanoi yang simple juga menggambarkan pengaruh komunis yang pernah dilalui dahulu.

Bangunan rumah-rumah kediaman di sekitar Hanoi dibina tirus dan bertingkat.
Hotel penginapan kami bernama Flower Garden Hotel. Sebaik tiba di bilik, Husband menjenguk keluar tingkap dan mendapati ada pembinaan tengah dibuat betul-betul di sebelah bilik kami. Staff hotel meyakinkan kami bahawa bunyi bising pembinaan tidak akan mengganggu. Memang benar, tiada bunyi bising kedengaran kerana kerja-kerja pembinaan dilakukan menggunakan tangan. Tiada langsung mesin-mesin moden yang bising digunakan.

Flower Garden Hotel, Hanoi
Bilik penginapan di Flower Garden Hotel
Pemandangan bandaraya Hanoi dari Flower Garden Hotel
Tiada aktiviti dirancang untuk kami pada petang itu. Berbekalkan peta Hanoi yang diberikan oleh Quanh, kami bersiar-siar di sepanjang jalan di depan hotel sehinggalah tiba ke sebuah tasik.

Wayar elektrik yang berselirat di atas kepala adalah pemandangan tipikal di Hanoi.
Pemandangan di hadapan Flower Garden Hotel
Sekolah berhampiran Flower Garden Hotel
Penjaja-penjaja jalanan juga adalah pemandangan tipikal di Hanoi.
Banyak tasik terdapat di bandar Hanoi. Kalau tak salah terdapat 16 buah semuanya. Salah satu di antaranya, Ho Truc Bach Lake boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki dari Flower Garden Hotel.

Dalam perjalanan ke Ho Truc Bach Lake.
Ho Truc Bach Lake - tak kelihatan di dalam gambar, tetapi tasik ini penuh dengan sampah terapung.
Bermain Chinese Chess di tepi Tasik Ho Truc Bach
Penunggang motosikal amat ramai di Hanoi. Perlu berhati-hati ketika melintas jalan.

Part 2: Tandoor Restaurant

Makan malam pada hari pertama disediakan di Tandoor Restaurant.

Tandoor Indian Restaurant
Menarik juga kalau dapat makan di balkoni luar tu.
Kedai-kedai di hadapan Restoran Tandoor

HARI KEDUA

Part 3: Ho Chi Minh Presidential Area

Kereta Honda City yang digunakan untuk membawa kami sepanjang percutian di North Vietnam
Pada hari kedua, kami dibawa menyusuri sejarah hidup Bapa Kemerdekaan Vietnam yang juga presidennya yang pertama, Ho Chi Minh. Segala-gala tentang Ho Chi Minh terkumpul di sebuah kawasan yang dipanggil Ho Chi Minh Presidential Area.

Pintu masuk ke Ho Chi Minh Presidential Area
Mercu tanda utama Ho Chi Minh Presidential Area ialah Mausoleum Ho Chi Minh di mana mayat presiden pertama Vietnam, Ho Chi Minh disemadikan.
Mausoleum Ho Chi Minh
Sebelum meninggal dunia, Ho Chi Minh mewasiatkan supaya mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di utara, tengah dan selatan Vietnam. Namun wasiat ini tidak dipenuhi oleh rakyat Vietnam. Sebaliknya, mayat Ho Chi Minh diawet dan disemadikan di Mausoleum Ho Chi Minh di Hanoi. Mayat Ho Chi Minh boleh dilawat di Mausoleum ini, tetapi pada hari kami melawat ke situ Mausoleum ini ditutup kepada orang awam untuk tujuan penyelenggaraan.

Taman di Ho Chi Minh Presidential Area ini dijaga rapi oleh Kerajaan Vietnam.
Demi memujuk Ho Chi Minh menerima kehadiran mereka di Vietnam, penjajah Perancis telah menawarkan sebuah mansion sebagai rumah kediaman beliau. Namun begitu, Ho Chi Minh menolak tawaran tersebut dan memilih untuk tinggal di sebuah rumah kayu berhampiran. Menurut ceritanya, sebagai seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat, Ho Chi Minh tidak sampai hati untuk tinggal di sebuah kediaman mewah padahal rakyat negaranya rata-rata hidup miskin dan melarat di bawah penjajahan Perancis.

Mansion mewah yang ditawarkan sebagai kediaman oleh Kerajaan Perancis kepada Ho Chi Minh.
Rumah kayu tradisional di pinggir tasik yang menjadi pilihan kediaman Ho Chi Minh
Sewaktu hayatnya, Ho Chi Minh juga mempunyai pejabat di kawasan berhampiran rumah beliau.

Bangunan pejabat dan garaj kereta Ho Chi Minh
Pejabat Ho Chi Minh di Presidential Area masih dikekalkan dalam keadaan asal. Untuk membolehkan pengunjung melihat ke dalam, sebelah dinding bangunan ini digantikan dengan kaca.
Koleksi kenderaan rasmi Ho Chi Minh. Beliau paling suka menggunakan kereta buatan Rusia.
Sebahagian bangunan garaj kereta kini dijadikan kedai cenderamata
Terus-terang dikatakan, Myself merasa amat kagum melihat usaha Kerajaan Vietnam mengekalkan segala warisan Ho Chi Minh di sini. Walaupun bangunan-bangunannya dimodenkan, perasaan tradisional sebenarnya tidak hilang langsung.

Jalan menuju ke rumah kediaman Ho Chi Minh. Berjalan di tepi tasik ini bagaikan berjalan dalam sebuah perkampungan tradisional Vietnam.
Ho Chi Minh tidak pernah berkahwin dan tidak berkeluarga. Beliau tinggal bersendirian di rumah kayu ini.

Bahagian bawah rumah yang terbuka digunakan oleh Ho Chi Minh untuk bermesyuarat dengan pembantu-pembantunya.
Ho Chi Minh tinggal di bahagian atas rumah kayu ini. Dia tidur berkelambu dalam bilik tidur di sebelah kanan ini.
Balkoni rumah Ho Chi Minh
Pemandangan dari balkoni rumah Ho Chi Minh
Katil Ho Chi Minh
Satu lagi pemandangan dari balkoni rumah Ho Chi Minh. Tali-tali ini dipasang sebagai siren amaran mengenai kehadiran musuh.
Di hari tuanya, sebuah rumah kayu dibina untuk Ho Chi Minh di atas tanah kerana beliau tidak lagi berupaya menaiki tangga.
Beduk ini akan diketuk untuk memberi amaran tentang kehadiran musuh. Binaan berdinding biru di belakangnya adalah tempat perlindungan bom (bomb bunker).

ONE PILLAR PAGODA

One Pillar Pagoda terletak berdekatan Ho Chi Minh Presidential Area. Pagoda ini dibina di atas sebatang tiang konkrit dengan dikelilingi kolam lotus. 

Melintasi kembali Mausoluem Ho Chi Minh untuk ke One Pillar Pagoda.
One Pillar Pagoda
Menurut ceritanya, ia dibina oleh seorang Raja sebagai membayar nazarnya selepas mendapat anak. Sebelum dia mendapat anak, Raja tersebut bermimpi bertemu dengan seorang orang alim Buddha yang duduk di atas sepohon lotus. Orang alim inilah yang telah menjanjikan Raja bahawa beliau akan mendapat anak. Makanya, pagoda ini dibina oleh Raja tersebut atas sebatang tiang sebagai gambaran pohon lotus yang ditemui dalam mimpi.

Pemandangan dekat One Pillar Pagoda
Penjaja yang memakai topi tradisional Vietnam di One Pillar Pagoda
Ho Chi Minh Museum

Part 4: Temple of Literature

Temple of Literature adalah universiti yang pertama dibina di Vietnam bertujuan untuk memberi pendidikan kepada bakal-bakal pemimpin negara. Ia dibina berdasarkan falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh Confucius di negara China.

Pintu masuk ke Temple of Literature
Pemandangan di dalam Temple of Literature
Pintu gerbang di dalam Temple of Literature
Kolam di dalam Temple of Literature. Suasana di dalam Temple of Literature dibina supaya penuh ketenangan untuk membolehkan penuntut-penuntut mentelaah pelajaran tanpa gangguan.
Nama-nama penuntut yang lulus dalam Peperiksaan Negara akan diukir pada batu-batu ini. Perhatikan dasar batu yang diukir seperti bentuk kura-kura. Kura-kura adalah haiwan suci kepada penganut Buddha.
Sebelum menduduki peperiksaan, penuntut-penuntut akan mengusap kepala kura-kura batu untuk mendapatkan good luck. Amalan ini masih diteruskan oleh pelajar-pelajar sekolah di Vietnam hari ini.
Kuil untuk Confucius di dalam Temple of Literature
Pemandangan di dalam Kuil Confucius
Patung Confucius di Temple of Literature
Kura-kura emas yang disimpan di Kuil Confucius di Temple of Literature
Bonsai
Perhiasan lotus di Temple of Literature

Part 5: Cyclo Tour Di Hanoi

Beca, yang dinamakan Cyclo, adalah satu tarikan pelancong di Hanoi selain digunakan oleh penduduk tempatan. Untuk melihat kehidupan masyarakat Hanoi dengan lebih dekat, kami membuat keputusan untuk mencuba Cyclo Tour.

Kami terpaksa naik 2 cyclo sebab tak muat nak kongsi berdua. Orang Vietnam ni badan comel-comel.
Pelbagai pemandangan ditemui dalam Cyclo Tour ini.

Penunggang-penunggang basikal dan motorsikal. Waktu itu musim panas, jadi penunggang-penunggang wanita akan memakai pakaian yang berlitup habis sebab takut kulit hitam terkena sinaran matahari.
Pemandangan kedai kopi tipikal di Vietnam. Minum kopi sambil duduk atas pangkin kecil. Pakcik ni siap melambai tangan sewaktu gambarnya diambil.
Pemandangan ke depan dari dalam Cyclo.
Penjaja jalanan yang ditemui sewaktu Cyclo Tour
Wayar elektrik yang berselirat atas kepala
Di Hanoi, ada banyak kedai-kedai menjual kasut seperti ini.
Bangunan Bank of Vietnam
Kalau tak salah, ini US Embassy di Hanoi
Hotel Metropole Hanoi adalah hotel bertaraf 5 bintang pertama di Vietnam
Pemandangan sebuah hospital di Hanoi.
Bangunan Opera House - peninggalan Perancis di Hanoi

Part 6: India Palace Restaurant

Kami makan tengahari di sebuah lagi restoran India yang bernama India Palace Restaurant.

West Lake di hadapan India Palace Restaurant. Ini adalah tasik terbesar di Hanoi.
Mengikut Quanh ke India Palace Restaurant.
Makanan tengahari di India Palace Restaurant

Part 7: Hoan Kiem Lake

Disebabkan kedudukannya yang jauh ke utara, Hanoi adalah satu-satunya ibukota di Asia Tenggara yang mengalami 4 musim. Pada bulan Mei, Hanoi mengalami musim panas. Keindahan musim panas sangat jelas sewaktu kami melawat ke Hoan Kiem Lake.

Pemandangan musim panas di Hoan Kiem Lake
Jambatan menuju ke Ngoc Sun Temple
Keindahan Hoan Kiem Lake dari atas jambatan.
Tasik ini sentiasa ramai pengunjung kerana di sebuah pulau buatan di tengah tasik terdapat sebuah kuil yang dinamakan Ngoc Sun Temple.

Ngoc Sun Temple di Hoan Kiem Lake
Penganut-penganut Buddha bersembahyang di Ngoc Sun Temple
Ada beberapa kura-kura gergasi tinggal di Tasik Hoan Kiem. Seekor darinya yang telah mati diawet dan disimpan di Ngoc Sun Temple kerana kura-kura adalah binatang suci dalam agama Buddha.
Bermain Chinese Chess di luar Temple
Pemandangan Bandar Hanoi dari Ngoc Sun Temple di Hoan Kiem Lake.

Part 8: Water Puppet

Kami juga berkesempatan menyaksikan Water Puppet, iaitu persembahan tradisional masyarakat Vietnam (macam wayang kulit di Malaysia) sewaktu di Hanoi.

Thang Long Water Puppet Theatre
Pentas Water Puppet
Menurut ceritanya, permainan Water Puppet ini direka oleh petani untuk hiburan sewaktu tidak dapat bersawah kerana banjir di Musim Monsoon.

Persembahan Water Puppet yang dimainkan di atas air
Pemain-pemain Water Puppet membuat persembahan kepada patung Buddha di akhir persembahan.
Penutup Water Puppet Show.

HARI KETIGA

Part 9: Perjalanan Ke Halong Bay  

Selepas puas melawat Hanoi, kami bertolak ke Halong Bay dengan kereta.

Dari Hanoi ke Halong Bay
Pemandangan sepanjang perjalanan adalah sawah padi yang luas terbentang.

Pemandangan sawah padi di antara Hanoi dan Halong Bay
Melalui lintasan keretapi dalam perjalanan dari Hanoi ke Halong
Dari segi geografi, negara Vietnam agak sebanding dengan Chile di Amerika Selatan. Negaranya kurus dan panjang. Tak ada satu tempat pun di Vietnam yang mempunyai jarak melebihi 50 km dari laut.

Fishing Hut di Teluk Halong
Di Halong, hotel penginapan kami adalah Ha Long Pearl Hotel.

Ha Long Pearl Hotel
Pemandangan laut dari Halong Pearl Hotel
Makan malam adalah seafood dinner yang disediakan di pinggir pantai Halong.

Restoran dinner kami di Halong - Golden Sands Seafood Restaurant
Pemandangan di dalam Golden Sands Restaurant
Dalam menu, ada ditulis ikan sebagai salah satu menunya. Tapi tukang masak tu lupa nak masak ikan. Bila ditanya kepada waitress, dia cukup panik bila mendapati tukang masak dah keluar.

Sampai ke sudah kami tak dapat ikan tu. Bila Quanh tiba, terus saja waitress tu mendapatkan Quanh untuk menerangkan keadaan. Tapi tak apalah, kami pun dah kenyang makan seafood-seafood lain yang dihidangkan seperti udang, ketam dan sotong.

HARI KETIGA

Part 10: Cruise Halong Bay

Halong Bay adalah salah sebuah Tapak Warisan Dunia yang mendapat pengiktirafan dari UNESCO. Untuk menikmati keindahannya, kita perlu menaiki cruise di Teluk Halong.

Pelancong-pelancong yang ingin menikmati keindahan Halong Bay di Baichay Tourist Wharf.
Bot-bot cruise di Baichay Tourist Wharf, Halong Bay.
Pemandangan di dalam bot cruise
Pemandu bot
Bergambar di deck atas Boat Cruise. Bot sebesar ini, penumpangnya cuma kami berdua bersama Quanh kerana ia ditempah khas untuk kami.
Banyak sungguh bot cruise di Halong Bay ni
Bot-bot cruise akan juga membuat beberapa persinggahan di tempat-tempat menarik sepanjang cruise. Yang ini adalah di sebuah gua yang dinamakan Dong Thien Cung.
Pintu masuk ke dalam gua

Pemandangan dari pintu gua.
Pemandangan di dalam gua. Cantik.
Laluan pejalan kaki di dalam gua.
Kolam air semulajadi di dalam gua.
Mengabadi kenangan selepas keluar dari gua
Kembali ke bot cruise.
Perjalanan cruise diteruskan lagi...

Semakin jauh perjalanan cruise, pemandangan semakin indah.
Persinggahan seterusnya ialah ke rumah nelayan terapung (sama macam kat Langkawi di Malaysia).
Pemandangan dalam rumah nelayan. Lubang-lubang kat lantai tu adalah sangkar ikan.
Kembali ke bot di rumah nelayan terapung.
Inilah ikon Halong Bay - "Fighting Cocks Rock". "They are Halal chickens", kata Quanh, bergurau dengan kami.
Makan tengahari juga disediakan di atas bot cruise.

Hidangan makanan seafood untuk makan tengahari
Jika anda memilih untuk bermalam di atas bot di Halong Bay, inilah antara bot yang disediakan.
Junk tradisional Vietnam di Halong Bay.
Nelayan di Halong Bay
Selepas hampir sehari suntuk naik cruise di Halong Bay, kami kembali ke Flower Garden Hotel di Hanoi.

HARI KEEMPAT

Part 11: Ninh Binh 

Lawatan terakhir dalam percutian kami ke Vietnam Utara adalah ke Ninh Binh.

Perjalanan ke selatan menuju ke Ninh Binh
Tujuan ke sana adalah untuk melihat satu lagi warisan alam di Vietnam - Tam Coc.

Perjalanan dari Hanoi ke Ninh Binh

Part 12: Blue Grotto Pagoda

Dalam perjalanan ke Tam Coc, kami singgah di Blue Grotto Pagoda.

Pintu masuk ke Blue Grotto Pagoda
Pagoda di Aras Bawah
Pemandangan di Blue Grotto Pagoda
Terpaksa panjat tangga begini untuk naik ke pagoda di Aras Atas
Pagoda di Aras Atas
Puncak bukit pagoda
Pemandangan dari pagoda di Aras Atas

Part 13: Anh Dzung Garden Restaurant

Di Ninh Binh, makan tengahari disediakan di Anh Dzung Garden Restaurant. Hidangan yang disediakan adalah seafood.

Kedai Cenderamata di bahagian hadapan Anh Dzung Restaurant
Taman di Anh Dzung Restaurant
Pemandangan di dalam Anh Dzung Restaurant
Makanan tradisional Vietnam yang disediakan atas daun lotus - "Nasi Daun Pisang Versi Vietnam"

Part 14: Bersampan Di Tam Coc

Bersampan di Tam Coc adalah antara memori paling indah dalam semua perantauan Myself. Gelaran yang diberikan kepada Tam Coc sebagai "Inland Halong Bay" amat tepat sekali.

Di Tam Coc, kita menaiki sampan yang dikayuh dengan kaki merentasi sawah padi. Dalam perjalanan kita akan merentasi tiga buah gua. Pemandangan di kiri kanan memang rasanya tak terdapat di Malaysia.

Banyak gambar nak dikongsi di sini kerana pengalaman yang dilalui amat unik sekali.

Jeti sampan di Tam Coc.
Inilah sampan-sampan yang boleh disewa untuk bersiar-siar di Tam Coc. Yang berdiri di tepi jeti adalah pengayuh-pengayuh sampan.
Perjalanan cruise sampan adalah sebenarnya menyusuri sebatang sungai yang di kiri-kanannya ditanam dengan sawah padi.
Suasana di sekeliling hening sekali..
Sekali-sekali, kita akan bertemu dengan sampan-sampan yang sedang dalam perjalanan pulang.
Hebat betul makcik pendayung sampan kami ni.. berdayung hanya menggunakan kaki.
Pemandangan indah dalam pelayaran sampan di Tam Coc. Di sebalik gunung-gunung ini adalah negara Laos.
Pemandangan sawah padi di Tam Coc dari dekat. Gambar diambil dari sampan.
Menghampiri gua pertama
Pemandangan dalam Gua Pertama
Pemandangan di sebalik Gua Pertama
Pemandangan selepas Gua Pertama
Pemandangan Gua Kedua
Pemandangan setelah melepasi Gua Kedua
Pemandangan di Gua Ketiga
Satu kejutan menanti apabila kami melepasi gua ketiga. Di sini penjaja-penjaja bersampan menanti untuk menjual barangan masing-masing.

Penjaja-penjaja bersampan menanti selepas Gua Ketiga
Penjaja-penjaja bersampan merapati sampan pelancong untuk menjual barangan mereka
Sampan akan berpatah balik ke pangkalan selepas ini.

Berpatah balik melalui Gua Ketiga
Semakin ramai pelancong datang sewaktu kami berpatah balik.
Pelbagai kegunaan daun teratai - antaranya sebagai topi penahan panas matahari.
Bergaya betul dia orang ni dengan topi daun teratai masing-masing.
Gambar ni diambil makcik pendayung sampan. Topi Vietnam yang dipakai pun dipinjam dari makcik tu.
Kambing liar di tepi bukit
Berusaha keras nak menangkap gambar kambing liar tu.
Formasi batuan yang dinama Standing Buddha. Bak kata Quanh, segala-gala formasi batuan yang pelik dikaitkan dengan Buddha di Vietnam. Ada Standing Buddha, Sitting Buddha dsb.
Tiba kembali ke Jeti Tam Coc.
Kembali ke Hanoi, kami makan malam di sebuah lagi restoran makanan India, Khazaana Restaurant.

Menunggu makanan tiba di Khazaana Restaurant

HARI KELIMA

Part 15 : Kepulangan Yang Penuh Dengan Kenangan

Lima hari berada di Vietnam, dah tiba masa untuk pulang. Antara banyak-banyak tempat dilawati, Hanoi dan Vietnam Utara adalah antara yang paling diingati.

Perjalanan ke Airport
Tiba di Noibai Airport
Bangunan terminal Noibai Airport
Pemandangan di dalam Airport
Pekerja-pekerja airport yang memakai baju tradisional Vietnam
Pemandangan kesibukan di Noibai Airport
Mengimbau kembali sewaktu mengatur perjalanan ke sini, Myself tidaklah begitu enthusiastic kerana setiap kali disebut Vietnam, orang akan bercerita tentang shopping di Ho Chi Minh City. Malah, setiap kali disebut Vietnam, orang pasti mencadangkan Ho Chi Minh City.

Hanoi seolah-olah tiada dalam radar pelancongan orang Malaysia. Tetapi, setelah berkunjung ke sini, Myself sering berkempen kepada mana-mana rakan yang teringin bercuti ke Vietnam untuk mengubah haluan mereka dari Ho Chi Minh ke Hanoi. Datanglah ke Hanoi, you are going to love it.