Wednesday, 21 January 2009

2009 MEDAN - 2nd VISIT

Januari 2009

SUMATERA UTARA, INDONESIA
Medan & Danau Toba (2nd Visit) 

Husband cukup seronok bercuti ke Bali lalu terus mengatur satu lagi percutian ke Indonesia hanya sebulan selepas kami kembali ke KL. Destinasi pilihannya adalah ke Medan.

Bagi Husband, ini adalah kali pertama beliau berkunjung ke sana, tapi bagi Myself ini adalah kali kedua. Bezanya, kali pertama datang ke Medan bersama ibu manakala kali kedua pula datang bersama Husband.

HARI PERTAMA

Part 1 : Parapat 

Kami bertolak dari Kuala Lumpur dengan Malaysia Airlines menggunakan penerbangan pada pukul 8.30 pagi dan sampai di Medan juga pada pukul 8.30 pagi (sebenarnya 9.30 pagi waktu Malaysia - Malaysia dan Sumatera Utara mempunyai perbezaan waktu selama 1 jam).

Lapangan Terbang Polonia, Medan.
Tiada airbridge di Airport Polonia. Semua penumpang yang turun dari pesawat dibawa dengan bas ke bangunan terminal.
Di Airport, guide kami yang juga bertindak sebagai pemandu bernama Pak Tono telah sedia menunggu. Terus saja kami dibawa ke Danau Toba. Bersama kami dalam percutian ini ialah sepasang suami isteri yang telah agak berusia.  

Pasangan ini berasal dari India tetapi bekerja di Jakarta. Kalau tak salah, si suami bekerja dengan sebuah syarikat di Jakarta, manakala si isteri bekerja sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabangsa di sana. Namun demikian, disebabkan kedua-dua mereka dah lama tinggal di Jakarta, mereka boleh bertutur dengan fasih dalam Bahasa Indonesia.


Pemandangan bahagian luar Airport Polonia, Medan. Gambar diambil sewaktu menunggu ketibaan pasangan India yang datang dari Jakarta.
Meninggalkan Airport Polonia untuk memulakan lawatan.
Dalam perjalanan ke Danau Toba, kami singgah di sebuah restoran yang bernama Simpang Tiga.

Restoran Simpang Tiga
Pasangan India tersebut Vegetarian dan membawa makanan bungkus (seperti pakej makanan segera Brahim) sendiri. Setiap kali kami berhenti makan, si isteri akan memberikan makanan bungkus mereka kepada pelayan restoran untuk dipanas dan dihidangkan. Semua makanan yang dihidangkan atas meja akan diberi kepada kami berdua.

Peta lokasi tempat-tempat yang kami kunjungi dalam percutian ini.
Dalam perjalanan menuju ke Parapat

Part 2: Hotel Niagara

Kami tiba di Parapat yang terletak di tebing Danau Toba pada sebelah petang. Seperti lawatan pertama dulu, kami juga menginap di Hotel Niagara.


Pemandangan Hotel Niagara
Kolam renang di Hotel Niagara
Pemandangan Danau Toba dari Hotel Niagara
Landskap di Hotel Niagara
Pemandangan kawasan pergunungan dari Hotel Niagara
Bermain buaian di Hotel Niagara.
Tidak banyak aktiviti dilakukan pada hari pertama selain menikmati pemandangan indah Danau Toba yang dapat dilihat dari hotel. Walaupun kedinginannya masih terasa, Danau Toba pada tahun 2009 tidak lagi sesejuk Danau Toba pada tahun 1995, mungkin disebabkan pembangunan yang pesat di sekeliling tasik ini.

HARI KEDUA

Part 3: Danau Toba dan Pulau Samosir


Pemandangan dari bilik hotel
Bersantai di balkoni bilik hotel.
Sarapan pagi di Niagara Hotel
Aktiviti hari kedua adalah menaiki feri ke Pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah Danau Toba. Feri kami berlabuh di sebuah kampung yang benama Tomok.

Naik feri ke Samosir
Pemandangan di dalam feri.
Kedamaian di Danau Toba.
Feri yang kami naiki berlabuh di Pulau Samosir.
Kedai-kedai berhampiran jeti di Pulau Samosir.
Tomok, Pulau Samosir
Kami berjalan melintasi kedai-kedai di pekan Tomok berhampiran jeti menuju ke sebuah perkampungan Batak.

Perkampungan Batak di Pulau Samosir
Rumah tradisional Batak di Pulau Samosir
Patung Sigale-gale yang boleh menari ini dikatakan dicipta untuk menghiburkan seorang Raja Batak yang kematian anak lelaki.

MAKAM SIDABUTAR

Selepas diberi penerangan ringkas tentang adat tradisi masyarakat Batak, kami terus dibawa melawat perkuburan Raja Batak Purba yang bernama Raja Sidabutar. 

Setiap pelawat yang hendak memasuki kompleks makam ini diwajibkan untuk mengenakan kain selepang tradisional Batak "Ulos", baik lelaki mahupun wanita.


Memakai Ulos untuk masuk ke Makam Sidabutar
Makam Raja Sidabutar dan pembesar-pembesar beliau berupa sarcophagus. Makam mereka lengkap dengan ukiran yang konon katanya ukirannya ini mengikuti wajah orang yang dikebumikan. Semakin moden makam, bentuknya lebih sederhana dan memiliki tanda salib apabila telah memeluk agama Kristian.

Kompleks Makam Raja Sidabutar.

Part 4: Berastagi

Meninggalkan Pulau Samosir, kami bergerak ke Berastagi. Sebelum meninggalkan Parapat, kami makan di Restoran Istana.


Restoran Istana di Parapat.
Satu lagi persinggahan adalah untuk minum teh halia di Simarjarunjung.

Restoran minum teh halia di Simarjarunjung
Restoran Teh Halia, Simarjarunjung.

Part 5: Rumah Bolon

Kaum Batak yang tinggal di Sumatera Utara terdiri dari beberapa suku. Salah satu daripada mereka adalah Batak Simalungun. Untuk memperkenalkan kami kepada Batak Simalungun, Pak Tono membawa kami ke Rumah Bolon yang terletak di Permatang Purba.


Rumah Bolon Permatang Purba dari belakang. Pintu rumah ini hanya ada sebuah tangga di hadapan. Ada cerita di sebalik kenapa ia berlaku...
Kata Pak Tono, rumah ini dulu didiami oleh seorang raja yang mempunyai 14 orang isteri. Pada satu hari, isteri ke-14 telah lari dari rumah mengikuti seorang lelaki lain. Disebabkan marah, raja telah membuang tangga di belakang rumah untuk mengelakkan peristiwa yang serupa kepada isteri-isteri yang lain.

Tekun mendengar cerita Pak Tono tentang senibina Rumah Bolon
Dapur Rumah Bolon
Pemandangan di sekitar Rumah Bolon
Meninggalkan Rumah Bolon

Part 6: Sipiso-Piso

Satu lagi persinggahan wajib kepada mereka yang berkunjung ke Danau Toba ialah Air Terjun Sipiso-piso.

Pemandangan indah Air Terjun Sipiso-piso.
Mengabadi kenangan di Sipiso-piso.
Pemandangan Danau Toba dari Sipiso-piso.
Pemandangan indah di Sipiso-piso.
Kalau berkesempatan, anda juga boleh turun sehingga ke kaki Sipiso-piso. Namun kami tidak berbuat begitu sebab tak larat nak memanjat naik balik nanti.

Part 7: Hotel Grand Mutiara, Berastagi

Hotel penginapan kami di Berastagi adalah Hotel Grand Mutiara. Oleh kerana cuaca di Berastagi dingin sekali, hotel ini tidak dilengkapi dengan penghawa dingin.

Hotel Grand Mutiara, Berastagi
Landskap di Hotel Grand Mutiara.
Makan malam di Hotel Grand Mutiara.
Amalan baik di Hotel Grand Mutiara
Landskap segar di Hotel Grand Mutiara.
Bellboy di Hotel Grand Mutiara.

HARI KETIGA

Part 8: Medan

Medan adalah ibukota bagi propinsi Sumatera Utara. Ia merupakan kota ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya.  

Bertolak waktu pertengahan pagi dari Berastagi, kami tiba di Medan pada waktu tengahari. Terus saja ke Restoran Trans Minang untuk makan tengahari.

Restoran Trans Minang di Medan
Pemandangan di dalam restoran.
Selepas makan Pak Tono membawa kami pusing-pusing sekitar bandar Medan.

Medan. Kami berhenti sebentar di sini menunggu pasangan India menziarah sebuah kuil Hindu berhampiran.

ISTANA MAIMUN

Istana Maimun menjadi tarikan bukan hanya karena usianya yang tua, namun juga rekabentuk hiasan dalamnya. Namun sayang keadaannya sedikit kurang terurus.


Pintu masuk ke Istana Maimun.
Perkarangan Istana Maimun
Pemandangan di dalam istana
Pengunjung boleh menyewa pakaian kebesaran Sultan untuk bergambar di singgahsana
Balkoni Istana Maimun
Pemandangan dari Istana Maimun.
Menatap potret di Istana Maimun.

MEDAN MALL

Sebelum dihantar ke Hotel, Pak Tono memberi peluang kepada kami untuk membeli-belah di Medan Mall. Pakaian yang dijual di sini cantik dan murah. Husband memborong banyak pakaian jenama Giordano di sini.

Medan Mall

Part 9: Hotel Garuda Plaza, Medan

Hotel penginapan di Medan adalah Garuda Plaza. Ia terletak di tengah bandar.

Hotel Garuda Plaza.
Breakfast di Hotel Garuda Plaza.
Reception Counter.
Lobi Hotel

Part 10: Restoran Famili

Makan malam disediakan di Rumah Makan Famili. Kami berjalan kaki saja ke sana dari hotel kerana kedudukannya yang berdekatan.


Rumah Makan Famili
Dinner di Rumah Makan Famili.

HARI KEEMPAT 

Part 11: Pulang Ke Malaysia 

Kami pulang ke Malaysia selepas 4 hari berada di Medan. Penerbangan pulang juga adalah menggunakan Malaysia Airlines yang berlepas dari Bandar Udara Polonia di Medan.

Dunkin' Donuts di Airport Polonia
Menunggu penerbangan pulang dengan Malaysia Airlines


CATATAN PERJALANAN LAIN (INDONESIA)