Thursday, 25 March 2010

2010 SOUTH KOREA


Mac 2010 

SOUTH KOREA
Seoul & Gangwon-do

Pada penghujung musim dingin yang sama sekembali dari Shanghai, Myself berpeluang mengembara lagi. Destinasi kali ini adalah Korea Selatan bersama keluarga Abang. Husband malangnya, tak dapat turut bersama dalam percutian ini. 

Rombongan kali ini agak besar dengan jumlah ahli 35 orang. Namun demikian, setiap ahli memberikan kerjasama yang baik sehingga menjadikan percutian ini amat menggembirakan.

HARI PERTAMA

Part 1: Perjalanan ke Seoul

Penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Seoul membuat persinggahan di Kota Kinabalu selepas terbang selama 2.5 jam. MAS turut membuat pertukaran krew di sini.  

Penumpang yang ingin berbuat demikian, dibenarkan turun berehat seketika di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Tapi disebabkan ketika itu lewat malam dan ada di antara anak-anak Abang sedang tidur, kami membuat keputusan untuk menunggu sahaja di dalam pesawat.

Nyenyak tidur dalam pesawat sewaktu persinggahan di Kota Kinabalu.
Selepas bertukar krew dan menambah penumpang, pesawat kami meneruskan penerbangan selama 5 jam lagi ke Lapangan Terbang Incheon di Seoul, Korea Selatan.

http://wikitravel.org/upload/shared//thumb/f/f9/South_Korea_regions_map.png/450px-South_Korea_regions_map.png
Peta Korea Selatan. Perjalanan kami bermula di Seoul dan seterusnya ke Wilayah Gangwon yang terletak bersebelahan dengan Seoul di bahagian timur.
Tiba di Incheon. Abang sibuk memberi arahan kepada anak-anak supaya memakai jaket memandangkan cuaca di luar sangat sejuk.
Tiba di Incheon International Airport, Seoul
Tour Guide kami di Korea bernama Hae-Min. Agen pelancongan di Korea telah mengaturkan supaya selain Tour Guide, rombongan kami juga turut diiringi oleh seorang jurugambar profesional yang sentiasa merakamkan detik-detik percutian ini.

Menunggu kedatangan Tour Guide di Lapangan Terbang Incheon. Jurugambar telah sedia menanti.
Menunggu ketibaan Hae-Min yang terlewat tiba di Airport.
Empat beradik di Incheon Airport
Menunggu bas di Incheon Airport

HARI KEDUA

Part 2: Wolmido Island 

Setelah Hae-Min tiba, kami terus menaiki bas menuju ke Wolmido Island.

Peta menunjukkan kedudukan bandaraya Seoul, Incheon dan Pulau Wolmido.
Incheon Bridge yang dibina merentasi Laut Kuning.
Bas menaiki feri ke Wolmido Island
Pemandangan dari dalam feri menuju ke Wolmido Island
Pemandangan sewaktu feri berlepas ke Wolmido Island
Dalam feri ke Wolmido Island
Feri yang berulang-alik ke Wolmido Island
Sewaktu di atas  feri, burung-burung seagulls terbang mengelilingi feri kami.

Seagulls mengelilingi feri
Untuk menambahkan keseronokan, Hae-Min membekalkan beberapa paket prawn crackers untuk diberi ahli rombongan kepada burung. Cepat sekali mereka menyambar prawn crackers ini dari tangan kita!

Bagi Seagulls makan prawn crackers
Tiba di Pulau Wolmido
Pulau Wolmido sebenarnya bukan lagi sebuah pulau. Ini adalah kerana projek tambakan laut telah menyambungkan pulau ini dengan tanah besar Korea. Oleh itu, sebaik tiba di Wolmido bas kami kembali ke Incheon melalui laluan darat.

Kembali ke Incheon

Part 3: Nami Island

Selepas di Wolmido, kami menaiki satu feri lagi ke Nami Island. Kalau dilihat dalam peta, lokasi pulau kecil ini adalah terletak di kawasan Chuncheon di Wilayah Gangwondo. Berbeza dengan Wolmido, kali ini bas terpaksa parking di tanah besar dan tak dapat mengikut sekali ke Nami Island.

Tempat letak kenderaan ke Nami Island.
Menara untuk membuat Bungy Jump di tempat letak kereta Nami Island.
Bergambar kenangan di Jeti menuju ke Nami Island
Rombongan kami berjalan ke jeti untuk menaiki feri ke Nami Island.
Jeti ke Nami Island
Atas feri ke Nami Island
Pemandangan di Pulau Nami cantik sekali. Kerana itulah pulau ini dipilih menjadi lokasi penggambaran drama Korea yang terkenal "Winter Sonata". Myself pernah menonton drama ni, ceritanya amat sedih dan menyentuh perasaan.

Tiba di Nami Island
Keindahan Nami Island
Lagi pemandangan indah di Nami Island
Di sinilah penggambaran drama "Winter Sonata" dilakukan.
Bergambar kenangan bersama Yu-Jin dan Jun-Sang.
Bulan Mac adalah penghujung musim dingin. Jadi salji telah mula cair. Namun di sana-sini di Pulau Nami, masih terdapat timbunan-timbunan salji. Ia cukup membuatkan orang yang tak pernah tengok salji macam Myself menjadi sangat excited.

Timbunan salji di Pulau Nami.
Percaya tak ada sebuah restoran halal di Pulau Nami? Di sinilah kami makan tengahari.

Restoran halal di Pulau Nami. Nampak tak signboard halal dekat payung hijau tu?
Ramai sungguh pengunjung di restoran ni.
Di sinilah kami mencuba sejenis makanan tradisional Korea yang dinamakan Nasi Goncang (namanya dalam Bahasa Korea ialah Dosirak).

Nasi Goncang dihidang dalam bekas besi seperti ini.
Kemudian bekas ditutup dan digoncang kuat-kuat untuk mencampurkan nasi dengan kuah dan telur separuh masak. Inilah hasilnya.
Berbasikal di Nami Island
Kedai cenderamata di Nami Island
Rumah jerami tradisional di Nami Island
Satu lagi lokasi penggambaran drama Winter Sonata di Nami Island
Ukiran kayu tradisional di Nami Island
Ketika ini penghujung Winter di Korea. Bunga-bunga sedang mula mekar di sini.
Feri untuk kembali ke tanah besar.
Dalam feri kembali ke tanah besar dari Nami Island.

Part 4: Chuncheon City 

Dari Nami Island, kami bergerak ke Chuncheon City.

Pemandangan dari dalam bas dari Nami Island menuju ke Chuncheon City.
Pemandangan dalam perjalanan ke Chuncheon.
Perkampungan Korea yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Chuncheon City.
Pemandangan sewaktu tiba di Chuncheon City.
Chuncheon City

MYEONGDONG FASHION STREET 

Tempat tujuan kami di Chuncheon City ialah Myeongdong Fashion Street. Selain tempat membeli-belah, Myeongdong Fashion Street adalah juga lokasi penggambaran drama "Winter Sonata".

Pemandangan di Chuncheon City berhampiran Myeongdong Fashion Street.
Dalam drama Winter Sonata, Jun-Sang dan Yu-Jin berjanji untuk bertemu di Myeongdong Fashion Street pada satu malam di musim winter. Malangnya, Jun-Sang tak muncul-muncul menyebabkan Yu-Jin menjadi marah.

Rupa-rupanya, Jun-Sang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hilang ingatan. Ingatan Jun-Sang hanya pulih sewaktu melihat salji turun di Myeongdong Fashion Street ini 10 tahun kemudian. Tengoklah drama ni, pasti menitik air mata.

Myeongdong Fashion Street, Chuncheon City
Di sinilah ingatan Jun-Sang kembali pulih selepas hilang ingatan selama 10 tahun dalam drama Winter Sonata.
Bergambar lagi dengan Jun-Sang dan Yu-Jin di Myeongdong Fashion Street, Chuncheon City.

Part 5: Mushroom Steamboat Dinner

Malam itu, kami bermalam di sebuah Ski Resort di Myeonon. Sebelum sampai ke sana, kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam.

Pemandangan Ski Slope yang masih diliputi salji di Myeonon.
Restoran Makan Malam Mushroom Steamboat
Menikmati keenakan Mushroom Steamboat
Pemilik restoran ini amat baik hati menyediakan tempat untuk kami bersolat.
Jika berkunjung ke Korea pada musim sejuk, sudah pasti salji yang dicari. Oleh itu, kami dibawa bermalam di Phoenix Ski Resort yang terletak di Myeonon.

Lokasi Phoenix Ski Resort.
Sebelum ke sana, Hae-Min membawa kami singgah di sebuah kedai untuk menyewa baju sejuk. Peralatan ski juga turut disediakan di sini. Namun demikian, atas dasar kebersihan, sarung tangan tidak disewa dan terpaksa dibeli.

HARI KETIGA

Part 6: Phoenix Ski Resort 

Kami tiba di Phoenix Ski Resort pada sebelah malam.

Pemandangan di Phoenix Ski Resort pada waktu malam.
Terdapat pelbagai jenis bilik penginapan di Phoenix Ski Resort. Kami diberikan bilik penginapan bercirikan tradisional Korea.

Bilik penginapan bercirikan tradisional Korea di Phoenix Ski Resort. Tiada katil disediakan, cuma tilam yang dibentang di atas lantai, seperti waktu melawat Jepun dulu.
Walaupun tiada katil disediakan untuk tidur, perabot-perabot moden yang lain disediakan di dalam bilik penginapan.
Walau cuaca di luar sejuk dan bersalji, bilik penginapan ini amat selesa kerana lantainya dilengkapi pemanas elektrik. Kalau di rumah tradisional Korea, lantai dipanaskan dengan stim dari pembakaran kayu api. Lantai panas ini dinamakan Ondol dalam Bahasa Korea.

Bila bangun pagi pada keesokan harinya, sudah pasti kami terus menjenguk di luar tingkap. Terbentanglah pemandangan indah ski slope di luar sana.

Pemandangan ski slope dari tingkap bilik penginapan
Chairlift ke puncak gunung tidak berfungsi kerana musim bermain ski telah tamat
Kereta kabel (yang dinamakan Gondola) juga tidak berfungsi
Pemandangan pagi Phoenix Ski Resort dari bilik penginapan.
Sarapan pagi halal disediakan khas oleh pihak Resort untuk kami.

Lobi Phoenix Ski Resort
Bergambar di luar bangunan penginapan kami, Blue Condo di Phoenix Ski Resort sementara menunggu semua ahli-ahli rombongan berkumpul untuk sarapan pagi.
Pemandangan sebahagian Phoenix Ski Resort dari luar bangunan kediaman kami.
Berjalan ke Dewan Makan di Phoenix Ski Resort
Ahli-ahli rombongan sedang bersarapan.
Selepas sarapan, bermulalah acara yang dinantikan semua - bermain salji. Phoenix Ski Resort ni amat besar, jadi pengangkutan bas terpaksa digunakan untuk membawa kami ke tempat tujuan.

Menunggu bas untuk ke tempat bermain salji
Tempat menyewa peralatan ski bagi yang ingin berbuat demikian.
Tempat kami bermain salji di kaki gunung Phoenix Ski Resort
Excited gila melihat salji di depan mata.
Sebelum salji mencair, ia bertukar menjadi ais. Oleh itu, permukaan tanah menjadi sangat licin.
Berjalan dengan penuh berhati-hati untuk mendapatkan salji di sebelah sana. Ramai ahli rombongan yang terjatuh sewaktu melintasi permukaan ais ini, termasuk Myself.
Eskimo Style
Tengah seronok menikmati salji, tiba-tiba ternampak Gondola bergerak. Hae-Min juga kehairanan kerana dia telah dimaklumkan oleh pihak Resort yang Gondola tidak berfungsi kerana musim main ski telah tamat.

Hairan melihat gondola yang tiba-tiba bergerak di Phoenix Ski Resort.
Rupa-rupanya Gondola digerakkan atas ihsan Phoenix Ski Resort kerana ketika itu terdapat 2 kumpulan besar pelancong dari Asia Tenggara yang tak pernah melihat salji di tempat masing-masing. Satu kumpulan datang dari Thailand dan satu lagi dari Malaysia (kamilah tu!!) 

Apa lagi, dengan tidak membuang masa, kami berkejar ke stesen Gondola untuk menyertai kumpulan dari Thailand yang dah bergerak lebih awal.

Kumpulan pelancong dari Thailand sedang beratur menaiki Gondola
Gondola ke puncak gunung di Phoenix Ski Resort
Bergambar dalam Gondola
Pemandangan dari dalam Gondola
Di puncak gunung, salji lebih lebat. Apa lagi, makin hebatlah orang-orang Malaysia bermain salji.

Bermain salji di puncak Gunung
Anak-anak saudara sedang bermain baling-baling salji
Bergambar dengan Snowman. Snowman tu orang lain yang buat, kita tumpang bergambar je.
Kenangan bersama Kakak Ipar dan Anak Saudara di puncak gunung di Phoenix Ski Resort.
Memang sah Gondola tu dibuka hanya untuk kami. Selepas semua orang selamat turun ke bawah, operasi Gondola diberhentikan oleh pihak Resort.

Menaiki gondola untuk turun kembali ke kaki gunung
Mesin salji di Phoenix Ski Resort
Kembali ke bilik untuk bersiap-siap meninggalkan Phoenix Ski Resort.
Masih sempat bergambar dengan Won Bin, hero drama Autumn In My Heart yang penggambarannya dibuat di Phoenix Ski Resort.
Disebabkan Myself tak memakai kasut yang sesuai, kaki menjadi basah diresap air. Maklumlah, salji tu kan sejenis air juga. Nasib baiklah ada Ondol kat lantai bilik. Sekejap saja, kasut dah kembali kering.

Ahli-ahli rombongan sedang menunggu bas untuk meninggalkan Phoenix Ski Resort.

Part 7: Traditional Korean Lunch 

Selepas meninggalkan Phoenix Ski Resort, kami juga meninggalkan bandar Myeonon. Persinggahan terahir di Myeonon adalah makan tengahari secara Traditional Korean Lunch.

Restoran Makan Tengahari di Myeonon
Makanan tengahari vegetarian dihidangkan secara tradisional Korea. Dalam setiap hidangan, pasti terdapat hidangan Kimchi.
Menunggu bas di luar restoran selepas makan tengahari.

Part 8: Seoul  

Ibukota Korea Selatan Seoul, terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Phoenix Ski Resort.

Plaza Tol sewaktu memasuki Bandar Seoul
Pemandangan Sungai Han yang merentasi bandaraya Seoul
Kebanyakan penduduk Seoul tinggal di pangsapuri seperti ini.
Satu lagi pemandangan Sungai Han di bandaraya Seoul
Sungai Chonggye ini pernah ditimbus untuk pembangunan lebuhraya. Setelah sekian lama, lebuhraya itu diruntuhkan dan aliran sungai ini dikembalikan seperti sedia kala.

Part 9: Kimchi School

Lawatan ke Seoul banyak berkisar kepada kebudayaan Korea. Tempat pertama yang kami tujui ialah Kimchi School.

Kimchi School di Seoul
Kimchi adalah makanan tradisional masyarakat Korea yang diperbuat daripada sayur jeruk. Pada kebiasaannya, sayur yang digunakan adalah kobis. Namun begitu, terdapat pelbagai variasi Kimchi dan ada di antaranya yang dibuat daripada makanan laut. 

Kimchi School adalah sebuah tarikan pelancong yang unik di Seoul. Di sini, pengunjung-pengunjung dapat merasakan sendiri pengalaman menghasilkan Kimchi. Kimchi yang dibuat oleh pengunjung ke sini akan didermakan kepada rumah-rumah kebajikan.

Petugas di Kimchi School memberi penerangan tentang kepelbagaian variasi Kimchi.
Pengajar di Kimchi School memberi tunjuk ajar tentang cara membuat Kimchi
Chef-chef dari Malaysia yang bakal menunjukkan kehandalan masing-masing membuat Kimchi
Proses pembuatan Kimchi
Selepas membuat Kimchi, pengunjung juga berpeluang bergambar dengan pakaian tradisional Korea.

Dua Budak Korea bersama Makcik mereka

Part 10: Kedai Kosmetik 

Korea juga terkenal dengan penghasilan alat kosmetik. Maka, kami juga berkunjung ke sebuah kedai Duty Free yang menjual pelbagai alat kosmetik jenama Korea.

Kedai Alat Kosmetik
Pemandangan dalam Kedai Kosmetik
Sekembali dari Kedai Kosmetik, Hae-Min menceritakan betapa obsesnya masyarakat Korea dengan kecantikan. Kebanyakan orang Korea bermata sepet, dan mereka amat menghargai mata yang besar dan bulat. Oleh yang demikian, ramai ibu bapa akan menaja anak-anak mereka membuat pembedahan plastik selepas tamat sekolah. 

Masyarakat Korea juga percaya mereka lebih mudah mendapat kerja kalau rupa mereka tidak terlalu "Korean". Kerana itulah, klinik-klinik pembedahan plastik sangat banyak terdapat di Korea.

Part 11: Itaewon

Kami diberitahu amat sukar bagi warga asing untuk membuka restoran di Korea. Ini adalah kerana Kerajaan Korea mengenakan banyak syarat, yang mana di antaranya adalah pemilik restoran perlu fasih berbahasa Korea. Kerana itulah tidak banyak terdapat restoran asing di Seoul dan hampir kesemuanya bertumpu di kawasan Itaewon.

Pemandangan senja di Itaewon.
Itaewon

RESTORAN HALAL DI ITAEWON 

Walau ke mana sekalipun kami pergi melawat di Seoul, Hae-Min pasti membawa kami kembali ke Itaewon untuk makan. Disebabkan pilihan restoran Halal juga tidak banyak, ada antara restoran yang sama diulang kembali.

Taj Palace Restaurant, Itaewon.
Evergreen Restaurant.
Restoran ini terletak berhampiran Masjid Seoul.
Mungkin disebabkan terlalu ramai pelancong dari Malaysia singgah makan di sini, Restoran Maharaja ini turut menyediakan Teh Tarik.

Part 12: International Masjid

Antara mercu tanda Itaewon ialah International Masjid. Masjid ini terletak di atas sebuah bukit yang tinggi dan untuk sampai ke sana, kami terpaksa berjalan mendaki bukit yang curam kerana jalan di hadapan masjid terlalu sempit untuk dilalui bas kami.

Inilah satu-satunya masjid yang terdapat di Seoul.
Ruang solat di Masjid Seoul. Gambar diambil dari ruang solat wanita.

Part 13: Human Starville Hotel

Hotel penginapan kami di Seoul bernama Human Starville. Memang pelik nama hotel ni. Bas kami terpaksa berhenti di tepi jalan besar kerana jalan di hadapan hotel  sangat sempit.

Jalan masuk yang sempit dan curam di hadapan Hotel Human Starville
Lobi di Human Starville Hotel
Lobi Human Starville Hotel sangat kecil. Inilah pemandangan keseluruhan lobi.
Hotel ini sebenarnya lebih merupakan sebuah apartment yang lengkap dengan dapur untuk memasak. Apple Holidays memberitahu, mereka sengaja memilih hotel ini supaya mana-mana pelanggan mereka yang tekaknya tak dapat menerima makanan Korea boleh memasak makanan sendiri. Bagus juga idea tu.

Ruang Dapur di Bilik Hotel Human Starville
Ruang Makan dan Tidur

HARI KEEMPAT

Part 14: Lotte World

Program Hari Keempat di Korea adalah berkunjung ke Lotte World. Lotte World adalah sebuah pusat membeli-belah yang turut mempunyai taman tema yang besar di dalamnya.

Lotte World di Seoul
Pintu masuk ke Taman Tema Lotte World
Pangsapuri kediaman penduduk Seoul di hadapan Lotte World.
Berjalan di dalam kompleks bangunan Lotte World menuju ke Taman Tema.
Replika pancutan air Alhambra di Lotte World
Pintu masuk ke kawasan Taman Tema.
Lotte World adalah sebuah Taman Tema di Seoul. Ia terbahagi kepada 2 bahagian: Indoor dan Outdoor.

Indoor Theme Park di Lotte World
Ice Skating Rink yang digunakan dalam penggambaran drama Korea "Stairway To Heaven"
Naik keretapi di Lotte World
Antara permainan yang dicuba di Lotte World
Pentas persembahan di Lotte World. Tak ada sebarang persembahan berlangsung sewaktu kami berkunjung ke sana.
House of Horror di Lotte World
Pemandangan di dalam House of Horror. Lepas tangkap gambar ni baru perasan ada notis melarang tangkap gambar di sini.
Bahagian Outdoor Lotte World amat menyerupai Disneyland. Malah di sini terdapat juga sebuah istana yang sangat mirip dengan Cinderella Castle yang menjadi mercu tanda Disneyland.

Castle di Lotte World Outdoor Park. Sangat mirip dengan Cinderella Castle di Disneyland
Monorail yang menghubungkan Indoor Park dengan Outdoor Park di Lotte World.
Bergambar dengan Kesatria Berkuda di pintu masuk ke Outdoor Theme Park.
Outdoor Theme Park di Lotte World dibina menyerupai bandar kecil di Eropah.
Gyro Drop di Lotte World
Menunjuk kehandalan menembak di Lotte World
Penjara Mainan di Lotte World
Pemandangan menarik di Lotte World Theme Park

Part 15: Kedai Ginseng & Amethyst

Kedai Ginseng dan Amethyst turut dilawati dalam lawatan ini. 

Korea Ginseng Center
Pelbagai informasi tentang Ginseng diperolehi sewaktu melawat Korean Ginseng Center. Antara yang diingati ialah Ginseng Korea hanya tumbuh di kawasan Garislintang 38 darjah yang memisahkan Korea Utara dengan Korea Selatan. Mungkin Ginseng selesa hidup di sana kerana kawasan tersebuta adalah "No Man's Land".

Kilang batu permata Amethyst di Seoul. Korea juga berbangga kerana mempunyai batu Amethyst berkualiti tinggi yang hanya terdapat di negara tersebut.

Part 16: Traditional Korean Lunch Di Seoul

GINSENG CHICKEN LUNCH

Korea amat bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk menarik pelancong Muslim datang ke negara tersebut. Sebelum tahun 2010, pelancong Muslim yang datang ke Korea tidak dapat menikmati Ginseng Chicken Soup yang menjadi kebanggaan rakyat Korea kerana tiada restoran yang dapat menyediakan sup ini secara halal.

Oleh yang demikian, Kerajaan Korea dengan bantuan Masjid Seoul berusaha bagi memastikan pelancong Muslim dapat menikmati hidangan yang enak ini. Satu program telah dilancarkan di mana restoran-restoran yang beminat untuk menyediakan Ginseng Chicken Soup perlu mendaftar dengan Kerajaan. Restoran-restoran ini dibekalkan dengan daging ayam halal untuk dimakan oleh pelancong Muslim.

Dengan usaha Kerajaan Korea ini, maka dapatlah kami menikmati hidangan Ginseng Chicken sewaktu satu makan tengahari di sana.

Restoran yang menyediakan Chicken Ginseng Soup halal di Seoul
Menikmati Korean Chicken Ginseng Soup

GRILLED FISH LUNCH

Memang tak dinafikan kami terpaksa makan banyak makanan India semasa di Seoul demi mendapatkan makanan Halal. Namun dengan usaha Apple Holidays, kami juga banyak berpeluang makan makanan Korea yang Halal. Antara yang masih diingati adalah Grilled Fish Lunch.

Restoran Grilled Fish Lunch
Hidangan Grilled Fish Lunch

Part 17: Namdaemun

Namdaemun adalah sebuah pusat membeli-belah yang kami singgahi di Seoul.

Namdaemun
Penjual jalanan di Namdaemun
Bergambar di Namdaemun dengan berlatar belakangkan Seoul Tower.
Sebuah tugu di Namdaemun
Pemandangan di kawasan komersil Namdaemun
Underground Shopping Mall di Namdaemun
Kedai peralatan kamera di Underground Shopping Mall di Namdaemun
Di Namdaemun juga, terdapat banyak peniaga kecil yang berjual di tepi jalanan. Kami dinasihatkan untuk tawar-menawar barangan yang dijual di sini.

Part 18: Blue House

Jika di USA, rumah kediaman Presiden dinamakan White House, rumah kediaman Presiden Korea Selatan pula dinamakan Blue House. Ia tidaklah dinamakan Blue House kerana dindingnya berwarna biru, sebaliknya hanya kerana atapnya berwarna biru.

Blue House
Tak banyak gambar yang dapat diabadikan di sini kerana terdapat larangan menangkap gambar di sekitar kawasan Blue House.

Tugu di depan Blue House

Part 19: Korean Folk Museum 

Adat dan budaya masyarakat Korea diceritakan dengan sepintas lalu sewaktu kami melawat Korean Folk Museum.

Pintu masuk ke Korean Folk Museum di Seoul
Diorama perkahwinan orang Korea
Contoh Klinik Tabib Tradisional
Replika kapal pengebumian raja-raja Korea
Pemandangan di luar Korean Folk Museum

Part 20: Gyeongbukgung Palace

Bersebelahan dengan Korean Folk Museum adalah istana Raja Korea pada masa dahulu, Gyeongbukgung Palace.

Berjalan dari Korean Folk Museum menuju ke Gyeongbukgung Palace yang terletak di sebelah muzium.
Pintu masuk ke Gyeongbukgung Palace dari Korean Folk Museum
Hae-Min sedang memberi penerangan tentang susunatur Istana Gyeongbukgung
Courtyard di dalam istana
Siling di Dewan Utama
Pemandangan di Dewan Utama di mana pembesar dan rakyat jelata mengadap raja
Singgahsana Raja
Pintu Keluar Gyeongbukgung Palace. Bas menunggu di belakang pintu ini.

Part 21: Dongdaemun

Persinggahan seterusnya ialah Dongdaemun. Seperti juga Namdaemun, Dongdaemun adalah sebuah kawasan membeli-belah.

Kawasan membeli-belah Dongdaemun di Seoul
Pemandangan di sebatang jalan di Dongdaemun
Ketika keluar dari shopping centre di Dongdaemun, salji mula turun. Ketika ini hanya serpihan-serpihan halus salji sahaja yang turun.

Part 22: Snowfall

Salji turun semakin lebat pada malam itu, sebaik kami keluar dari makan malam di Restoran Evergreen di Itaewon.

Salji turun di Itaewon
Gembira melihat salji yang turun dari langit

Part 23 : Persembahan JUMP

Korea adalah negara asal seni mempertahankan diri Taekwondo dan pada malam terakhir di Seoul, kami berkesempatan menyaksikan sebuah show Taekwondo yang menarik, Jump.

Beraksi di depan poster Jump di luar teater,
Satu lagi poster persembahan Jump di luar teater
Bergambar dengan salji yang sedang turun di hadapan teater Jump.
Sayang sekali, tiada gambar dapat diabadikan di blog ini kerana fotografi tidak dibenarkan sepanjang persembahan.

HARI KELIMA

Part 24: Remember Korea

Selepas 5 hari berada di Korea, tibalah masa untuk pulang ke Malaysia.

Mengangkut beg dari Hotel Human Starville ke bas yang menunggu di jalan utama
Mungkin disebabkan tiada makanan Halal dapat disediakan oleh pihak hotel, setiap hari Apple Holidays mengaturkan kami breakfast di luar. Hari terakhir di Seoul juga tidak terkecuali di mana kami akan breakfast dalam perjalanan ke Airport.

Pemandangan salji yang memutih di sepanjang perjalanan dari Hotel ke Airport.
Breakfast disediakan di sebuah restoran bernama Remember Korea yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Incheon.

Breakfast di restoran yang sangat sesuai dengan namanya sebagai persinggahan terakhir kami di Korea, Remember Korea Restaurant
Restoran ini sangat besar. Kami breakfast di Tingkat 1. Menu yang disediakan adalah U-dong.
Menikmati menu U-dong dan Kimchi sebelum meninggalkan Korea
Kesempatan terakhir bermain salji sebelum meninggalkan Korea yang dimanfaatkan sepenuhnya.
Akhirnya, kami berlepas ke Lapangan Terbang Incheon. Korea kami tinggalkan dengan seribu kenangan yang indah. We will always Remember Korea!

Incheon International Airport di Seoul
Lagi pemandangan di Incheon Airport
Pesawat yang sedang bersedia untuk berlepas di Incheon Airport. Tak nampaklah pulak pesawat Malaysia Airlines yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur dari sini.