Wednesday, 23 September 2009

2009 JAPAN 4th VISIT


September 2009

JAPAN - 4th VISIT
Mount Fuji & Tokyo 

Lawatan keempat ke Jepun berbeza dengan tiga lawatan terdahulu kerana lawatan ini benar-benar bertujuan untuk pergi holiday, dan bukan bekerja atau berkursus. Kami mengikuti Pakej JAL Select, anjuran Japan Airlines.

Part 1: Terbang ke Narita

Lapangan Terbang Antarabangsa di Tokyo terletak di Narita. Dalam perjalanan ini, kami terbang menggunakan pesawat Japan Air Lines (JAL). 

Pesawat ini terbang dari KLIA pada lewat malam dan sampai di Narita pada awal keesokan pagi. Sebahagian besar penumpang adalah warganegara Jepun.

Pemandangan di luar tingkap kapalterbang sewaktu menghampiri Narita
Pemandangan di dalam pesawat Japan Air Lines
Rakyat Jepun terkenal dengan mutu dispilin yang tinggi. Kami dapat memerhatikannya sejak dari dalam pesawat lagi. Walaupun pesawat telah berhenti sewaktu tiba di airport, tak siapa pun bangun dari tempat duduk sehinggalah peramugari membuat pengumuman membenarkan penumpang berbuat demikian.

Tiba di Narita Airport, Tokyo
Welcome To Narita
Sebahagian besar peserta pakej JAL Select ini adalah promoter make-up Shiseido dari seluruh Malaysia. Mereka menyertai lawatan ini sebagai insentif dari syarikat kerana berjaya mencatatkan jumlah jualan yang tinggi.

Part 2 : Dari Narita ke Fujiyama

Setibanya di Narita, tourist guide kami yang bernama Kitty telah sedia menunggu. Kitty adalah seorang rakyat Malaysia berketurunan Cina yang sedang menuntut di Jepun. Dia bekerja part-time sebagai Tourist Guide pada waktu cuti.

Kitty sedang memberi penerangan di dalam bas
Alangkah bagus kalau di Malaysia juga ada signboard yang menunjukkan keadaan jalan yang sesak seperti ini. Senang untuk kita plan perjalanan kita.
Tidak seperti di Malaysia, jurutol adalah terdiri dari orang-orang tua (mungkin pesara yang masih ingin bekerja)
Dari Narita Airport, bas membawa kami terus ke kawasan Gunung Fuji. Dalam perjalanan, kami melintasi sebahagian bandaraya Tokyo.

Pintu masuk ke Tokyo Disneyland - antara tujuan kami berkunjung ke Tokyo
Lebuhraya di tengah bandaraya Tokyo
Pemandangan bandaraya Tokyo
Sungai Sumida yang merentasi Tokyo
Disebabkan ruang tanah yang terhad, kawasan-kawasan lapang yang kecil sekalipun diubah menjadi taman awam di Jepun.
Disebabkan kekurangan tanah juga, jalan-jalan raya di Tokyo dibina bertingkat-tingkat
Kawasan Rehat di Lebuhraya
Kami juga melintasi Taman Tema Fujikyu yang mempunyai roller coaster paling tinggi di dunia. Disebabkan cuaca yang baik ketika itu, puncak Gunung Fuji juga kelihatan di belakang Roller Coaster Fujikyu.

Taman Tema Fujikyu berlatar belakangkan Gunung Fuji
Roller Coaster tertinggi di dunia di Fujikyu
Pintu masuk ke Fujikyu

Part 2 : Mount Fuji & Lake Kawaguchi

Kami tiba di kaki Gunung Fuji pada waktu makan tengahari. Bas membuat perhentian di tepi Tasik Kawaguchi.

Peta menunjukkan kedudukan Gunung Fuji dari Tokyo di Jepun.

TASIK KAWAGUCHI

Ada 5 tasik yang terdapat di kaki Gunung Fuji. Tasik Kawaguchi adalah yang terbesar di antara kelima-lima tasik tersebut.

Tasik Kawaguchi.
Peta 5 buah tasik di sekeliling Gunung Fuji: Motosuko, Saiko, Kawaguchi, Yamanaka dan Tasik Ashi. Tasik Kawaguchi (dalam Bahasa Jepun dipanggil Kawaguchiko) adalah tasik yang terbesar.
Kami makan tengahari di sebuah restoran yang menghadap ke Tasik Kawaguchi.

Dalam bangunan ini ada beberapa buah restoran. Kami makan di restoran yang terletak di tingkat 2.
Disebabkan kami request makanan Halal sepanjang pakej ini, makanan kami sentiasa disediakan berasingan dari ahli rombongan yang lain.
Pemandangan di dalam restoran
Pemandangan dari luar restoran di mana kami makan tengahari.
Orang Jepun makan menggunakan chopstick, dan disebabkan kami tak pandai makan pakai chopstick, kami minta sudu dan garfu. Namun, pelayan restoran kata mereka tak ada sudu dan garfu di situ. Yang ada cuma sudu dan garfu untuk kanak-kanak. Disebabkan tak ada pilihan, bantai sajalah makan pakai set kanak-kanak tu. Takkan nak makan pakai tangan pulak, terkejut orang Jepun tengok kami nanti.

Selepas makan, bas membawa kami menaiki Gunung Fuji sehingga ke 5th station. Kami diberitahu ada 7 stesen di Gunung Fuji ini dan kenderaan hanya boleh naik sehingga ke stesen yang kelima sahaja.

Ketika itu, musim panas hampir berakhir dan musim luruh semakin menjelang. Jadi cuaca di Gunung Fuji (dan tempat-tempat lain di Jepun yang kami kunjungi sepanjang lawatan ini) amat nyaman dan menyenangkan.

5th Station, Mount Fuji
Kedai souvenir di 5th Station. Di dalam kedai ini, kami disapa oleh seorang cashier Jepun yang bertutur dalam Bahasa Indonesia.
Gate Torii di belakang kedai souvenir menandakan di situ terdapat sebuah kuil Shinto. Vending Machine seperti ini terdapat di merata-rata tempat di negara Jepun, namun disebabkan rakyatnya yang sangat berdisiplin, ia tidak langsung terdedah kepada vandalisma.
Pemandangan kuil Shinto di 5th Station
Ramai sungguh orang meninggalkan hajat di Kuil Shinto ni.
Pemandangan indah kawasan pergunungan dari Kuil Shinto
Tempat penganut Shinto membersihkan diri sebelum masuk ke dalam kuil.
Bergambar kenangan di 5th Station Mount Fuji
Makcik Jepun ni beriya-iya nak bantu ambil gambar kami sampai berdiri di tengah jalan. Bila kereta lalu, dia suruh kereta tu berhenti sampai dia selesai snap gambar kami. Gambar ni diambil oleh Husband sewaktu Makcik ni tengah ambil gambar kami.
Disebabkan hari masih awal, Kitty mencadangkan supaya kami berkunjung ke sebuah ladang anggur. Terus saja seluruh ahli rombongan bersetuju.

Ladang anggur di Tasik Kawaguchi
Pemandangan di Ladang Anggur
Pekerja di Ladang Anggur.
Dengan sedikit bayaran tambahan, kami dibenarkan memetik dan memakan anggur di ladang ini. Sehingga ke saat ini, Myself dan Husband masih bercerita tentang keenakan dan kesegaran buah anggur di ladang ini.

Ladang anggur yang kami lawati di Tasik Kawaguchi. Kami tak tahu nama ladang ini kerana semua signboard ditulis dalam Bahasa Jepun.
Boleh piknik beramai-ramai di sini sambil makan anggur.
Ladang anggur ini juga mempunyai sebuah kedai yang menjual pelbagai produk dari ladang.

Kedai di ladang anggur
Pekerja di kedai ladang anggur.

KEDAI SERBANEKA (Convenience Store)

Kedai  serbaneka atau convenience store (seperti 7 Eleven di Malaysia) berterabur di seluruh Jepun dan ia adalah sebahagian dari budaya masyarakat Jepun.  

Kitty membawa kami singgah di sebuah convinience store yang terdapat di Lake Kawaguchi yang bernama Lawson.

Lawson adalah antara rangakaian convenience store yang terbesar di Jepun
Selain barang keperluan harian, ada banyak mi ramen segera yang dijual di kedai Lawson ini. Sebagai peminat mi segera, Husband cukup berminat nak mencuba mi yang dijual di sini. Namun minat tersebut terbantut bila Kitty memberitahu yang semua mi ramen yang dijual dicampur daging tak halal.

Dengan bantuan Kitty, Husband dapat juga membeli 2 paket mi ramen yang Halal. (Tapi setelah mencuba, dia kata rasanya tak sedap).

Kedai Lawson di Lake Kawaguchi
Pemandangan di depan Kedai Lawson
Bandar Kawaguchi nampak sepi sebab hari telah lewat petang.

HOTEL MIFUJIEN  

Hotel penginapan kami di Gunung Fuji adalah sebuah hotel moden yang berciri tradisional, Hotel Mifujien. Ia dibina menghadap ke Tasik Kawaguchi.

Hotel Mifujien
Bergambar di depan hotel
Landskap yang cantik di depan hotel.
Pemandangan berhampiran Hotel Mifujien.
Bilik hotel ini tidak mempunyai katil. Hanya tilam yang dibentang di lantai. Nasib baiklah ia masih mempunyai tandas moden yang lengkap dengan pemanas di tempat duduk dan peralatan seperti TV dan cerek elektrik.

Bilik penginapan kami di Hotel Mifujien. Macam bilik tidur Doraemon - kata seorang anak saudara yang melihat gambar ini.
Pemandangan Lake Kawaguchi dari bilik kami.
Setiap bilik juga disediakan gaun kimono.  Atas cadangan Kitty juga, semua ahli rombongan memakai kimono sewaktu makan malam yang juga disediakan mengikut cara tradisi Jepun.

Hidangan makan malam disediakan mengikut cara tradisi Jepun. Setiap ahli rombongan mendapat satu meja hidangan masing-masing.
Pakaian kimono lelaki dinamakan Yukata. Husband menggayakan yukata bersama guide yang datang bersama kami dari Malaysia.
Bergambar ramai sebelum makan malam dengan memakai kimono. Ada 2 pakcik kat belakang yang tersilap memakai kimono wanita. Kita nampak cukup pelik pakai kimono sambil bertudung kepala. Perhatikan juga berbagai style mengikat kimono, digayakan mengikut citarasa masing-masing.
"Makan beradap" masa dinner. Antara makanan yang dihidangkan adalah sashimi (ikan mentah).
Selepas makan, kami melawat onsen (kolam air panas) yang terdapat di Hotel Mifujien. Walau Amoi-amoi Shiseido tu mengajak, Myself tak join dia orang mandi kat situ.

Onsen di Hotel Mifujien

Part 3 : Tokyo 

Pada keesokan harinya, kami dihidangkan breakfast masih mengikut cara tradisional Jepun di Hotel Mifujien.

Breakfast di Hotel Mifujien. Setiap hari kami makan Salmon goreng untuk breakfast. Tapi kami tak kisah sebab Salmon goreng tu sedap dan halal dimakan. Dalam kuali tu adalah telur goreng bagi menggantikan daging.
Lepas makan, kami bertolak ke Tokyo. Sewaktu bas bertolak, semua pekerja hotel beratur dan menunduk kepala tanda hormat sewaktu bas meninggalkan perkarangan hotel. Sayang betul tak ambil gambar pada masa tu.

DARI GUNUNG FUJI KE TOKYO 

Perjalanan dari Gunung Fuji ke Tokyo menggunakan Lebuhraya Ishikawa. Sepanjang perjalanan, kami melalui kawasan desa yang indah. Myself perhatikan sawah-sawah padi di Jepun ni kecil-kecil belaka.

Kawasan perkampungan di antara Gunung Fuji dan Tokyo.
Pertanian moden di Jepun
Jerami sedang dijemur untuk digunakan sebagai makanan binatang ternakan dalam musim dingin kelak.
Kawasan Rehat di Lebuhraya Ishikawa.
Burger apa ni? Walau apapun, mesti tak Halal.
Bullet Train yang dapat kami perhatikan sebaik tiba di bandaraya Tokyo.

ASAKUSA TEMPLE

Asakusa Temple dikunjungi lagi buat kali ketiga. Namun kunjungan ini agak berbeza dengan kunjungan-kunjungan yang lalu kerana Myself benar-benar explore temple ni. Dalam kunjungan-kunjungan yang lalu, Myself cuma melawat temple ini dari luar.

Pintu masuk utama ke Asakusa Temple
Pengunjung sedang membeli kertas hajat untuk digantung di Temple
Bangunan utama Asakusa Temple sedang menjalani proses pembaikan sewaktu lawatan kami. Seluruh bangunan ditutupi kain kanvas dari luar. Walau bagaimanapun, pengunjung masih dibenarkan masuk ke dalam bangunan.
Membakar colok di luar Temple
Kedai menjual colok dan kertas hajat di perkarangan Temple.
Pemandangan di pintu masuk ke bangunan utama.
Pemandangan penganut Buddha sedang bersembahyang di dalam Temple
Dalam Bangunan Temple juga ada disediakan kedai menjual peralatan sembahyang untuk kemudahan pengunjung.
Pemandangan ke luar dari dalam Temple
Asakusa Temple sentiasa sesak dengan pengunjung yang ingin beribadat dan juga melawat.
Nakamise Shopping Street bersebelahan juga turut dikunjungi. Pelbagai cenderamata dibeli di sini untuk dibawa pulang. Sesuatu yang diperhatikan di Jepun ialah barangan yang dijual, baik di bandar atau di luar bandar, dijual dengan harga yang seragam. Kualiti barangan juga tidak berbeza. Jadi, jika anda berkenan sesuatu barangan, beli saja dan tak usah fikir panjang.

Nakamise Shopping Street
Di sekeliling Asakusa Temple juga ada banyak tempat untuk shopping.
Salah sebuah arked membeli-belah berhampiran Asakusa Temple
Pemandangan di dalam Arked
Berkumpul di sini untuk pergi makan tengahari
Excited tengok Orang Jepun pakai kimono dekat temple.

LUNCH DI ASAKUSA 

Selepas melawat Asakusa Temple, Kitty membawa kami ke sebuah restoran berhampiran untuk makan tengahari. Disebabkan meja penuh, kami terpaksa beratur seketika sehingga ada meja yang kosong.

Ikan segar yang dimasak on the spot untuk dihidang kepada pengunjung. Gambar diambil sewaktu tengah beratur tunggu giliran masuk ke restoran. Tukang masak ni begitu sporting menggayakan ikan untuk diambil gambar.
Pemandangan dalam restoran sewaktu menunggu makanan dihidangkan. Tak tahu nama restoran ni sebab namanya hanya ditulis dalam tulisan Jepun.
Macam biasa... makanan kami disediakan berasingan dari orang lain.

GINZA 

Destinasi seterusnya ialah Ginza, sebuah pusat membeli-belah yang merupakan antara yang termahal di dunia.

Ginza
Setiap hujung minggu seperti ini, jalan raya Ginza ditutup kepada kenderaan dan dijadikan pedestrian mall.
Antara butik-butik mewah yang terdapat di Ginza
Antara butik special yang terdapat di Ginza ialah butik Burberry. Burberry mempunyai perjanjian dengan Kerajaan Jepun yang mana produk-produk tertentu keluaran syarikat tersebut hanya boleh dijual di Jepun dan tidak di negara lain.

Di tengah kemewahan dan kemodenan Ginza, masih dapat dilihat wanita-wanita berpakaian tradisional.
Oleh kerana barangan yang dijual di sini mahal, Myself dan Husband cuma window shopping di Ginza sehinggalah masa yang ditetapkan oleh Kitty untuk berkumpul semula. Amoi-amoi Shiseido tu pulak cukup excited sebab mereka terserempak dengan pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei yang juga sedang membeli-belah di situ.

SHINJUKU

Selepas Giza, kami ke Shinjuku pula. Seperti Ginza, Shinjuku juga adalah sebuah kawasan untuk membeli-belah tetapi tidaklah semahal Ginza. Maka tak hairanlah jika kawasan ini lebih ramai pengunjung berbanding Ginza.

Perhatikan betapa ramainya orang yang nak menyeberang jalan ini di Shinjuku.

Shinjuku
Stesen Keretapi Shinjuku terkenal dengan lagenda seekor anjing bernama Hachiko yang setia kepada tuannya. Setiap hari anjing ini akan menunggu tuannya di stesen keretapi ini untuk balik ke rumah bersama. Malangnya, tuan anjing telah meninggal dunia pada suatu hari. Anjing tersebut terus menunggu tuannya di stesen ini sehinggalah dia sendiri menemui ajal. Untuk mengenang kesetiaan Hachiko, penduduk Shinjuku telah membina sebuah patung anjing di hadapan stesen ini.

Stesen Keretapi Shinjuku
Lautan manusia di Shinjuku
Sebuah lorong di Shinjuku.
Sedang Myself dan Husband berjalan-jalan di Shinjuku, kami terserempak dengan sebuah kedai yang menjual buah durian. Apa lagi, terus saja masuk nak tengok berapa harga sebiji durian di Jepun ni.

Harga durian: 3,500 - 4,500 yen sebiji (RM 100 - RM 128). Harga kelapa: 300 - 700 yen (RM 8.50 - RM 20) sebiji. Mahalnya!!
Lautan manusia di Shinjuku bila malam menjelang.
Kami dibawa makan malam di Shinjuku. Menu yang dihidangkan adalah Udon dengan sup daging lembu. Disebabkan sure punya tak halal, Myself dan Husband cuma makan Udon yang dihidangkan saja. Rupa-rupanya ada juga di antara ahli rombongan  lain yang tak boleh makan di restoran ini sebab mereka tak makan daging merah mengikut kepercayaan agama mereka.

Restoran daging lembu di Shinjuku
Pemandangan di depan restoran daging lembu. Di kawasan Shinjuku ni ada ramai lelaki-lelaki muda (gigolo) yang menunggu pelanggan yang kebanyakannya terdiri dari perempuan-perempuan Jepun yang sudah agak berusia.
Suasana malam di Shinjuku.
Menyedari yang kami berdua tak sentuh langsung makanan daging lembu yang dihidangkan, Kitty menawarkan untuk membawa kami makan di restoran lain, tapi kami menolak sebab dah okey walaupun makan Udon kosong. Balik ke hotel, kami sambung makan Maggi pulak.

Hotel penginapan kami di Tokyo, Hotel Metropolitan
Pemandangan di hadapan Hotel Metropolitan
Satu lagi pemandangan di depan Hotel Metropolitan.
Pintu masuk ke Hotel Metropolitan

Part 4 : Tokyo Disneyland

Kami sekali lagi berpeluang melawat "Happiest Place on Earth". Kali ini ke Tokyo Disneyland. Pada pandangan Myself, Tokyo Disneyland ni lebih Happy dari Hong Kong Disneyland. Kalau nak tahu mengapa, teruskan membaca...

Happiest Place On Earth di Tokyo
Pintu masuk kenderaan ke Tokyo Disneyland
Tokyo Disneyland jauh lebih besar berbanding Hong Kong Disneyland, maka sudah pasti tempat parking bas juga jauh lebih besar.

Kami tiba sejam awal sebelum Disneyland dibuka. Namun perhatikan pengunjung yang telah tiba lebih awal dari kami. Hari itu bukan hari minggu, kalau hujung minggu mungkin lebih ramai lagi.
Keretapi bertingkapkan kepala Mickey Mouse juga terdapat di Tokyo Disneyland.
Di mana-mana Disneyland juga, pemeriksaan beg dilakukan sebelum masuk bagi tujuan keselamatan.

WORLD BAZAAR 

Tidak seperti Disneyland lain yang mempunyai Main Street, laluan utama untuk masuk ke Tokyo Disneyland adalah melalui World Bazaar yang penuh dengan restoran dan pelbagai kedai cenderamata.



Pemandangan di luar World Bazaar (dari pintu masuk luar)
Kedai-kedai di dalam World Bazaar.
Pemandangan di hujung luar World Bazaar
Cinderella Castle di hujung World Bazaar
Persembahan muzik di Cinderella Castle.
Kita tengok gambar-gambar suasana Happy di Tokyo Disneyland:

Salah sebuah ride yang menarik yang kami cuba di Tokyo Disneyland.
Masa ni tengah beratur nak naik Pirates of The Caribbean
Lanun-lanun yang mengawasi pengunjung yang nak naik ride Pirates of The Caribbean.
Happy sungguh dapat tiba di sini...
Menuju ke Fantasyland
Pemandangan World Bazaar dari Istana Cinderella
Di bawah istana Cinderella. Ketika itu, istana ini dihiasi dengan Tema Halloween.

DISNEY HALLOWEEN PARADE

Tidak seperti pengunjung ke Hong Kong Disneyland, pengunjung ke Tokyo Disneyland amat menjiwai lawatan ke sini. Di mana-mana kelihatan kanak-kanak yang memakai kostum karekter kegemaran mereka seperti Cinderella, Peter Pan dan berbagai-bagai lagi.

Kanak-kanak yang berpakaian bagaikan Princess di Disneyland.
Makan tengahari tidak disediakan sewaktu kami berkunjung ke Tokyo Disneyland. Jadi terpaksalah pandai-pandai mencari restoran dan makanan yang sesuai untuk makan tengahari di sana.

Mulanya kami mencari makan tengahari di Pan Galactic Restaurant ini, tapi tak nampak satu apa pun yang Halal di sini.
Kami kemudiannya memilih makan di Center Street Restaurant ini kerana ada hidangan seafood dalam menunya.
Menunggu makanan dihidangkan di Center Street Restaurant
Pelayan di Center Street Restaurant
Oleh kerana waktu kami ke sana adalah waktu musim perayaan Halloween, parade di Disneyland juga bertemakan Halloween.

Halloween Parade
Tentera-tentera Queen of Hearts dari cerita Alice In Wonderland
Alice In Wonderland
Pirates Of The Caribbean feat. Stitch
Pirates Of The Caribbean
Lanun-lanun Perempuan dalam tema Pirates Of The Caribbean
Mickey Mouse
Donald Duck
1001 Dalmatians
Maleficient dalam Disney Halloween Parade.
Orang Jepun cukup berdisiplin walau di mana-mana. Mereka juga cukup suka beratur. Maka tak hairanlah seawal 2 jam sebelum parade bermula, mereka telah mula menanti.

Sesuatu yang menarik diperhatikan ialah sesiapa yang berada di barisan depan akan duduk bagi memastikan orang di belakang juga dapat melihat parade dengan selesa.

Perhatikan yang semua penonton duduk menyaksikan parade.
Pengunjung-pengunjung Jepun juga sangat sporting. Bila diajak menari oleh petugas-petugas sebelum Parade dimulakan, mereka semua memberikan kerjasama dengan menggoyang-goyangkan badan walaupun tengah duduk menunggu Parade dimulakan.

HAUNTED MANSION

Kami sempat juga menaiki beberapa ride yang menarik di Tokyo Disneyland. Yang paling menarik bagi kami adalah Haunted Mansion.

Haunted Mansion
Seperti namanya, Haunted Mansion direka supaya pengunjung merasakan pengalaman seperti masuk ke rumah berhantu. Tetapi tidak seperti namanya, hantu yang terdapat di dalam Haunted Mansion ini kelakar dan tidak menakutkan. 

Semua pengunjung akan menaiki kenderaan ride berbentuk kerusi yang bergerak secara ke depan, berpusing ke belakang, ke kiri dan ke kanan seolah-olah diusik oleh hantu. Ada ketikanya kerusi turut terdongak ke atas. 

Namun yang tak dapat dilupakan adalah di penghujung ride ini di mana kerusi akan terpusing ke tepi dan pengunjung dapat melihat ke dalam cermin seolah-olah ada "makhluk" menumpang kerusi ride kita.

Gambar Haunted Mansion ride yang diambil dari internet - kita melihat imej diri di dalam cermin bersama "penumpang" yang tidak diundang.
Tidak seperti Hong Kong Disneyland yang boleh dilawati dalam masa sehari, agak mustahil untuk melawat semua tarikan yang ada di Tokyo Disneyland dalam masa sehari.

Peter Pan dan Wendy sedang melayan peminat.
Untuk membantu pengunjung memaksimakan lawatan, Tokyo Disneyland mengamalkan sistem "Fastpass". Anda boleh membooking masa masuk ke mana-mana tarikan dengan menggunakan tiket "Fastpass" yang boleh didapati secara percuma dari mesin-mesin yang ditempatkan di lokasi-lokasi strategik.

Walau bagaimanapun, selagi tiket "Fastpass" ini tidak digunakan, anda tak boleh mengambil tiket "Fastpass" yang lain. Tidak sukar untuk memilih ride yang hendak dipakai "Fastpass" kerana waktu menunggu ada dipamerkan secara elektronik di pintu masuk setiap tarikan.

Part 5 : Narita

Seksyen terakhir lawatan kami ke Jepun adalah ke Narita. Selepas meninggalkan Tokyo Disneyland, kami makan malam di sebuah restoran BBQ di Narita.

Restoran BBQ Dinner di Narita
Pilih makanan mentah yang dipamerkan di tepi dinding dan masak sendiri untuk dimakan.
Suasana di dalam restoran
Satu lagi pemandangan di dalam restoran.
Makan malam di restoran ini disediakan secara barbeku yang dimasak sendiri. Ada pilihan daging dan seafood disediakan. Makanan dibawa sendiri ke meja untuk dibakar di dapur yang disediakan di atas setiap meja makan (ala-ala restoran steamboat begitu). 

Lepas makan barulah kami masuk ke International Garden Hotel di Narita. Hotel ini terletak tidak jauh dari Airport Narita. Jadi, tak hairanlah jika ramai krew penerbangan tinggal di sini.

International Garden Hotel, Narita.
Jepun kemudiannya ditinggalkan selepas 6 hari berada di sini. Walau ini kunjungan kali keempat, ia adalah kunjungan yang paling indah.

Sayonara, Tokyo.
Husband kata dia tak keberatan datang lagi ke Negara Matahari Terbit ini. Myself juga rasa begitu. Tak kisah datang ke sini berkali-kali kerana negara ini sangat istimewa.
 


CATATAN PERJALANAN LAIN (JAPAN):