November 2009
CHINA
Shanghai, Suzhou & Hangzhou
Lawatan sebenar yang pertama ke Negara China adalah ke Shanghai bersama Husband dan Kakak sekeluarga. Lawatan juga turut disertai oleh seorang lagi anak saudara (anak perempuan Abang). Inilah percutian yang pertama mengikut rombongan yang diatur oleh Apple Holidays.
HARI PERTAMA
Part 1: Suzhou
Penerbangan Malaysia dari KLIA ke Pudong Airport di Shanghai berlepas sangat lewat malam sehingga menyebabkan anak bongsu Kakak tertidur dan terpaksa diangkat masuk ke dalam kapalterbang.
Kami tiba di Shanghai pada awal pagi keesokan harinya. Tiada perbezaan waktu di antara Shanghai dan Kuala Lumpur, jadi taklah sukar menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.
 |
Tiba di Pudong Airport, Shanghai. |
Sewaktu kami tiba, Shanghai sedang berada di penghujung musim luruh dan menghampiri musim sejuk. Suhu di luar airport juga sangat sejuk.
 |
Seronok tiba di China. |
 |
Menunggu bas di luar Pudong International Airport, Shanghai |
Kami kemudiannya dibawa terus ke bandar Suzhou yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Shanghai.
 |
Pemandangan lebuhraya di antara Shanghai dan Suzhou. Cuaca muram sepanjang perjalanan kerana ketika itu penghujung musim luruh dan musim dingin semakin hampir. |
 |
Pemandangan musim luruh berhampiran bandar Suzhou |
 |
Plaza Tol di Suzhou |
Impression pertama dilihat di Suzhou ialah betapa ramainya penunggang motorsikal dan basikal di sini.
 |
Pasar di bandar Suzhou |
 |
Penunggang motorsikal di Suzhou |
 |
Persimpangan jalan di Suzhou. |
Part 2: Hotel Xiangxuehai
Tiba di Suzhou, kami terus berehat di Hotel Xiangxuehai. Translation dalam Bahasa Inggerisnya bermaksud Snowy Sea Hotel.
 |
Hotel Xiangxuehai di Suzhou |
 |
Bergambar di depan Hotel Xiangxuehai |
 |
Menunggu pendaftaran masuk di lobi Hotel Xiangxuehai |
Hotel Xiangxuehai terletak di tengah-tengah bandar Suzhou. Memang diakui, Myself tak tahu tentang kewujudan bandar ini sebelum sampai ke sini.
 |
Pemandangan Bandar Suzhou dari pintu masuk ke Hotel Xiangxuehai |
 |
Lorong khas untuk penunggang basikal di depan hotel. |
 |
Balai Polis di Suzhou |
Part 3: Beijiang Restaurant
Tiba tengahari, kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran di bandar Suzhou yang bernama Beijiang Restaurant.
 |
Beijiang Restaurant di Suzhou |
 |
Hotel Sheraton Tower yang terletak bertentangan dengan Beijiang Restaurant |
 |
Pemandangan keseluruhan Hotel Sheraton Tower yang dibina mengikut senibina tradisional China. |
 |
Cuba menjadi naga di China .. Tak nampak pun asap keluar dari mulut tu.. |
 |
Pemandangan di hadapan Beijiang Restaurant |
 |
Di dalam Beijiang Restaurant. |
Disebabkan di Suzhou tak banyak restoran Muslim, makan malam pada hari itu juga disediakan di restoran ini.
 |
Beijiang Restaurant di waktu malam. |
Part 4: Masjid Suzhou
Selepas makan tengahari, kami dibawa ke Masjid Suzhou. Memandangkan kami telah bersolat sewaktu di hotel, kami melawat sajalah ke masjid ini.
 |
Pemandangan di dalam Masjid Suzhou |
 |
Imam Masjid Suzhou (seorang rakyat China) sedang bersolat. |
 |
Pemandangan di luar Masjid Suzhou |
 |
Masjid ini terletak di kawasan komersil Suzhou. |
Part 5: Suzhou Grand Canal
Suzhou adalah bandar penginapan Marco Polo sewaktu dalam pengembaraan beliau ke Negara China. Menurut Tourist Guide kami yang bernama Alan, Marco Polo cukup seronok tinggal di sini kerana Bandar Suzhou mempunyai banyak terusan, sama seperti kampung halaman beliau di Venice, Itali.
 |
Terusan di Bandar Suzhou yang mengingatkan Marco Polo kepada kampung halamannya di Venice. |
 |
Satu lagi pemandangan terusan di Bandar Suzhou |
Terusan di Suzhou ini bersambung dengan laluan air ke Beijing dan pada masa dahulu, ia digunakan oleh Maharaja China sekiranya ingin berkunjung ke Suzhou.
Part 6: Lion Grove Garden
Kami kemudiannya melawat Lion Grove Garden, rumah keluarga arkitek I.M. Pei yang terkenal dengan rekaan piramid di Muzium Louvre, Paris.
 |
Berkunjung ke rumah keluarga I.M.Pei, Lion Grove di Suzhou |
 |
Pokok yang tinggi inilah Pokok Gingko |
 |
Ukiran dewa di bumbung rumah. |
 |
Ruang tamu di Lion Grove |
 |
Mencari posisi terbaik untuk bergambar di taman Lion Grove. |
 |
Pose menarik di taman depan bangunan utama Lion Grove |
 |
Taman di Lion Grove dipenuhi batu-batuan berukir yang cantik |
 |
Taman Lion Grove juga dihiasi dengan sebuah tasik |
 |
Tempat parking bas di Lion Grove Garden, Suzhou. |
Part 7: Shopping Street
Kami kemudiannya singgah di sebuah Shopping Street di Suzhou. Di sinilah Myself menyedari betapa slim sekali perempuan di China.
Segalanya bermula bila Myself berhajat nak membeli sehelai winter coat yang cukup smart. Namun malang sekali, saiz paling besar yang ada pun tak muat, padahal kita pakai baju saiz M je kat Malaysia!
 |
Shopping Street di Suzhou di mana hasrat nak membeli winter coat tak kesampaian sebab tak ada saiz. |
HARI KEDUA
Program lawatan Hari Kedua adalah menuju ke Hangzhou. Namun sebelum meninggalkan Suzhou, rombongan kami dibawa dulu melawat ke Kilang Sutera.
 |
Bersiap-sedia menuju ke Hangzhou selepas bersarapan di Hotel Xiangxuehai. |
 |
Bergambar kenangan dengan bas kami di depan Hotel Xiangxuehai. |
Part 8: Silk Factory No.1
Menjadi satu kemestian bagi pengunjung ke Negara China untuk melawat kilang sutera. Sewaktu di Suzhou, kami juga berkunjung ke sebuah kilang sutera milik Kerajaan yang bernama Silk Factory No.1 pada hari kedua kami di Suzhou.
 |
Silk Factory No.1 di Suzhou |
 |
Pokok Mulberry yang ditanam berhampiran Silk Factory No.1 untuk makanan ulat sutera. |
 |
Ini Jessica, local tour guide kami di Suzhou. Husband suka mengajuk Jessica sebab setiap kali dia mengajak kami ke mana-mana, dia suka berkata, "Follow Jessica!" |
 |
Alat tenunan sutera tradisional yang dipamerkan di Silk Factory No.1 |
 |
Kepompong ulat sutera yang dikutip untuk menghasilkan benang sutera |
 |
Ulat sutera sedang diberi makan daun Mulberry. |
 |
Kepompong ulat sutera |
 |
Kepompong sutera dimasak bagi mematikan ulat untuk memudahkan benang sutera dikutip. |
 |
Proses memasak untuk mematikan ulat sutera |
 |
Proses tenunan kain sutera secara moden. |
 |
Ulat sutera yang telah mati. Kulit tangan makcik pekerja ni cukup lembut sebab dia sentiasa berendam dalam air protein yang dihasilkan oleh ulat sutera. |
 |
Demonstrasi kekuatan kain sutera. Tarik beramai-ramai tetap tak terkoyak. |
 |
Jessica dan pekerja kilang sutera menunjukkan bagaimana kain sutera digunakan sebagai salah satu lapisan jaket kalis peluru. Disebabkan kekuatannya, peluru tak dapat menembusi kain sutera. |
Sutera dari China dijual di seluruh dunia di bawah jenama Choyers. Sebelum meninggalkan kilang sutera, kami sempat menyaksikan pertunjukan fesyen dan juga membeli-belah barangan sutera.
 |
Fashion Show di Kilang Sutera |
 |
Antara produk sutera yang dihasilkan di Silk Factory No.1. |
Part 9: Hangzhou
Selepas melawat Kilang Sutera, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hangzhou yang terletak kira-kira 2.5 jam perjalanan dengan bas dari Suzhou.
 |
Dalam perjalanan menuju ke Hangzhou |
 |
Tiba di Hangzhou |
 |
Pemandangan di bandaraya Hangzhou |
 |
Peta kedudukan Shanghai, Suzhou dan Hangzhou di China |
Part 10: Muslim Restaurant, Hangzhou
Setibanya di Hangzhou, destinasi yang pertama dilawati adalah Muslim Restaurant untuk makan tengahari. Kami diberitahu, bilangan penganut Islam di Hangzhou lebih ramai dari di Suzhou. Oleh yang demikian, ada beberapa restoran Halal yang terdapat di bandar ini.
Makan tengahari kami disediakan di sebuah Muslim Restaurant di Hangzhou. Tak tahu nama sebenar restoran ni sebab namanya ditulis dalam Bahasa Cina.
 |
Restoran Muslim tempat kami makan tengahari di Hangzhou |
 |
Pemandangan di dalam restoran |
 |
Lorong basikal di depan restoran |
Part 11: Phoenix Temple Mosque
Selepas makan, kami dibawa ke Phoenix Temple Mosque untuk bersolat. Paip air di masjid ini tak ada pemanas. Menggigil kami sewaktu mengambil wuduk.
Masjid ini adalah antara masjid yang tertua di China. Ia dinamakan Phoenix Temple kerana bentuk bangunan asal masjid ini dikatakan seperti burung Phoenix.
 |
Topiari berbentuk kepala Phoenix di pintu masuk ke Phoenix Temple Mosque |
 |
Masjid ini terletak agak jauh ke dalam dari Gate Kepala Phoenix tadi. |
 |
Di perkarangan Phoenix Temple Mosque, terdapat sebuah plak yang menceritakan sejarah masjid ini. |
 |
Jam Matahari ini digunakan untuk menentukan waktu solat |
 |
Menara masjid ini masih digunakan untuk melihat anak bulan. |
 |
Pintu masuk ke ruang solat utama. |
 |
Tram yang berulang-alik di hadapan Phoenix Temple Mosque |
 |
Pemandangan pintu masuk ke Masjid Phoenix Temple |
Part 12: West Lake
Tarikan utama pelancong ke Hangzhou adalah West Lake, sebuah tasik yang cantik dan menjadi inspirasi kepada Chinese Gardens.
 |
Pintu masuk ke West Lake dari perhentian bas kami. |
 |
Basikal untuk disewa di West Lake. |
 |
Bot Kerajaan untuk kegunaan VIP yang berkunjung ke West Lake. |
 |
Pemandangan indah musim luruh di West Lake. |
 |
Pemandangan di jeti Boat Cruise |
 |
Boat Cruise di West Lake |
 |
Pagoda di seberang tasik. |
 |
Bot awam yang membawa penduduk tempatan berulang-alik menyeberang tasik ini. |
 |
Penduduk tempatan yang menyeberang West Lake dengan bot awam. |
 |
Jambatan Su Causeway di West Lake yang dibina oleh seorang Maharaja China. |
 |
Pemandangan ini dinamakan "Three Ponds Mirroring The Moon" dan ia diabadikan dalam Wang Kertas China (1 Yuan). Pada perayaan Mid-Autumn Festival, ketiga-tiga tanglung batu ini akan dinyalakan dengan api dan pemandangannya seolah-olah tiga bayangan bulan purnama di atas tasik yang digambarkan sebagai "Three Ponds Mirroring The Moon". |
 |
Tanglung
yang ketiga. Disebabkan jarak mereka yang berjauhan, sukar untuk
mengabadikan ketiga-tiga tanglung batu ini dalam satu gambar. |
 |
Daun pokok yang bertukar warna dalam musim luruh. |
Part 13: Song Dynasty Village
Atas saranan Alan, semua ahli rombongan sepakat membuat optional tour ke Song Dynasty Village, sebuah replika kampung China purba.
 |
Pintu masuk ke Song Dynasty Village yang dikawal oleh 2 orang tentera Maharaja |
 |
Gambaran perkampungan China purba di Song Dynasty Village |
 |
Kasut-kasut tradisional yang dipakai oleh wanita China pada masa dahulu. |
 |
Jika nak bergambar untuk kenangan, pakaian tradisional China boleh disewa di sini. |
 |
Patung Buddha yang dibina untuk hiasan di Song Dynasty Village |
 |
Lagi kedai tradisional di Song Dynasty Village |
 |
Air terjun buatan yang menarik di Song Dynasty Village |
 |
Kami diberitahu bahawa ada persembahan akrobatik yang dilaksanakan di atas kolam ini pada setiap musim panas. |
 |
Pemandangan yang sering dilihat dalam drama China purba di televisyen. |
Di Song Dynasty Village ini juga, kami berkesempatan menyaksikan persembahan "The Romance of The Song Dynasty" yang penuh dengan Special Effects yang mengkagumkan.
 |
Poster Persembahan The Romance of The Song Dynasty |
 |
Bergambar di luar teater Romance of Song Dynasty |
 |
Adegan kebesaran Maharaja China dalam The Romance of Song Dynasty |
 |
Aksi akrobatik yang dipertontonkan dalam The Romance of Song Dynasty |
 |
Penari-penari yang menggambarkan suasana pemetik teh di China. Special Effects air terjun di belakang sana bagaikan air terjun yang sebenar. |
 |
Sami-sami Buddha "sebenar" di hadapan sedang bermeditasi dengan Sami-sami Buddha "Special Effects" di belakang. |
 |
Satu lagi aksi akrobatik yang menarik |
 |
Tarian ini menceritakan kisah lagenda West Lake. |
 |
Aksi pertarungan merebut Tembok Besar China adalah antara Special Effects yang paling menarik. |
 |
"Special Effects" menarik dalam pertarungan merebut Tembok Besar China. |
Part 14: Musilim Restaurant
Makan malam disediakan di Musilim Restaurant, sebuah lagi restoran Muslim yang kami kunjungi di Hangzhou. Seperti juga kebanyakan restoran Muslim yang kami kunjungi, masakannya adalah bercirikan Xinjiang, sebuah wilayah Muslim di Barat Negara China.
 |
Musilim Restaurant di Hangzhou. |
 |
Pemandangan di dalam Musilim Restaurant |
 |
Alan sedang mengaturkan tempat duduk untuk rombongan. |
Selepas makan, kami dibawa ke hotel penginapan kami di Hotel Haiwaihai Xixi.
 |
Check-in ke Hotel Haiwaihai Xixi |
 |
Lobi Hotel Haiwaihai Xixi. |
HARI KETIGA
Part 15: Hotel Haiwaihai Xixi
Di Hangzhou, kami tinggal di Hotel Haiwaihai Xixi - susah betul nak sebut nama hotel ni.
 |
Hotel Haiwaihai Xixi di Hangzhou. |
 |
Pemandangan bandar Hangzhou dari Hotel Haiwaihai Xixi. |
Tour Guide kami, Alan rupanya tinggal di bandar Hangzhou. Sewaktu kami bermalam di hotel, dia mengambil kesempatan pulang ke rumah. Pada keesokan harinya, dia terlambat tiba di hotel. Sukar nak mendapatkan teksi, katanya.
Part 16: Longjing Tea Plantation
Bandar Hangzhou juga terkenal dengan tanaman teh hijau. Oleh itu, kami dibawa ke Longjing Tea Plantation, sebuah kebun teh berhampiran Hangzhou.
 |
Terowong ke Longjing |
 |
Kebun teh di Longjing |
 |
Alan sedang memberi penerangan tentang pokok teh. |
Dalam Bahasa Cina, Longjing bermaksud "Perigi Naga" (Dragon's Well).
 |
Menghidu daun teh segar di Longjing |
 |
Dalam bangunan kebun teh ada beberapa buah bilik yang digunakan untuk demonstrasi minum teh di sekeliling courtyard ini. |
 |
Demonstrasi khasiat teh hijau oleh Tea Expert |
 |
Sedap betul si Kiran ni minum teh hijau - sampai 4 gelas. |
 |
Pemandangan berhampiran kedai souvenir di Longjing Tea Plantation |
Part 17: Shanghai
Di penghujung trip barulah kami melawat Bandaraya Shanghai. Shanghai adalah bandar terbesar di China dan ketiga besar di dunia.
Kami bertolak dari Hangzhou ke Shanghai menggunakan Lebuhraya. Dalam perjalanan, bas berhenti di sebuah kawasan rehat.
 |
Kawasan rehat di Lebuhraya Hangzhou - Shanghai |
 |
Toilet di Kawasan Rehat ni cukup unik, sampai tak tahu macam mana nak guna... |
Bandaraya Shanghai amat moden. Perkara pertama yang diperhatikan sewaktu tiba di bandaraya ini adalah lebuhrayanya yang dibina amat tinggi - jauh lebih tinggi dari lebuhraya di Tokyo.
 |
Lebuhraya di Shanghai |
 |
Seperti juga bandaraya utama lain di dunia, Shanghai juga turut mengalami kesesakan lalu lintas. |
Bila Myself memberitahu kepada dua anak saudara perempuan yang mengikut trip ni bahawa Shanghai adalah bandar yang ketiga terbesar di dunia selepas Tokyo dan New York City, mereka sibuk pulak bertanya apakah bandaraya yang keempat dan kelima terbesar di dunia.
Nasib baik Husband bantu menjawab: Bandar keempat terbesar di dunia ialah Batu Gajah dan bandar kelima pulak Kajang (iaitu hometown kedua-dua budak ni). Barulah mereka tak lagi bertanya.
 |
Bangunan-bangunan pencakar langit di Shanghai |
 |
Ketika itu, Shanghai sedang membuat persediaan untuk menganjurkan World Expo pada tahun 2010. Oleh itu, maskot Shanghai World Expo yang dinamakan Hai Pao sentiasa kelihatan di mana-mana. |
 |
Bangunan Dewan Bandaraya Shanghai |
 |
Walaupun
Shanghai adalah sebuah bandaraya moden, elemen-elemen tradisional Cina
seperti penyapu buluh yang dipakai oleh pekerja-pekerja ini jelas
kelihatan di mana-mana. |
Part 18: Masjid Fuyou
Setibanya di Shanghai, Alan terus membawa kami ke Masjid Shanghai. Malangnya masjid tersebut sedang ditutup untuk kerja ubahsuai. Atas cadangan staf di masjid, kami pergi ke Masjid Fuyou.
 |
Masjid Fuyou di Shanghai |
 |
Indoor Courtyard di dalam Masjid Fuyou |
 |
Tempat Wuduk di Masjid Fuyou |
 |
Pemandangan di dalam Masjid Fuyou |
 |
Ruang solat di Masjid Fuyou |
 |
Ruang solat wanita di Masjid Fuyou |
 |
Pemandangan bandar Shanghai berhampiran Masjid Fuyou |
 |
Kedai-kedai berdekatan Masjid Fuyou |
 |
Taman Pokok Buluh berhampiran Masjid Fuyou |
Part 19: Oriental Muslim Restaurant
Makan malam disediakan di Oriental Muslim Restaurant. Restorannya kelihatan amat simple dari luar.
 |
Oriental Muslim Restaurant |
 |
Menunggu makanan dihidangkan di Oriental Muslim Restaurant. |
Part 20: Huangpu River Cruise
Oleh kerana tiada event diaturkan untuk rombongan malam itu, kami sekali lagi memilih Optional Tour - menaiki bot (cruise) di Sungai Huangpu.
 |
Menunggu Alan membelikan tiket cruise |
 |
Pemandangan di tingkat bawah bot Cruise |
 |
Bahagian atas boat yang open-air menjadi tumpuan penumpang bot yang ingin menikmati pemandangan malam kota Shanghai |
 |
Pemandangan malam kawasan yang dinamakan "The Bund". |
 |
Bot-bot persiaran di Sungai Huangpu |
 |
Pemandangan malam kawasan Pudong dari bot persiaran di Sungai Huangpu |
 |
Satu lagi pemandangan kawasan The Bund. |
Bandar Shanghai memang kelihatan amat indah di waktu malam, diterangi cahaya lampu dari bangunan-bangunan tinggi di sepanjang Sungai Huangpu.
Part 21: Express By Holiday Inn
Hotel Penginapan kami di Shanghai adalah Express By Holiday Inn. Hotel ini dibina bersambung dengan sebuah pusat membeli-belah. Di sinilah kami menginap selama 2 malam di Shanghai.
 |
Bergambar di depan Hotel Express By Holiday Inn |
 |
Shopping centre yang bersambung dengan bangunan hotel |
 |
Restoran di Hotel Express By Holiday Inn di Shanghai |
 |
Tidak seperti breakfast di hotel lain di mana kami terpaksa memilih sendiri makanan yang halal untuk dimakan, di Express By Holiday Inn ini, makanan halal dibawa kepada kami dan dihidangkan di meja. |
HARI KEEMPAT
Part 22: Pudong & Shanghai World Financial Centre
Tumpuan lawatan kami di Shanghai adalah ke Pudong. Dari hotel, bas membawa kami menerusi sebuah terowong di bawah Sungai Huangpu untuk menuju ke sana.
 |
Terowong di bawah Sungai Huangpu |
 |
Pemandangan selepas keluar dari terowong. |
 |
Welcome To Pudong. |
Pudong
adalah pusat perniagaan bagi bandaraya Shanghai, seperti Bukit Bintang
di Kuala Lumpur. Bangunan-bangunan di sini amat tinggi dan moden. Jalan
raya di sini juga besar dan lebar, tetapi kelihatan sangat lengang.
 |
Pudong |
 |
Bangunan-bangunan pencakar langit yang ultra moden di Pudong. |
Tujuan kami dibawa ke sini adalah untuk melawat Shanghai World Financial Center.
 |
Pintu masuk ke Shanghai World Financial Centre |
 |
Bangunan Shanghai World Financial Center. Tak nampak jelas dari sini, sebenarnya bangunan ini berbentuk trapezoid dan berlubang di puncaknya. |
 |
Gambar dari internet - pemandangan Shanghai World Financial Center yang berbentuk trapezoid dan berlubang di atas.. |
Sewaktu
lawatan kami, Shanghai World Financial Center (SWFC) adalah bangunan
kedua tertinggi di dunia selepas Taipei 101. Selain dari pejabat dan
pusat perniagaan, bangunan ini juga turut mempunyai sebuah hotel.
 |
Escalator di dalam bangunan SWFC |
 |
Lif ke Deck Pemandangan di Shanghai World Financial Centre. Lif ini sebenarnya 2 tingkat dan boleh dimasuki serentak dari 2 tingkat yang berlainan. |
 |
Lif naik ke Deck Pemandangan di Tingkat 94 SWFC. Untuk mengelakkan kebosanan penumpang, lif ini sentiasa bertukar-tukar warna. |
 |
Lif SWFC yang bertukar-tukar warna sepanjang perjalanan ke Deck Pemerhatian. |
 |
Deck Pemandangan di Tingkat 94, Shanghai World Financial Centre. |
 |
Disebabkan ketinggian masing-masing, bangunan di sekitar SWFC kelihatan seolah-olah kelihatan melepasi ketinggian awan. | |
 |
Menikmati pemandangan Pudong dari Tingkat 94 |
 |
Kedai cenderamata di Deck Pemerhatian |
 |
Bersantai di Deck Pemerhatian |
 |
Tandas di Deck Pemerhatian SWFC |
 |
Tandas yang moden dan cantik di SWFC. |
 |
Pemeriksaan sekuriti sewaktu keluar dari Bangunan Shanghai World Financial Centre |
 |
Menunggu bas di luar Bangunan Shanghai World Financial Centre |
 |
Pemandangan berhampiran Shanghai World Financial Center |
 |
Oriental TV Tower di Pudong. Kami hanya melalui menara ini tanpa persinggahan. |
Part 23: Shecy Pearl City
Lawatan seterusnya ialah ke Shecy Pearl City, sebuah pusat jualan mutiara.
 |
Shecy Pearl City |
 |
Ukiran jade di Shecy Pearl City |
 |
Guide di Shecy Pearl City sedang memberi penerangan tentang penghasilan mutiara di Negara China. |
 |
Demonstrasi pengeluaran mutiara dari tiram |
Part 24: Afanti Restaurant
Dah penat melawat, tibalah waktu makan tengahari. Kami dibawa ke Afanti Restaurant. Makanan di sini ala-ala Pakistan. Dari nama restoran ini, mungkin makanannya berasal dari Afghanistan.
 |
Restoran Afanti di Shanghai |
 |
Perhiasan di luar Restoran Afanti |
 |
Pintu masuk ke Afanti Restaurant |
 |
Pemandangan di dalam Afanti Restaurant |
Part 25: Cheng Huang Miao Bazaar
Acara
seterusnya ialah shopping. Kami dibawa ke beberapa pusat membeli-belah
di Shanghai pada petang itu. Pusat pertama dilawati ialah Cheng Huang
Miao Bazaar.
 |
Cheng Huang Miao Bazaar |
Kedai-kedai di Cheng Huang Miao Bazaar kelihatan amat menarik kerana keseluruhan bazaar dibina mengikut senibina tradisional Cina. Pelbagai barangan tradisional dan moden dijual di sini.
 |
Pemandangan berhampiran Starbucks Cafe di Cheng Huang Miao Bazaar. |
Di
tengah-tengah bazaar ini ada sebuah Tea House yang terkenal. Malangnya
sewaktu kami tiba di sini, Tea House tersebut ditutup untuk pembaikan.
 |
Tea House di Cheng Huang Miao Bazaar yang ditutup untuk pembaikan. Di merata-rata tempat di China (termasuk Hong Kong), penggunaan buluh sebagai scaffolding amat meluas. |
Kata
Kakak, dia dah berjanji nak belikan permainan untuk anak bongsunya di
Shanghai. Jadi sebaik sampai di sini, Kakak terus meminta Alan
menunjukkan kedai menjual permainan.
 |
Husband bergambar kenangan di Cheng Huang Miao Bazaar |
 |
Bergambar di depan sebuah kedai teh Cina di Cheng Huang Miao Bazaar |
 |
Bergambar dengan Hai Pao (Maskot Shanghai World Expo 2010) di Cheng Huang Miao Bazaar. |
 |
Saja bergambar di depan kedai ini untuk menunjukkan makanan tradisional Cina yang terdapat di Shanghai. Kita bukan boleh makan pun di restoran ini sebab makanannya tak Halal. |
 |
Kolam di tengah-tengah Cheng Huang Miao Bazaar |
Part 26: Nanjing Street
Nanjing Street adalah sebuah pusat membeli-belah berbentuk pedestrian mall.
 |
Nanjing Street, Shanghai |
 |
Tram di Nanjing Street |
 |
Perhatikan betul-betul - ini kedai 'Cliocoddle', dan bukannya 'Crocodile'. Buaya Cliocoddle ini juga menyenget ke kanan dan bukan ke kiri. |
 |
Antara mall yang kami lawati di Nanjing Street. Di Mall ini, kami sempat membelikan sebuah jam tangan sebagai hadiah harijadi ke-15 anak sulung Kakak yang disambut di Shanghai. |
 |
Shanghai First Food Store - Kedai makanan milik Kerajaan di Nanjing Street. |
 |
Pemandangan di dalam Shanghai First Food Store. Ramai pengunjung di dalamnya, mungkin kerana harga makanan yang dijual di sini murah kerana kedai ini dimiliki oleh Kerajaan. |
 |
Bergambar kenangan di Nanjing Street, Shanghai |
 |
Kedai kanak-kanak yang sangat besar di Nanjing Street. |
Part 27: Atlantic Restaurant, Pearl Hotel
Makan malam terakhir di Shanghai adalah di sebuah hotel yang bernama Pearl Hotel. Nama restorannya pula Atlantic Restaurant.
 |
Pintu masuk ke Pearl Hotel. Hotel ini adalah sebuah hotel yang kecil di Bandar Shanghai. |
 |
Tak sangka ada juga restoran halal dalam hotel di Shanghai. |
 |
Makan malam di Atlantic Restaurant |
HARI KELIMA
Part 28: Pulang Ke Malaysia
Memang puas melancong ke Shanghai selama 5 Hari 4 Malam. Kini tibalah masa untuk pulang ke Malaysia. Awal-awal lagi kami dah meninggalkan hotel untuk ke Lapangan Terbang Pudong.
 |
Pemandangan di Pudong Airport, Shanghai |
 |
Kaunter Check-in Malaysia Airlines di Pudong Airport. |
 |
Kedai-kedai bebas cukai di Pudong Airport |
 |
Lagi pemandangan kedai-kedai bebas cukai di Pudong Airport |
 |
Menunggu pesawat dengan penuh bergaya di Lapangan Terbang Pudong Shanghai. |
Selamat tinggal, Shanghai! Semoga bertemu lagi satu hari nanti.
CATATAN PERJALANAN LAIN (CHINA) :