Tuesday 7 February 2023

2022 BALKANS BHG. 50 (Going Home)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)

Bahagian 50: Going Home
ISTANBUL - DOHA - KUALA LUMPUR

HARI KESEPULUH (4)

Part 146: Warung Ibu Deden

Selepas semua orang dah berkumpul, kami dibawa berjalan kaki menuju ke sebuah restoran Indonesia yang bernama Warung Ibu Deden untuk makan tengah hari. Myself pernah makan di restoran ini sewaktu datang ke Istanbul dengan Siti pada bulan Jun dulu. Tak sangka dapat makan kat sini sekali lagi hari ini.

Berjalan menuju ke Warung Ibu Deden untuk makan tengah hari
Teringat bagaimana Myself dan Siti sesat terpusing-pusing sewaktu mencari restoran ini dulu.
Tiba di Warung Ibu Deden
Pintu masuk ke Warung Ibu Deden
Suasana di dalam restoran Warung Ibu Deden
Hiasan berkonsep Bali di Warung Ibu Deden
Selepas 10 hari mengembara di bumi Balkans, memang mengujakan bila mendapat makanan Nusantara begini. Selain kami ada juga beberapa group dari Malaysia dan Indonesia yang lunch di sini pada hari itu.

Hidangan Nusantara untuk makan tengah hari
Memang dah rindu nak makan makanan begini
Jemput makan...

Part 147: Meninggalkan Istanbul

Disebabkan jalan di Istanbul Old City kecil dan sempit, bas tak dapat mengambil kami di depan restoran. Kami terpaksa berjalan menuju ke jalan besar di mana bas akan mengambil kami.

Sebahagian runtuhan Stadium Hippodrome di depan restoran Warung Ibu Deden
Berjalan menurun bukit di Istanbul Old City menuju ke jalan besar
Tiba di jalan besar
Bas dah tiba untuk membawa kami ke Istanbul Airport
Maka bermulalah perjalanan pulang kami yang panjang ke Malaysia dengan menuju ke Istanbul Airport. Dalam perjalanan ke airport, kami berpisah dengan Mehmet yang telah 10 hari menemani kami sepanjang Balkans Tour dan juga Ebrahim yang menyertai kami sepanjang pagi tadi. Terima kasih atas khidmat yang diberi. Perjalanan pulang kami bermula dari sekarang cuma ditemani Tour Leader Encik Yazid sehingga sampai ke Malaysia.

Pemandangan sewaktu meninggalkan Istanbul
Valens Aqueduct
Tembok lama Istanbul
Memancing di Selat Bosphorus
Kawasan Kasımpaşa yang merupakan tempat asal Presiden Recep Tayyip Erdoğan
Gereja lama di Istanbul
Menghala keluar dari Istanbul
Arah ke lapangan terbang
Lebuhraya menghala ke airport

Part 148: Istanbul Airport

Selepas berkali-kali keluar-masuk ke Istanbul Airport sewaktu membuat Business Trip pada bulan Jun 2022 yang lalu, terasa macam deja vu bila Myself sampai lagi ke sini.

Istanbul Airport
Pintu masuk utama kenderaan ke Istanbul Airport
Barisan pesawat Turkish Airlines di Istanbul Airport.
Masjid Istanbul Airport
Tempat parking kenderaan yang tersangat besar di Istanbul Airport
Masuk ke bangunan terminal
Bagasi Abang dan Kakak Ipar adalah yang paling besar dalam Group kami sewaktu pulang
Penerbangan kami dari Istanbul ke Doha di Qatar adalah menggunakan Qatar Airways. Selepas check-in kami terus berkejar menuju ke Boarding Gate kerana waktu pesawat berlepas adalah tidak lama lagi.

Pemandangan di Istanbul Airport
Mencari Boarding Gate di Istanbul Airport
Tiba di Boarding Gate
Maklumat penerbangan kami
Berjalan masuk ke pesawat
Pesawat Qatar Airways kami yang dah bersedia untuk menerbangkan kami ke Doha

Part 149: Dari Istanbul Terbang Ke Doha

Pesawat kami Qatar Airways QR 246 berlepas dari Istanbul ke Doha mengikut jadual pada pukul 8.15 malam. Penerbangan adalah menggunakan pesawat wide body Airbus A350-900 dan memakan masa 3 jam 30 minit.

Meninggalkan Istanbul Airport
Berlepas dari Istanbul
Pemandangan malam kota Istanbul dari atas pesawat
Satu lagi pemandangan malam kota Istanbul dari atas pesawat
Terbang meninggalkan Turkiye
Suasana di dalam pesawat
Sajian penerbangan
Terbang merentas Iraq
Bandar Basra di Iraq
Menuju ke Teluk Arab
Terbang di Teluk Arab
Suasana di dalam pesawat
Menuju ke Qatar
Tiba di Qatar
Pesawat kami tiba di Doha pada pukul 12.15 pagi. Pemandangan bandaraya Doha dari udara sangat cantik pada malam itu. Maklum sajalah sebab Qatar adalah sebuah negara minyak yang kaya. Membayar bil elektrik yang mahal memang tak menjadi masalah kepada mereka.

Tiba di Doha
Bandaraya Doha yang cantik bercahaya pada waktu malam
Satu lagi pemandangan bandaraya Doha yang cantik bercahaya
Lampu pesawat dimalapkan untuk pendaratan malam di Doha
Selamat mendarat di Hamad International Airport di Doha, Qatar
Qatar akan menganjurkan FIFA World Cup 2022 pada bulan hadapan (November 2022)
Bersiap sedia untuk turun dari pesawat

HARI KESEBELAS

Part 150: Dari Doha Ke Kuala Lumpur

Persinggahan transit kami di Doha hanya selama 2 jam. Disebabkan Hamad International Airport di Doha ini sangat besar, terpaksa kami berkejar-kejar untuk mendapatkan gate perlepasan yang seterusnya.

Berkejar mencari gate perlepasan yang seterusnya
Penerbangan kami seterusnya dari Doha ke Kuala Lumpur adalah menggunakan pesawat Malaysia Airlines MH 161 yang code-share bersama Qatar Airways.

Maklumat penerbangan dari Doha ke Kuala Lumpur
Check-in di Boarding Gate
Menunggu di Boarding Gate
Alhamdulillah, pesawat Malaysia Airlines ini juga berlepas dari Doha ke Kuala Lumpur mengikut jadual pada pukul 1.50 pagi. Penerbangan ini memakan masa 7 jam 30 minit ~ tempoh masa yang lebih 2 kali ganda dari penerbangan Istanbul ke Doha tadi. Pesawat yang digunakan adalah Airbus 330.
 
Suasana di dalam pesawat Malaysia Airlines dari Doha ke Kuala Lumpur
Meninggalkan Hamad International Airport
Peta laluan penerbangan
Pemandangan dari pesawat sewaktu meninggalkan kota Doha
Terbang menuju ke penghujung Semenanjung Arab
Ada dua sajian penerbangan yang diberi kepada penumpang dalam perjalanan dari Doha ke Kuala Lumpur. Sajian penerbangan pertama dihidangkan sewaktu kami sedang merentas Oman.

Sajian penerbangan pertama sedang diberi kepada penumpang
Kotak sajian
Roti bun berempah
Terbang merentas Oman
Merentas Lautan Hindi menuju ke India sekarang
Fajar menyinsing di bumi India
Separuh perjalanan di antara Doha dan Kuala Lumpur
Bangalore di India terletak betul-betul separuh perjalanan di antara Doha dan Kuala Lumpur
Hati berbunga bila pesawat terbang di Teluk Bengal kerana ini bermakna kita dah semakin hampir ke Malaysia. Namun demikian, kawasan Teluk Bengal ini terkenal dengan turbulence. Syukurlah pesawat kami tidak mengalami turbulence yang teruk ketika lalu di sini.

Terbang di Bay of Bengal
Pemandangan di dalam pesawat
Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang sewaktu pesawat terbang di Laut Andaman. Kita pilih makan nasi sebab dah rindu sangat nak makan nasi yang sedap. Kat Balkans dulu pun ada juga nasi, tetapi spesies nasi mereka memang tak sesedap nasi kita di Nusantara.

Jus buah-buahan
Hidangan sajian penerbangan kedua
Pilih hidangan ini sebab dah rindu kat nasi
Terbang di Laut Andaman
Merentas awan
Selat Melaka
Alhamdulillah, dah nampak bumi Malaysia
Semburan disinfectant sebagai persediaan untuk mendarat
Hampir tiba di Kuala Lumpur
Balkans Tour selama 11 hari kami berakhir bila tiba di Malaysia. Myself akui memang banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi dalam Tour ini. Trip ini membuka mata Myself tentang Orang Eropah sejati yang beragama Islam. Maklumlah, selama ini bila berkunjung ke negara Orang Putih, Orang Islam yang ditemui adalah kebanyakannya terdiri dari imigran. Boleh dikatakan Myself tak pernah jumpa Orang Putih yang memang beragama Islam sejak dilahirkan seperti di Balkans.

Bersyukur juga kerana Myself berjaya menulis 50 entry untuk perjalanan ini. Inilah blog yang paling panjang yang pernah Myself tulis sehingga sekarang. Honestly, Myself mengambil masa hampir 3 bulan untuk melengkapkan blog ini. Segalanya perlu ditulis dengan sedetail mungkin kerana inilah pengalaman hidup yang mungkin tak akan berulang. Di samping menjadi kenangan pengalaman sendiri, mungkin ia juga boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Membuat penerbangan turun
Membelah awan
Pemandangan yang sangat familiar bila dah hampir dengan KLIA
Terbang semakin rendah untuk mendarat di KLIA
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Allah SWT. Kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 3 petang. Semoga diberikan kesihatan dan kemurahan rezeki untuk boleh travel lagi... Next trip ~ Phuket.

"To all Malaysians, welcome home"


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: