Wednesday 7 December 2022

2022 BALKANS BHG. 19 (Dubrovnik Old City 3)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(CROATIA: Dubrovnik)

Bahagian 19: Croatia 8
DUBROVNIK (Dubrovnik Old City 3)

HARI KEEMPAT (5)

Part 49: Dubronik Old City (3)

SPONZA PALACE

Selepas tamat cruise, kami masih mempunyai masa yang terluang. Oleh yang demikian, Myself dan Husband membuat keputusan untuk melawat Sponza Palace yang terletak betul-betul di tepi Clock Tower sewaktu berjalan keluar dari Pelabuhan.

Pintu keluar dari Pelabuhan Dubrovnik
Sponza Palace terletak di bangunan yang di sebelah kanan
Sponza Palace kini berfungsi sebagai sebuah muzium sejarah dan ia boleh dilawati secara percuma. Ia adalah salah sebuah bangunan tertua di Dubrovnik yang terselamat dalam kejadian gempa bumi pada tahun 1667. Sepanjang sejarahnya, Sponza Palace pernah berfungsi sebagai sebuah pejabat kastam, gudang senjata, kilang mencetak duit syiling, perbendaharaan, bank dan juga sebagai sebuah sekolah.

Pintu masuk ke Sponza Palace
Suasana di dalam Sponza Palace
Senibina Sponza Palace sangat berciri Italian
Bumbung Sponza Palace yang open-air
Antara lukisan yang dipamer di dalam Sponza Palace
Coat of Arms
Tulisan Latin
Pameran dalam Sponza Palace walau bagaimanapun nampak kosong dan tak menarik. Jadi kami tak spend masa yang lama di sini. Snappy-snappy sana-sini, lepas itu terus beredar.

Pameran dalam Sponza Palace nampak kosong dan tak menarik
The Memorial Room of Dubrovnik Defenders
Pameran yang didedikasi untuk warga Dubrovnik yang telah mempertahankan kota dari serangan Serbia dulu.
Gambar Dubrovnik semasa perang

STAIRS OF SHAME

Sewaktu Dubrovnik City Tour tadi, kami ada ditunjukkan tangga yang dikenali sebagai Stairs of Shame yang digunakan dalam penggambaran Game of Thrones. Maka ke sanalah arah tujuan kami selepas melawat Sponza Palace.

Melintas semula St. Blair Church
Ini adalah salah sebuah muzium yang boleh dilawati di Dubrovnik tapi kena beli tiket kalau nak masuk.
Kedai souvenir
Rector's Palace
Ada ramai orang berkumpul di depan Rector's Palace kerana ada sebuah persembahan muzik klasik percuma diadakan di situ. Muzik yang dimainkan memang sedap walaupun persembahannya sangat simple. Cuma spoil sikit bila loceng jam kat Clock Tower di sebelah sibuk nak berbunyi sewaktu persembahan sedang berlangsung.

Persembahan muzik klasik percuma di depan Rector's Palace
Persembahan yang simple tetapi sangat menarik
Myself dan Husband tak tunggu lama untuk menikmati persembahan muzik klasik ini kerana matlamat kami adalah nak menuju ke Stairs of Shame.

Kucing Dubrovnik
Pintu masuk ke Rector's Palace
Ada banyak kucing liar di Dubrovnik sebenarnya
Masih menuju ke Stairs of Shame
Dubrovnik Cathedral
Stairs of Shame terletak di belakang Gundulić Square. 

Gundulić Square
Lorong di tepi Gundulić Square menuju ke Stairs of Shame
Ada banyak kafe dan kedai di lorong menuju ke Stairs of Shame ini
Pemandangan pertama Stairs of Shame
Kafe dan pintu masuk ke sebuah studio apartment yang paling hampir dengan Stairs of Shame
Nama sebenar Stairs of Shame ialah Jesuit Staircase. Ia dibina untuk menghubungkan pasar di Gundulić Square dengan Gereja St. Ignatius of Loyola dan Jesuit College yang terletak di atas bukit berhampiran. Kami belum pernah tiba di Rome, tetapi menurut keterangan yang diberi ia dibina sama seperti tangga yang menghubungkan Piazza di Spagna dengan Gereja Trinità dei Monti di sana.

Jesuit Staircase yang lebih dikenali sebagai Stairs of Shame disebabkan oleh populariti Game of Thrones.
Tangga ini dibina sama seperti tangga yang menghubungkan Piazza di Spagna dengan Gereja Trinità dei Monti di Rome.
Bergambar di Stairs of Shame
Ada beberapa adegan dalam Game of Thrones yang penggambarannya dibuat di tangga ini. Menurut fakta yang diberi, adegan yang melibatkan lokasi di tangga ini adalah yang paling mahal dalam penggambaran Game of Thrones. Ini adalah kerana semua pekedai di Gundulić Square perlu menutup kedai masing-masing sepanjang penggambaran berlangsung dan bayaran pampasan terpaksa diberi kepada mereka oleh penerbit filem.

Pemandangan ke arah Gundulić Square dari atas Stairs of Shame
Adegan dari Game of Thrones
Juga adegan dari Game of Thrones
Ramai yang meniru aksi dari Game of Thrones untuk bergambar di sini

ST IGNATIUS OF LOYOLA CHURCH

Di puncak Stairs of Shame ada sebuah gereja Roman Katholik yang dinamakan St. Ignatius of Loyola. Gereja ini dibuka ketika itu, jadi kami masuklah ke dalam untuk melawat.

St. Ignatius of Loyola Church
Ukiran di atas pintu masuk ke gereja
Pemandangan di dalam gereja
Main Altar di dalam gereja
Side Altar
Suasana di dalam gereja
Lukisan di atas Main Altar
Lilin yang dinyalakan oleh penganut Katholik untuk bersembahyang
Papan keterangan tentang gereja
Mungkin ini adalah plak perasmian gereja pada masa dahulu
Di sebelah gereja ada sebuah bangunan sekolah yang dinamakan Jesuit College. Ia tidak dibuka untuk lawatan.

Jesuit College di sebelah St. Ignatius of Loyola Church
Gerai-gerai cenderamata berhampiran Jesuit College
Pintu masuk ke Jesuit College
Notis pada pintu yang melarang pelawat masuk ke kawasan sekolah.

JALAN-JALAN DI OLD TOWN

Konsert muzik klasik di depan Rector's Palace masih berlangsung selepas kami melawat ke Stais of Shame, jadi kita singgah sebentar di sana untuk menikmati live music yang dimainkan.

Singgah mendengar persembahan muzik klasik
Lagu yang dipersembahkan adalah dalam Bahasa Croat yang tidak kita fahami
Oleh kerana masa untuk berkumpul dah semakin hampir, Myself dan Husband berjalan perlahan-lahan menuju ke Pile Gate untuk keluar dari kota. Sambil berjalan keluar, kita nikmati pemandangan di sekeliling kerana sekali ini sajalah rasanya kami sampai di Dubrovnik.

Berjalan menuju ke Pile Gate
Peta serangan Serbo-Montenegro ke atas Dubrovnik Old City 1991-92.
Gambaran kemusnahan yang berlaku di Dubrovnik semasa perang. Ketika itu tentera Serbia bergabung dengan tentera Montenegro untuk menyerang Dubrovnik.
Lagi gambaran kemusnahan yang berlaku
Bumbung Franciscan Church yang musnah dalam serangan pada 8 Jun 1992.
Bangunan ini turut rosak dalam serangan Serbia dan Montenegro dulu
Berjalan bergaya dengan kasut Skechers baru menuju ke Pile Gate
Pemandangan matahari yang mula nak terbenam
Tiba di Onofrio Fountain
Berjalan menuju ke Pile Gate
Pile Gate
Pemandangan Pile Gate dari luar
Goodbye, Dubrovnik Old City.
Pemandangan di luar kota

Part 50: Kembali ke Trebinje

Selepas dah puas melawat Durovnik, kami kembali ke Trebinje di Bosnia-Herzegovina untuk bermalam.

Pulang ke Trebinje
Golden moment yang diperhatikan dari dalam bas
Pemandangan Dubrovnik di remang petang. Keindahan inilah yang menyebabkan Dubrovnik terpilih menjadi King's Landing dalam Game of Thrones.
Lokrum Island
Sebuah bandar Croatia lain berhampiran Dubrovnik
Sunset di Laut Adriatic
Laut Adriatic
Jumpa lagi, Croatia!
Kami terpaksa melalui pemeriksaan passport semula di sempadan Croatia dan Bosnia-Herzegovina. Tetapi kami tak menghadapi sebarang masalah. Seperti waktu kedatangan ke Dubrovnik, kami tak perlu turun dari bas di sempadan Croatia. Passport dikutip dan diserah kepada driver bas kami untuk dicop oleh imigresen Croatia. Namun demikian, kami terpaksa turun bas untuk mengecop passport masing-masing di sempadan Bosnia-Herzegovina.

Kembali ke Trebinje di Bosnia-Herzegovina
Tiba di Hotel Bellevue di Trebinje, kami terus membawa beg masing-masing masuk ke bilik dulu.

Katil di bilik penginapan di Bellevue Hotel, Trebinje
Working table. Tak ada kemudahan kettle disediakan di bilik ini.
Toilet
Shower
Dinner malam itu juga disediakan di Bellevue Hotel. Makanan yang disediakan adalah makanan tempatan Bosnia.

Dinner


Bersambung ke Bahagian 20...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: